Sekali kau buat selamanya dendam akan terpahat. Pujuk rayu menangis berdarah sekalipun, sekali hatinya tertutup rapat tiada lagi istilah maaf dalam dirinya.
Begitulah kehidupan Anis Haura yang telah ditipu hidup hidup oleh lelaki yang dia cinta bua...
Seperti biasa, hari hari mereka akan solat maghrib berjemaah tetapi hari ini Anis hanya mendiamkan diri. Dia sedang di beban masalah yang berat yang buat dirinya sentiasa termenung.
" Kenapa ni sayang? abang tengok sayang banyak diam kebelakangan ni "
" Entahlah, sayang rasa tak sedap hati "
" Tak sedap hati? kenapa pulak ni? Ada masalah ke?"
Anis hanya menggelengkan kepalanya. Dia diam dan tunduk kepalanya. Uzairi terus memeluknya yang masih bertelekung itu. Pelukan Uzairi membuat Anis sebak dan menangis.
" Maafkan sayang, sayang bukan isteri yang terbaik. Maafkan sayang sebab tak dapat bagi abang zuriat."
Rupanya itulah masalah yang Anis fikirkan kebelakangan ini. Dia rasa sebak dan bersalah kerana selama mereka berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata.
" sayang, apa cakap macam ni? kan abang dah cakap, itu bukan rezeki kita."
"kalau sayang mandul macam mana ?"
" Sayangg...sayang tak mandul, kita dah check kan? doktor pun cakap sayang sihat, cuma rezeki kita belum ada nak ada anak. Sayang, jangan fikirkan sangat okay. I still love you and forever."
Uzairi memeluk isterinya. Biasalah hati seorang perempuan mesti tersentuh dan sensitif bila ada bertanya pasal soal anak. Siapa yang tak mahu ada anak kan?
" Abang akan sentiasa ada disamping sayang. Okay?"
Anis kadang selalu menyalahkan dirinya mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja di pejabatnya dan tiada masa untuk bersama Uzairi. Dalam doa mereka tidak pernah putus untuk ada cahaya mata pada masa yang sesuai.
Selepas solat, Anis akan duduk di balkoni rumah mereka yang luas dan telah dihias cantik ada buaian untuk bersantai. Anis membelek album perkahwinan mereka. Uzairi membawa secawan vanilla latte dan mocha kegemaran mereka dan sepotong kek yang dibelinya petang tadi untuk makan bersama isteri tercinta.
" sayang.. tengok ape tu?"
" saja tengok album ni. wahhh, ada kek ! bila abang beli?"
" petang tadi before balik kerja. I know you love this cake so much right?"
Kek red velvet kegemaran Anis. Anis tersenyum, dia mencium pipi suaminya. Anis mengambil sudu dan menyuap kek itu ke mulut suaminya, Uzairi dahulu. Hidup mereka berdua masih terasa seperti baru berkahwin.
" Abang ada something nak bagi ni. Nak tengok?"
" Nakkk! ape tu?"
Uzairi mengeluarkan sekotak hadiah kecil dan hulurkan kepada Anis. Anis mengambilnya dan membuka. Dia memandang Uzairi dengan pelik. Rantai dan gelang emas bayi terdapat dalam kotak kecil itu.
" Abang nak sayang simpan. Hadiah abang untuk bakal anak kita. Abang nak sayang bagi dekat anak kita, pakaikan tanda kasih sayang abang kepada dia. Okay?"
Anis memandang Uzairi pelik. Apa yang suaminya cuba nak lakukan? adakah suaminya bakal tinggalkan dia. Mata Anis terus berair menangis.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Abang nak tinggalkan sayang?"
" sayangg.. apa cakap macam tu. Mana ada lah haha. Apa sayang ni lately sensitif sangat ni. Abang bagi dekat sayang awal sebab takut nanti hilang. Faham? hahah sayang.. sayang.. "
Anis terus memeluk suaminya. Dia memeluk seeratnya lelaki yang halal buatnya itu. Matanya tak henti berjurai air mata. Uzairi mencium umbun kepalanya sambil memujuk Anis.
" Apa yang jadi sekali pun sayang, nama sayang tak pernah mati dalam hati abang ni. Uzairi untuk Anis, Anis untuk Uzairi. Ingat tu"
FAIZ ZAKWAN'S PROV
Faiz duduk di kerusi batu yang selalu di duduk olehnya tiap petang. Dia telah pulih dari masalah depression nya. Santai petangnya kini bertemankan Qasha, sahabat baiknya di Australia.
" Faizzz, look at this. I baru beli buku poems ni tau. Diaorang cakap best jugak laaa, you nak baca tak?"
" Hai Qasha. Beli buku poems lagi? You cakap u tak suka poem Hahaha"
" Alaa salah ke i nak minat buku poem macam you tuu tapi ... i tak ade la terer macam you tulis poem buku setebal kamus haha "
Qasha menunjuk buku setebal kamus yang Faiz pegang itu. Buku yang dia tulis perasaan rindunya pada gadis bernama Anis. Tiada siapa pernah baca mahupun sentuh buku tersebut melainkan Faiz.
Faiz memandang buku tersebut. Dia tersenyum seorang diri. Dia memandang Qasha.
" Buku ni hanya orang yang saya sayang, akan ada dalam tulisan buku ni. Kalau rindu ke semua saya tulis dalam ni "
" termasuk I ke ? "
" Mungkin? hahaha "
Qasha sebenarnya telah lama jatuh cinta pada Faiz Zakwan namun Faiz tak pernah nampak keikhlasan Qasha untuk mencintainya. Dia masih mencintai Anis namun dia tersebut. Namun dia belum bersedia buka hati kepada mana mana gadis lagi takat ini.
' Anis, kau baik baik je kan dekat sana? aku sentiasa doakan kau '