DMS 20

163 24 4
                                        

   Pada malam itu, kelihatan ramai ahli masjid, kawan-kawan Uzairi dan jiran tetangga datang untuk malam tahlil arwah Uzairi. Keluarganya yang menguruskan semua majlis tersebut, Anis duduk menyandar sambil mendengar alunan surah yasin dibaca.

   Dia membelek cincin di jarinya, cincin yang terdapat nama Uzairi. Dia merenung sedalam yang mungkin. Matanya telah sembam kerana menangis terlalu banyak. Selesai sahaja bacaan tahlil, para tetamu pun pakat pulang ke rumah masing masing. Anis berjalan duduk di sofa, badannya terasa sakit dan tak larat lagi duduk di lantai.

   Encik Ridzwan dan Puan Alya, ibu bapa kepada Faiz Zakwan dan kawan karib Encik Hamdan, ayah Anis datang mendekat untuk memberi semangat dan mengucapkan salam takziah. Faiz turut mengekori kedua ibu bapanya itu.

" Salam takziah, Anis. Uncle tahu Anis kuat. Semua ada untuk Anis ya "

   Anis hanya memberikan senyuman tawar. Faiz cuba memberanikan diri untuk berhadapan dengan Anis. Dia menghulurkan sepucuk surat kepada Anis. Anis memandang surat tersebut dan melihat wajah lelaki itu.

" surat apa ni zak.."

" Faiz Zakwan "

    Terkejut Anis mendengar nama lelaki tersebut. Dia seperti tidak sangka lelaki yang pernah dibenci olehnya kini ada di depannya. Dia membuka surat tersebut. Surat rasmi dari pihak hospital di Australia.

   Dalam surat tersebut, menyatakan bahawa Uzairi Aqashah Bin Usman itu meninggal kerana jangkitan buah pinggang atau lebih senang faham kanser. Pada tarikh yang di tetapkan, Uzairi bakal menjalani pembedahan tetapi sayangnya dia telah pergi dahulu. Sepanjang tempoh rawatan, Uzairi dibantu 100% oleh doktor pakar di hospital itu iaitu Faiz Zakwan Bin Rizuan.

    Surat itu diberi kepada Mama Uzairi yang ada di sebelahnya. Anis berdiri betul betul di hadapan Faiz Zakwan dan memandang tepat kearah matanya. Setelah 10 tahun lebih, ini kali pertama mereka bertembung kembali. Mata Anis tidak lepas memandang Zakwan walaupun dia terpaksa mendongak sedikit kepalanya untuk melihat wajah Faiz.

" kenapa datang balik? kenapa? "

   Suara Anis kedengaran seperti orang yang sedang menahan tangisan. Kelihatan matanya sedang memandang dengan amarah lelaki di hadapan nya itu.

" Cari kemaafan dari mulut kau sendiri "

" Kenapa sekarang?"

  Suasana di dalam rumah yang ramai orang itu terus senyap dan memandang dua manusia yang seorang ego dan seorang lagi cuba sedaya upaya untuk jujur.

" Selepas apa yang jadi, aku tunggu kau Anis sampai ke hari ni 10 tahun 11 bulan 27 hari. Aku tunggu untuk cakap semua ni "

" kau nak cakap apa lagi Faiz? tak cukup ke derita yang kau pernah bagi dulu dekat aku? kau nampak apa jadi dekat sekarang dekat aku? derita ! sakit ! kenapa saat ni baru kau nak muncul, Faiz ! Kau tak patut muncul langsung la depan aku !!!"

" sebab aku cintakan kau, Anis. Aku sayangkan kau. Aku datang nak minta maaf lepas apa yang aku buat dulu. Aku hidup tak tenang tanpa maaf dari kau Anis "

" Pergi Faiz ! pergi ! Kau memang suka nampak aku derita kan? "

   Anis menolak Faiz untuk jauh darinya. Faiz hanya membiarkan Anis menolak dirinya. Kalau itu yang membuatkan amarah Anis kepadanya itu berkurang. Faiz terus berjalan menuju ke dapur dan mengambil sesuatu bawa ke ruang tamu.

" Faiz... apa kau buat tu..Kau letak balik pisau tu "

   Encik Rizuan yang perasan anak lelakinya membawa pisau dari dapur rumah Anis itu cuba untuk menenangkan situasi tegang itu. Dia tidak mahu perkara buruk berlaku dengan drastik.

" Anisss sudahlahh Anisss " Mummy

   Faiz memegang tangan Anis dan memberi pisau yang dibawanya dari dapur itu. Dia menyuruh Anis memegang pisau itu.

" Tikam aku. Bunuh aku sampai aku mati. Aku rela mati untuk tuntut maaf dari kau. Apa lagi? tikam aku, Anis !!"

   Anis memandang pisau tersebut. Matanya sudah berjurai air matanya. Faiz memandang Anis, dia sudah bersedia untuk menerima balasan dosanya yang pernah dibuat olehnya dahulu.

  Dia melepaskan pisau itu lalu berlari keluar rumah. Faiz terus mengejarnya. Hujan beserta ribut di luar rumah membuatkan Faiz risau jika ada apa apa terjadi pada Anis.

" Anissss !!!! " Keluarganya menjerit memanggil Anis yang cuba berlari keluar dari pagar rumah dalam hujan itu.

" ANIS HAURAAA ! "

    Faiz berlari laju menangkap Anis. Anis menolak kuat Faiz Zakwan.

" Lepaskan aku la ! "

" Jangan macam ni Anis ... "

" Macam apa? Ini yang kau nak kan? "

   Shawl yang menutupi kepala Anis itu tertanggal, muka Anis ditutupi separuh rambut yang basah kerana hujan itu menangis teresak esak.

" Aku benci kau ! Jangan dekat dengan aku "

" Kalau arwah Uzairi ada sekarang, dia taknak tengok kau macam ni "

" Aku macam ni sebab kau. Kau punca semua ni "

" Aku dah cuba untuk betulkan semua ni Anis, aku lah penderma buah pinggang untuk arwah Uzairi. Tapi Allah lagi sayangkan dia. Tak sempat hari pembedahan dia dah pergi. Aku sanggup bagi buah pinggang aku dekat dia sebab aku nak kau bahagia Anis ! "

   Anis tersentak mendengar ayat Faiz itu. Tak sangka Faiz ingin menaruh nyawanya demi Uzairi untuk kebahagian Anis. Dia seperti tidak percaya.

" Yaaa aku gagal Anis. Aku terlewat untuk perbetulkan semua ni. Kalau aku cepat, mesti sekarang kau dah bahagia. Aku jahat Anis "

   Faiz terduduk dan menangis dalam hujan lebat itu sambil memandang Anis. Dia cuba merayu kemaafan dari mulut Anis sendiri.

" Anis ... Maafkan aku.. Tolong maafkan aku..  Aku yang patut mati bukan Uzairi.."

   Anis rebah, nasib Faiz sempat menangkap badan Anis.  Badannya panas yang amat. Faiz terus mengangkat Anis bawa ke tempat teduh di hadapan pintu rumah. Isteri Encik Hamdan, mummy Anis datang kelam kabut dengan kain tuala.

" Ya Allah ! Darah tuu !! "

   Puan Alya terkejut melihat darah yang mengalir turun dari kaki Anis. Faiz terus mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin untuk membawa Anis ke hospital.

" Cepattt, bawak Anis pergi hospital. Dia bleeding tu. Ya Allah, selamatkanlah anak dan cucu aku "

  Anis masih tidak sedarkan diri dibawa ke hospital di bahagian kecemasan untuk rawatan susulan.

" Tolong ya Allah, jangan apa apa kan kandungan dalam perut Anis tu.. Aku merayu .. "

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 27, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Dear, Mr. Selenophile Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang