Anis memandang baju pengantin yang dipakai olehnya di cermin besar dalam bilik itu. Dia tersenyum sendirian. Dia kelihatan cantik dan manis berpakaian serba putih. Telefonnya di pandang berkali kali, melihat jam yang kian hampir dengan waktu yang ditetapkan.
Anis turun dari biliknya dan masuk ke dalam kereta. Dia melihat ramai saudara dan sahabatnya datang meraikan majlis pada hari itu. Mereka menunggu pengantin lelaki dan tok kadi di masjid.
Uzairi masuk ke dalam masjid, segak sangat bakal suami Anis. Semua mata memandang rombongan pengantin lelaki itu, termasuklah sepasang mata yang sedang merintih pedih.
Majlis di teruskan, hati Anis berdegup kencang. Takut untuk mendengar lafaz yang bakal dilafazkan oleh Uzairi sebentar lagi.
" Aku nikahkan dikau dengan puteri bongsuku, Anis Haura Bt Hamdan dengan mas kahwin RM3ribu ringgit tunai "
" Aku terima nikahnya, Anis Haura Bt Hamdan dengan mas kahwin RM 3 ribu ringgit tunai "
" Alhamdulillah Sah "
Semua tetamu mengucapkan syukur, Anis memeluk ibunya. Air mata kegembiraannya jatuh menitis. Dia memandang Uzairi dan tersenyum.
Faiz yang melihat dari jauh itu terus beredar. Tak mahu lagi dia melihat. Dia terseksa dan sakit sangat melihat Anis sudah jadi milik orang lain. Dia terus membawa keretanya dan pergi ke rumah Anis.
Dia meletakkan sekotak hadiah yang besar dan meninggalkan kotak tersebut di atas kereta milik Anis. Air mata jantannya menitis tanda terlalu sakit yang mendalam.
" Anis, aku doakan kau bahagia. Aku pergi, demi kau Anis. Doa aku sentiasa dengan kau "
Kereta miliknya dipandu laju menyusul keluar dari taman tersebut. Dia berhentikan keretanya dan berlari ke arah pantai berdekatan rumahnya. Faiz menjerit sekuat hati, ingin saja dia bunuh diri waktu itu.
" BODOHH PUNYA FAIZ. KAU MEMANG BODOH. TAK GUNA LA KAU NAK RAYU LAGI, SEMUA NI SALAH DIRI KAU SENDIRI"
Perkataan itu keluar berkali kali. Dia menampar mukanya sendiri.
" Faiz !! "
Najmuddin yang memang sedang mencari Faiz itu terkejut melihat Faiz yang cuba mencederakan dirinya sendiri. Najmuddin dan keluarga Faiz turut ada sekaliuntuk mencari Faiz.
Faiz terus jatuh rebah di permukaan pasir tersebut. Dia terlalu letih dan tertekan terus dibawa ke hospital untuk rawatan. Nasibnya baik kerana keluarga dan kawannya tiba pada waktu yang tepat.
Anis memandang Uzairi di hadapannya. Mata mereka saling menatap antara satu sama lain. Flash camera tidak henti berkelip menangkap gambar pasangan sejoli itu.
" I love you, sayang"
" I love you more "
Faiz tersedar dari pengsannya. Dia memandang keadaan sekeliling dan menyedari dia kini di dalam hospital. Tangannya dicucuk jarum air. Mama dan Papanya yang setia menunggu dia sedar bersyukur melihat Faiz telah sedar." Anak mama ni kenapa,sayang? Faiz dah risaukan mama. Kenapa datang balik sakit tu. Faiz janji dengan mama dah kan? kenapa ni?"
Mama Faiz atau dikenali Puan Alya menangis memandang anaknya. Dia tak sanggup melihat anaknya sakit seperti dulu. Kemurungan, anxiety. Faiz hanya diam dan termenung.
" Apa lagi mama papa perlu buat nak bagi Faiz tak macam ni lagi? Faiz tu ada kerjaya, mama taknak anak mama sakit macam ni"
Puan Alya menangis, tidak boleh lagi dia menahan rasa sakit melihat anak derita.
" Faiz taknak tinggal dekat sini. Faiz nak duduk jauh. "
Singkat dan mudah difahami. Puan Alya memandang Encik Ridzuan, bapa kepada Faiz. Dia memahami kehendak anak lelakinya itu.
" kalau itu yang boleh buat Faiz tak jadi macam ni lagi, pergilah sayang."
Faiz mendiamkan diri. Dia nak pergi jauh tinggalkan semuanya. Dia taknak hidup dalam terperangkap dengan bayang bayang sendiri. Tiba masanya dia melangkah dengan jauh meninggalkan gadis bernama Anis Haura.
PADA MALAM ITU ...
Anis memandang sebuah kotak yang diletakkan atas ruang tamu di dalam biliknya. Dia pelik, siapakah pemberi kotak tersebut. Kenapa perlu letak di atas keretanya dan terus meninggalkan begitu sahaja?
Anis mendekati kotak hadiah tersebut. Dia membuka kotak itu dan melihat, seutas gelang dan beberapa nota kecil. Anis membaca satu demi satu nota tersebut, tulisan itu merupakan tulisannya.Bunga ros yang layu itu diperhatikannya. Dia membuka surat yang dilipat cantik itu.
Walau aku tiada lagi di dalam hatimu, separuh jiwa yang aku sedang beban ini tetap menantimu. Hiduplah kau bebas tanpa bayangku lagi, tiba masa aku akan sentiasa menantimu. Menunggumu biarpun jasadku tidak lagi di hadapan kamu.
Anis terdiam sebentar. Dia terfikir siapa lelaki ini. Tiba - tiba, pintu bilik dibuka. Terus cepat cepat anis simpan surat itu dan menutup kotak itu. Dia memandang Uzairi yang masuk ke dalam biliknya.
" Assalamualaikum "
"Waalaikumussalam "
Anis berdiri dan pergi ke suaminya. Dia tersenyum melihat wajah lelaki yang dicintainya ada di dakapannya kini. Uzairi mencium dahi Anis. Dia memeluk erat Anis.
" Abang janji, abang akan ada sentiasa dengan sayang. You're my last, Anis "
YOU ARE READING
Dear, Mr. Selenophile
RomanceSekali kau buat selamanya dendam akan terpahat. Pujuk rayu menangis berdarah sekalipun, sekali hatinya tertutup rapat tiada lagi istilah maaf dalam dirinya. Begitulah kehidupan Anis Haura yang telah ditipu hidup hidup oleh lelaki yang dia cinta bua...