Sekali kau buat selamanya dendam akan terpahat. Pujuk rayu menangis berdarah sekalipun, sekali hatinya tertutup rapat tiada lagi istilah maaf dalam dirinya.
Begitulah kehidupan Anis Haura yang telah ditipu hidup hidup oleh lelaki yang dia cinta bua...
Faiz termenung seorang diri pada waktu malam di tepi pantai yang berdekatan dengan rumahnya. Dia duduk di sebuah buaian yang menghadap laut yang sedang berombak pergi dan balik. Suasana sunyi dan tenang itu dihayati olehnya.
" Dah la Faiz, kau dah terlambat nak dekat dia balik. Nasib badan la, dulu tak reti menghargai. Sekarang memang padan muka kau. "
Faiz membebel pada dirinya sendiri. Dia dapat lihat Anis begitu gembira memberitahu dia bakal berkahwin tidak lama lagi.
" Apa yang jadi sekali pun, aku tetap ada dengan kau Anis. Kau tetap akan jadi yang utama dalam hidup aku walaupun kau taktahu yang ada depan kau waktu tu ialah lelaki yang kau paling benci "
" Anis Haura, aku tak dapat nak bunuh perasaan aku untuk benci kau. Maafkan aku. Aku memang layak untuk dibenci tapi bukan kau yang aku patut benci "
Faiz mengambil bukunya. Buku kegemarannya iaitu buku puisi. Dia memandang bulan yang cerah yang memberikan lampu semulajadi buatnya untuk menikmati suasana sunyi.
ANIS HAURA'S PROV ...
Anis memandang baju nikahnya yang begitu cantik sekali. Baju tempahan khas dari pereka baju yang terkenal. Mata dan mulutnya tidak berhenti dari memuji baju tersebut. Dia memegang baju melayu satu set dengan sampin milik Uzairi. Dia mengambil telefonnya, dan menelefon kekasih hatinya itu.
" sayang , bila you nak datang ambil baju nikah ni?" Anis
" Yes? Baju nikah? you dah pergi ambil ke? i baru terfikir nak tolong ambil dekat butik esok "
" I ambil dah after balik kerja tadi, nanti jangan lupa datang rumah ambil okay? baju nikah kita lawaaa gile ! you kena tengoj and try it "
" insyaallah kalau sempat nanti i pakai tau, you simpan dulu elok elok dalam almari "
" Okay sayang. Bye takecare "
Panggilan dimatikan. Anis masih membelek baju bakal suaminya itu. Cantik dan mesti tampan bila Uzairi memakainya nanti. Baju melayu slimfit dipadankan dengan songket khas dari Terengganu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Matanya tiba tiba memandang kearah kesan parut di tangannya. Titik permulaan dirinya tidak mempercayai lagi mana mana lelaki dalam hidupnya namun perancangan tuhan itu hebat. Dipertemukan dengan Uzairi yang mampu membuka dan menyembuhkan luka di hati Anis.
" Faiz "
Nama lelaki itu disebut, terus matanya dipejam dan cuba melenyapkan ingatannya itu. Tidak mahu lagi dia ingat lelaki itu, nama Faiz itu telah mati. Mati di dalam hidupnya.
4 tahun yang lepas ...
Anis yang sedang duduk seorang diri di bangku taman tersebut terkejut dengan kehadiran Uzairi. Lelaki yang dianggap kawan baiknya. Mereka berkenalan hampir setahun sebagai kawan. Kini tiba masanya Uzairi meluahkan perasaanya.
" Hai Anis, sorang je ke? "
" Tak ade lah , ni dengan pakwe. Dia pergi tandas kejap "
Anis menjeling Uzairi. Sudah tahu saja ditanya lagi.
Hati Uzairi berdegup kencang, taktahu nak luahkan bagaimana. Dia sudah bersedia kalau dirinya tak diterima oleh Anis.
" Anis pernah rasa teringin nak bercinta?"
Anis menggeleng. Uzairi terus cuak untuk memberitahu perasaannya tapi dia sedaya upaya untuk teruskan juga
" Kalau Ayie bagitahu, Ayie harap Anis tak terus marah atau taknak dah kawan dengan Ayie. Sejujurnya Ayie memang sayang dekat dengan Anis, bukan sebagai kawan tapi lebih dari tu. "
" Ayie ... "
" Kejap. Ayie tahu apa yang pernah jadi dengan Anis dulu. Tapi Anis, kalau Anis bagi peluang dekat Ayie untuk rawat luka dalam dari parut dekat tangan Anis tu. Ayie janji Ayie akan buat yang terbaik. Ayie betul betul sayangkan Anis. Kalau Anis nak ambil masa lama mana sekalipun untuk terima Ayie, Ayie terima dan tunggu "
" Anis pun rasa apa yang Ayie rasa selama kita kenal ni tapi Anis takut. Takut hati Anis terluka lagi. Anis dah serik. Ayie kan baik, hensem pulak tu mesti ada perempuan lagi baik untuk Ayie oneday. "
" perempuan yang baik tu ada depan Ayie, buat apa Ayie nak cari lagi? Anis satu satunya kawan tak pernah ambil kesempatan apa yang Ayie ada. Ayie tahu Anis ikhlas dan baik untuk Ayie "
" tapi Uzairi Aqashah..., "
" give me a chance to give you some happiness of love. Ayie tak paksa Anis untuk terus kahwin. Ayie tunggu Anis bersedia. Will you be mine?"
Anis masih diam, dia buntu dan taktahu nak respon apa. Tiba tiba Uzairi menghulurkan sebuah buku. Buku yang menulis semua tentang gadis yang dia cintai.
" Apa ni? "
Anis membelek buku itu, dipenuhi notes kecil dan ditulis dengan kemas tentang dirinya. Setiap gambar candid Anis ditangkap dan dibuat polaroid mini untuk disimpan dalam buku tersebut.
" Saya simpan, luah dan pendam semua dalam buku tu. Semua tentang awak yang berlaku saat kita bertemu, semua saya tulis. Tak pernah sekali pun saya lupa sebab saya nak simpan kenagan tu dengan awak "
Anis tersenyum dan memandang Uzairi. Dia memberikan senyuman manis kepada lelaki itu.
" Saya nak awak tunggu saya betul betul bersedia jadi separuh dari nyawa awak. Sanggup? "
" Sanggup. Demi awak saya sanggup tunggu. Biarpun 10 tahun akan datang sekali pun baru awak terima saya sebagai suami awak"
Mereka berdua gelak. Dua tahun selepas dari itu, mereka mengikat tali pertunangan. Uzairi tetap setia menunggu Anis bersedia menjadi isterinya yang sah.
END THROWBACK...
" Terima kasih Uzairi. Awak buat saya yakin yang cinta tu tak sakit pada orang yang benar "