DMS 7

199 30 3
                                        

" Wei Anis mana ? " Faiz berlari mencari Anis di kelasnya. Semua pelajar dalam kelas mengendahkannya.

" AKU TANYA NI! MANA ANIS ??!" Faiz menepuk meja kerana terlalu geram.

" Kau cari Anis buat apa lagi? Kau kan tak suka dia, buat apa cari?" Kata salah seorang pelajar dalam kelas itu.

" Kau nak apa datang cari Anis sampai sini?" Danny datang menegurnya

" Mana Anis? aku nak jumpa dia. " Faiz

" Kau tak payah cari dia la, kau buang dia kan. Eh buang ke? Aku rasa bukan buang, kau dah ludah dia kan? buat apa cari lagi?" Danny menolak badan Faiz.

Faiz naik baran apabila Danny menolaknya. Tangannya sudah menggenggan untuk menumbuk Danny.

" Apa? kau nak tumbuk aku? tumbuk laaa! Kau tu bukan manusia, kau binatang " Danny menghemburkan ayat ayat makian kepada Faiz

" Aku tahu aku salah, aku berdosa dengan Anis. Salah aku sebab permainkan dia. Kau tak ada hak nak tentukan aku ni apa dimata kau " Faiz

" Terlambat. Anis dah berhenti sekolah dah pun. Semua punca dari kau la. Kau tu bodoh! suka hati buat Anis macam tu. Kalau kau mati sekarang lagi bagus la bro!" Danny menolak lagi Faiz. Kalini dia jatuh terduduk. Terkedu yang Anis tinggalkannya.

Farah yang kesian melihat Faiz, terus datang dekat dengan Faiz dan membisikkan sesuatu

" Faiz, awak cepat turun pergi depan asrama. Anis gerak pukul 8. Awak ada 5 minit je lagi. Pergi jumpa dia minta maaf okay?" Farah menghulurkan tangannya dan membantu Faiz berdiri.

Faiz yang mendengar bisik dari Farah itu terus berlari menuju asrama. Farah mengikutnya juga. Mata Faiz sudah mula berair. Tak tahan sebak. Dia tak mahu kehilangan Anis. Dia nak jumpa dan melutut minta maaf. Kalau diminta sujud pun dia sanggup.

" ANIS !!!!! " Faiz melihat Anis melangkah masuk kakinya dalam kereta.

" ANISSSS MAAFKAN AKUU, AKU TAHU AKU SALAH. MAAFKAN AKU ANIS " Faiz menjerit agar tindakan Anis berhenti, namun tidak diendahkan.

Tiba - tiba satu tumbukan kena di pipi Faiz. Faiz memegang pipinya, terasa pedih dan pilu. Danny yang sangat geram dengan Faiz itu menendangnya. Puas hati Danny. Kesah apa dia kalau kena tindakan disiplin pun

" Aku dah kata jangan kacau Anis kan! " Danny

" Aku nak minta maaf dekat dia la bodoh" Faiz

" Tak payah dah terlambat. " Danny menunjukkan kereta yang Anis masuk itu telah bergerak. Faiz bangun dan terus mengejar kereta itu.

" ANIS ! ANIS ! jangan tinggalkan akuuu " Faiz

Anis didalam kereta menahan air matanya dari jatuh, dia memandang Faiz yang berlari mengejar kereta ayahnya. Terkejut Anis melihat Faiz terjatuh dan terseret kaki di jalan tar. Anis menutup matanya. Tak mampu dia melihat Faiz begitu.

" ANISSSSSS !! " Faiz menahan sakit kakinya. Nak bangun tak boleh, kakinya pedih, darah mengalir. Farah terus mendekatkan diri kepada Faiz.

" Farah, Anis dah tinggalkan aku Farah ! " Faiz

" Dah la Faiz, kau jangan macam ni" Farah memujuk Faiz

Tanpa menghiraukan kakinya yang luka itu, dia bangun dengan berjalan seperti terepeleot itu. Dia menjerit nama Anis. Namun semua itu sia sia sahaja. Bentuk kereta itu sudah tidak nampak dek matanya.

" Anis ! aku tahu aku salah ... maafkan aku ... " Faiz terus longlai dan hampir jatuh berbaring di atas tar namun begitu Danny yang ada disitu terus membantu Faiz dengan menyambut kepalanya.

" Tolonggg !!! " Farah terkejut melihat situasi itu. Dia terus berlari untuk dapatkan bantuan cikgu

Danny yang berada disamping Faiz yang pengsan itu, memegang dahi Faiz. Panas orang demam.

" Cikgu, call pihak hospital. Dia injured + badan panas sangat ni cikgu " Danny menjerit apabila ternampak cikgu yang menghampiri dirinya dan Faiz

' Faiz, tak sangka aku mudah di tipu. Aku ditipu sedangkan hati aku ni dah betul betul jatuh cinta dengan kau. Luka yang aku pegang ni, biarlah aku ingat sampai mati. Faiz Zakwan, nama kau dah mati dalam hidup aku ' Anis bermonolog dalaman sambil matanya melihat pemandangan luar

Faiz dibawa ke hospital. Badannya yang demam panas mengejut membuatkan dirinya jatuh pengsan. Nasib kepalanya tidak tercedera juga kalau tidak,mungkin mengalami injured yang teruk.

" Anis ... "

Dear, Mr. Selenophile Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang