DMS 13

131 21 1
                                        

   Sehari sebelum majlis pernikahan antara Anis dan Uzairi ...

   Anis menelefon Uzairi berulang kali, tapi tak diangkat. Taktahu la kenapa harini susah sangat si Uzairi untuk angkat panggilan telefonnya. Mesej tak dibalas. Anis mula rasa tidak puas hati dengan Uzairi. Dia mencapai kunci kereta hondanya di meja katil dan keluar dari rumah.

" Anisss, nak pergi mana tu?"

" kejap lagi adik balik "

  Dia memandu keretanya dan menuju ke ofis dan rumah Uzairi namun tiada orang. Kemana perginya Uzairi? Dia sudah mula risau, takut apa apa terjadi pada kekasih hatinya itu.

  Sedang Anis memandu, satu panggilan telefon masuk. Tertera di skrin telefon, panggilan dari Uzairi. Dia mengambil earpod dan menjawab panggilan tersebut.

" Hello sayang? why you call me banyak kali ni? "

" You pergi mana? why I call , mesej semua tak balas?"

" sorry, i lupa letak phone dekat mana la. Hahahahaha "

   Anis menghembuskan nafas lega. Ingatkan apa lah jadi dekat si Uzairi tadi. Dia berborak sebentar dengan Uzairi lalu memutuskan panggilan telefon untuk teruskan memandu balik ke rumah.

     Entah mengapa tiba tiba, Anis terdetik untuk pergi ke pantai. Dia mencari pantai yang tidak ramai orang untuk duduk bersendiran. Anis memandang sebuah buaian di bawah pokok rendang itu.

    Dia menikmati bunyi laut sambil duduk di buaian yang berayun itu. Tiba - tiba dia ternampak seorang lelaki dengan hoodie berwarna putih berjalan kearah pantai lalu menjerit. Dia membaling buku yang di pegangnya ke belakang.

    Anis datang mendekat, dia mengambil buku yang dibaling oleh lelaki tersebut.

" Aku benciii hidup aku !! "

" Awak.."

  Anis menegur lelaki tersebut. Lelaki itu memalingkan wajahnya memandang muka Anis. Terkejut Anis rupanya lelaki itu ialah Zakwan, Faiz Zakwan.

" Awak okay Zakwan? "

   Faiz hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu ingin jawab apa. Faiz sendiri terkejut tiba tiba Anis ada dekat situ. Anis mengajak Faiz atau dikenali olehnya sebagai Zakwan duduk di pondok untuk bersembang.

" Nahh buku awak " Anis menghulurkan buku yang dibaling oleh Faiz tadi.

" Terima kasih. Awak buat apa kat sini?" Faiz

" Saja, awak pulak?"

" sini area rumah saya, selalu jugak datang sini sorang "

" Ohhh, awak ada masalah ke Zakwan? kenapa awak nampak stress je "

   Hendak sahaja si Faiz Zakwan mengaku yang dia tertekan dengan berita perkahwinan Anis dan Uzairi tersebut tetapi dia perlu sedaya upaya buat seperti tiada apa yang berlaku.

" Saya sedih, orang yang saya sayang dah jadi milik orang lain "

" Oohh "

" Saya tak tahu nak buat apa lagi. Salah saya sebab tak reti menghargai. Awak faham kan , bila kita setia menunggu tapi akhirnya dia pergi dekat orang lain. Sakit kan?"

"Sakit tu memang sakit tapi lagi sakit kalau kita terlalu mengenggam tali terlalu erat sampai tangan sendiri terluka. Kalau melepaskan adalah terbaik antara awak dengan dia, lepaskan. Sebab salah satu bentuk mencintai yang paling hebat adalah melepaskan. Mungkin sekarang awak susah terima semua tapi jalani hari-hari tu sampai rasanya bertukar ikhlas"

  Faiz Zakwan terdiam sebentar. Adakah ini semua hint buat dirinya untuk move on dari Anis Haura?

" awak pernah rasa disakiti? "

" Pernah, sampai sekarang saya ingat apa yang dia buat. "

" Kalau dikatakan suatu hari nanti, dia minta maaf dekat awak. Awak maafkan?",

  Anis hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia sendiri taktahu perlu atau tidak memaafkan orang seperti itu.

" Saya hadap sakit tu sorang diri. Saya pernah depress lepas apa lelaki tu buat. Hampir bunuh diri sendiri. Tak senang untuk saya maafkan dia. Kalau dia ada depan saya sekarang, saya nak dia tahu perubahan yang dia nampak waktu tu sebab dia "

" Perubahan?"

" Hahaha saya dulu gemok, ramai tak suka. Muka hitam. Dia hina saya, saya depress dan inilah yang dia bakal nampak sekarang. Anis Haura yang baru. "

   Anis termenung sebentar memikirkan apa yang pernah berlaku dahulu. Faiz Zakwan disebelahnya memandang dengan penuh hancur. Dia penyebab Anis berubah. Dia yang bersalah, patutkah dia berterus terang lelaki disebelahnya itu lelaki yang dia sedang katakan?

" Walaupun kita baru kenal kan, saya tahu awak baik. Insyaallah ada jodoh yang baik untuk awak nanti, Zakwan. Emm saya kena balik ni, bye. Takecare tau"

   Anis terus beredar meninggalkan Faiz sendirian.

" Anis .. maafkan aku .. orang yang kau kata tu ada sebelah kau .. aku tak mampu anis nak mengaku, aku taknak kehilangan kau walau kau dah jadi milik orang yang lain "

 

Dear, Mr. Selenophile Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang