DMS 6

186 28 6
                                    

DEADLINE DARE FAIZ TELAH PUN TIBA....

" betul ke apa aku buat ni " Faiz merenung wajahnya di cermin solek biliknya

' teruskan jelah Faiz, kau tu hensem patut dapat awek lawa. Eh dia awek kau ke? tak sepadan langsung' suara mengejek dirinya bermain di telinga Faiz

Faiz mengambil kunci kereta dan memandu ke asrama perempuan. Anis telah meminta kebenaran warden untuk outing. Anis masuk ke kereta milik Faiz.

Mereka pun pergi ke bandar untuk membuat apa yang dirancang. Di dalam kereta, Faiz hanya diam. Anis juga turut diam, suasana sunyi.

Di meja makan, selepas mengambil order dan makanan pun tiba. Mereka menjamu makanan. Sepatah yang ditanya Anis, sepatah yang dijawab Faiz.

" Faiz, kau okay tak ni? Diam je. Kau ada masalah ek?" Anis

" Tak adelah " Faiz

" Habistu kau fikir exam nanti ke?" Anis

Faiz menggeleng kepalanya. Anis terus mengeluarkan sebuah kotak dan diberi kepada Faiz. Dia tersenyum malu.

" Ape ni?" Faiz

" Rahsia, tapi kau buka dekat rumah nanti tau " Anis senyum kepadanya

Faiz membawa Anis pergi ke sebuah taman yang berhadapan dengan tasik yang aman. Dia mencari sebuah tempat yang tiada orang lalu lalang kerana dia ada benda perlu jujur kepada Anis lepasni

" Anis, aku ada benda nak bagitahu kau " Faiz duduk berhadapan dengan Anis di meja kayu.

" Kau nak bagitahu apa?" Anis

' mesti dia nak cakap dia suka aku... hehehe kalau dia kata dia suka, aku pun nak mengaku jugaklah ' anis bermonolog dalaman.

" Sebenarnya aku...sebenarnya.." Tak sempat Faiz menghabiskan ayatnya seorang lelaki datang dari belakang Anis dan menepuk tangannya dengan gelakan

" Bravo Faiz Bravo, Tahniah ! " Ifwat, kawan kepada Faiz datang dan menepuk belakang Faiz.

" Eh Ifwat kau buat apa kat sini?" Anis terkejut dengan kehadiran Ifwat

" Alaa kau tak tahu ke? Ke Faiz belum bagitahu kau?" Ifwat

" Bagitahu apa ni?" Anis kebingungan

" Anis sebenarnya aku... "

" Argh lambat la kau ni Faiz. Okay macam ni si gendut comel. Faiz ni dah menang. Dia ni kena game kau untuk beberapa bulan sampai nak dekat exam. So dia dah settle la harini" Ifwat

   Anis memandang Faiz, dia seperti tidak faham lagi dengan apa yang diterangkan Ifwat tetapi matanya dah mula berkaca

" Aku minta maaf, aku terpaksa " Faiz

" Laaaa kau minta maaf sebab apa Faiz. Bukan kau suka ke? Bukan kau tunggu saat ni kan? Haaa btw Anis, dia ni tak suka pun nak kawan dengan kau " Ifwat

" Taa..taa.. tapi kenapa?" Anis

" Kau tanya kenapa? kau tengok la badan kau Anis. Beria la kau ni. Acah anti lelaki ,menyampah aku " Datang lagi seorang geng Faiz memberitahu apa yang terjadi

" Senang dia macam ni. Faiz dah menang and kau actually kena game je. Kau jangan risau, Faiz ni tak ada hati pun dengan kau. Buktinya kau boleh tengok badan kau sendiri dengan muka kau " Ifwat

   Mereka gelak beramai kecuali Faiz yang masih tunduk tak bercakap. Anis bangun dari tempat duduknya.

" Faiz, tolong explain dekat aku. Betul ke semua ni? Kau main main je kan? " Anis menahan sebak.

" Eh gendut ni, tak faham bahasa ke? Dia memang tak suka kau. Ini semua dare. Betul tak Faiz?" Ifwat

" Betul Anis, semua ni dare. " Faiz terus mengaku kepada Anis. Anis seperti hilang pertimbangan akal

" Sampai hati kau kan Faiz. Aku dah kata kau tak akan ikhlas kawan dengan aku. Kau kejam Faiz " Anis

" Aku kejam? ke kau Anis?. Kau tahu tak ? kau ni suka acah 'perfectionalist'. Kau sedarlah kau tu tak cantik, gemok. Kau sedar diri sikit. Apa yang Danny cakap haritu betul la. Memang betul pun " Faiz

   Anis menundukkan kepalanya. Air matanya menitis jatuh ke lantai bumi. Kata kata Faiz betul betul melukakan hatinya.

" Kau nangis ke Anis? " Faiz mencuit kasar bahu Aniss sehinggakan dia tertolak ke belakang

" Laaa nangis ke? kata perempuan jenis heart strong?" Lagi sekali bahu Anis dicuit kasar Faiz

" Kau kejam Faiz ! " Anis menolak Faiz. Ini membuatkan Faiz naik amuk. Dia menolak bahu Aniss sehinggakan Anis terjatuh dan luka di tapak tangan.

" Woi Faiz, kau jangan nak kurang ajar sangat " Danny tiba tiba muncul dan menumbuk muka Faiz

   Anis melihat tapak tangannya berdarah. Anis yang sememangnya takut darah menangis melihat darah mengalir di tapak tangannya.

  Danny datang dekat dan melihat tapak tangan yang luka itu. Faiz terperasan tapak tangan Anis yang berdarah itu, dia berasa bersalah kerana buat Anis terluka.

Faiz mendekatkan dirinya kepada Anis namun Anis menjarakkan dirinya darinya.

" Faiz, mulai sekarang aku tak kenal lagi siapa kau. Aku tak nak kenal dengan kau. Aku benci sangat nama kau. Luka tangan ni jadi bukti benci aku dekat kau. Terima kasih untuk segalanya " Anis terus beredar meninggalkan Faiz yang baru sedar kesalahannya itu.

" Apa yang aku dah buat ni?" Faiz

Dear, Mr. Selenophile Where stories live. Discover now