DMS 18

124 20 3
                                        

1 MINGGU SEBELUM UZAIRI PULANG KE MALAYSIA ...

    Anis yang baru pulang dari kerja terus masuk ke tandas yang ada dalam biliknya. Dia mengeluarkan pregnancy test yang dibelinya di farmasi sebelum balik ke rumah. Saja dia ingin memeriksa tanpa berharap memandangkan hampir seminggu dia lambat datang period.

     Baginya dah biasa datang lambat period kerana dia memang mempunya masalah kitaran haid tidak teratur. Dia membuat pemeriksaan sendiri ujian kehamilan itu. Dia menunggu keputusan dari ujian itu.

"Dua garis? "

    Anis memandang lagi sekali pregnancy test itu, dia membaca balik arahan kotak tersebut. Dia masih tak percaya akan keputusan yang dia dapat, terus dia keluar kembali dari rumah dan menuju ke klinik swasta berdekatan.

" Tahniah Puan Anis, Puan dah mengandung 7 minggu Tahniah ! "

" Mengandung? betul ke ni doktor? saya..saya mengandung?"

" Yee puan. Puan mengandung. Nanti bulan depan puan datang lagi ye untuk check up. Nanti jangan lupa ambil vitamin dekat bahagian depan."

   Anis tak henti henti mengucapkan alhamdulillah. Dia memegang perutnya yang kini ada satu nyawa sedang berpenghuni di dalamnya. Tak sabar dia menunggu kepulangan Uzairi.

  Berita Anis mengandung telah diketahui oleh kedua dua keluarganya. Mereka semua bersyukur dengan rezeki yang diberi kepada Anis dan Uzairi itu. Keluarga Uzairi juga tak sabar menunggu Uzairi pulang untuk menyambut majlis kesyukuran bersama.

  Namun kebelakangan ini, Uzairi jarang telefon Anis. Mungkin Uzairi terlalu sibuk? Tapi hakikatnya Uzairi kini sedang menjalani rawatan buah pinggangnya yang dibantu oleh Faiz Zakwan.

" Faiz kalau aku tak ada nanti, jagakan anis untuk aku. Boleh? "

" Apa kau cakap ni? Anis perlukan kau, kau kena kuat "

  Faiz yang membantu Uzairi sedang sakit itu. Tak pernah sekali pun Faiz merungut atau cuba ingin balas dendam pada Uzairi walaupun dia tahu sepatutnya dia tak perlu lagi ada kaitan dengan Anis Haura mahupun Uzairi.

   Uzairi memandang wajah gadis cantik di skrin telefonnya. Dia menatap wajah itu dan mencium, dia sangat merindui gadis itu. Dia sangat merindui akan telatah manja isterinya.

"  Uzairi, bagitahu jelah keluarga kau. Diaorang patut tahu apa yang jadi sekarang. Kau tak patut diam macam ni"

" Kalau diorang tahu, aku dah menyusahkan mereka. Aku terlalu sayangkan Anis, aku taknak tengok dia menangis depan aku"

" Habistu kau nak tengok dia menangis tengok jasad tak bernyawa kau nanti?"

" Sekurangnya aku tahu kau ada dengan dia waktu tu "

3 HARI SEBELUM KEPULANGAN UZAIRI ...

  Faiz datang seperti biasa ke ward Uzairi. Faiz sebagai doktor di ward tersebut bertanggungjawab memeriksa pesakitnya sorang demi sorang sehinggalah dia memeriksa Uzairi.

" Uzairi, how you feel today? Better? "

   Tiada sebarang jawapan dari Uzairi. Faiz terus memegang tangan Uzairi. Sejuk. Dia meletakkan jarinya di depan lubang hidunh Uzairi. Tiada nafas yang terhembus. Terus Faiz menekan button emergency. Dia memegang tangan Uzairi di bahagian nadi. Tiada denyutan.

" Uzairi, apa kau cuba buat ni???"

        Mata Faiz dah mula berair, dia menjerit memanggil nurse datang cepat untuk membawa alatan bantuan pernafasan. Namun semuanya hanya sia sia. Lelaki itu benar benar tinggalkan semuanya.

       Faiz melihat sebuah buku yang ada disamping jasad kaku Uzairi. Dia mengambil buku itu dan sebentuk cincin yang telah diselit dalam buku tersebut.

      Cincin yang disarung oleh Anis Haura di hari pernikahan mereka, cincin yang ditulis nama Anis Haura. Dia memandang wajah Uzairi yang ditutup perlahan lahan seluruh mukanya oleh jururawat yang bekerja di hospital itu. Berat hatinya ingin memberitahu keluarga Anis dan Uzairi.

ANIS'S PROV

    Anis gelisah memandang jam dinding di pejabatnya. Dia gelisah tetapi tidak tahu  sebab apa. Telefonnya berdering, tertera nama Uzairi yang menelefonnya. Terus tersenyum dan riang hatinya mengangkat panggilan tersebut.

" abang !!! "

" Mrs Anis Haura? Wife Mr Uzairi Aqashah?"

" Who's this? May I know you? where my husband? its everything okay? "

   Setelah mendengar penjelasan dari suara itu. Anis terus menjadi lemah. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Dunianya gelap seketika. Pintu bilik Anis dibuka, mummy terlebih dahulu mengetahui tentang perkara tersebut dan terus memeluk Anis.

" Mummy...ayiee "

" I know it sayang..."

    Anis terus meraung dan memeluk mummy nya. Dia terus bangum dan keluar dari pejabat biliknya. Baru sahaja ingin turun ke parking, kakinya menjadi lemah. Nasib keluarganya mentuanya yang baru tiba untuk menjemput Anis datang tempat pada masanya.

" Anisss !!!"

    Hampir terjatuh namun sempat dipapah dan dibawa masuk ke dalam kereta.

" Semua ni tipu kan, mama? just say ini semua prank kan mama? Ayie tak akan buat Anis macam ni right? "

   Mama Uzairi hanya peluk Anis dan menangis. Dia tahu Anis masih lagi terkejut, Anis terus meraung menangis. Dia masih cuba membelitkan fakta bahawa semua ini hanya penipuan.

" tolong cakap semua ni mimpi, im not ready for this "

" sayang, jangan macam ni. Ayie memang dah tak ada. Dia dah tinggalkan kita semua. "

      Anis yang mendengar ayat 'dah tinggalkan kita semua' terus pengsan di riba ibu mertuanya. Hatinya ragu ragu untuk percaya dalam masa yang sama dia penat meraung menangis.

' abang tipu Anis ... '

Dear, Mr. Selenophile Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang