" weh aku dah lambat ni, aku kena settle pentas untuk program start malam ni. Nanti dah habis guna kau simpan je dalam locker " Anis bergegas keluar dari dorm.
" Oh okay " Izzah melambai tangan kepada Anis dan sambung gunakan periuk nasi yang dibuat untuk masak maggi. Biasalh duduk asrama, idea banyak tercetus.
Anis bersama totebagnya berjalan laju ke pentas dewan sekolah. Walaupun ramai gelak padanya bila berjalan seperti penguin gemuk, dia hanya endahkan. Dia terus berjalan sehingga tidak perasan buku notanya tercicir
" Anis, Jangan la berlari. Nanti jatuh, luka pulak . " Faiz dari belakangnya menegur dan mengutip buku nota Anis yang terjatuh itu.
Dia mengutip dan membersihkan sedikit pasir yang terlekat di buku tersebut lalu memberikan kepada Anis.
" Faiz, kau buat apa dekat sini? " Anis mengambil bukunya.
" Aku tunggu kau la, malam ni kan program tu start. Aku nak settle playvideo lagi. Jom gerak sama sama " Faiz berjalan di tepi Anis. Anis yang perasan Faiz disebelahnya terus berhenti jalan dan membiarkan Faiz berjalan seorang diri.
" Kenapa ni? aku ada buat salah dengan kau ke? " Faiz memandang Anis yang seperti menunggu dia bergerak jauh darinya.
" Takpayah lah jalan tepi aku. Aku ni jalan macam penguin, nanti orang gelakkan kau pulak " Anis memberitahu pandangan orang lain yang selalu mengatakan dia begitu.
Faiz tersenyum dan berjalan menghampiri Anis. Dia menarik perlahan totebag Anis dan biar dia berjalan disampingnya.
" Aku tak kesah, kau kan kawan aku. Dah jom " Faiz
Anis terkejut. Wahh betul ke apa yang dia dengar ni? Faiz ni memang betul betul nak berkawan dengan dia. Tak sangka. Anis tersenyum, nampaknya memang benar si Faiz ini ikhlas.
Setelah masuk ke dewan, Anis terus sibuk dengan kerjanya membetulkan slide pc dan pentas. Yelah, dah jadi penolong timbalan program. Kenalah banyak kerja sedikit. Jam menunjukkan pukul 1 petang. Anis masih sibuk menghadap skrin laptop
" Anis, kau taknak makan ke? " Faiz menegurnya
" Eh tak apelah kau pergi je makan. Aku tak lapar, aku nak settle benda ni " Anis
" Serious ni? kau taknak makan apa apa ? " Faiz
" Ye tak apa, aku minta Izzah belikan coffee gedegang je nanti. " Anis
Faiz terus beredar. Orang dah taknak makan jangan dipaksa. Dia sambung buat kerjanya. Sejam kemudian...
" Ya Allah, laparnyaaaa " Anis merungut lapar selepas perutnya berbunyi
Tiba tiba dihadapannya ada bungkusan makanan dan satu cawan starbuck .
" Nahh, makan. Tadi aku suruh makan, taknak. Sombong sangat. Nanti sakit kan dah susah " Faiz
" Apa ni? " Anis memandang Faiz. Terkejut melihat makanan tiba tiba muncul depannya lepas merungut lapar
" Makanan la, kau kata kau laparkan. Itu air coffee. Aku taktahu kau suka air apa, jadi aku beli Latte Machiato je lah " Faiz
"Kau ni susah susah je la. Habistu kau dah makan ke? " Anis mula rasa serba salah
" Aku makan dah. Alahh alang alang aku nak beli air jugak, aku beli lah dekat kau. Tadhaaa " Faiz menunjukkan cawan air starbucknya.
" Haih kau ni Faiz. Hm terima kasih. " Anis
" Makan dulu. Meh sini laptop aku sambung buat " Faiz mengambil laptop di hadapan Anis dan melakukan kerjanya.
Anis mengemas meja kerjanya dan ingin mengambil makanan dan makan ditempat lain.
" Eh kau nak pergi mana? Makan la sini. Nak pergi jauh buat apa " Faiz yang cepat sedar yang Anis cuba nak makan tempat lain itu, terus ditegurnya.
" Aku makan nanti, kau pulak yang takut. Malu la makan depan kau, aku ni bukan makan macam perempuan lain. Sopan beradab bagai... " Bebelan Anis itu dipotong oleh Faiz.
" Duduk sini, kesah ape aku kau makan macam mana. Duduk situ makan diam diam. Sekurangnya aku boleh tanya kau kalau aku tak tahu slide ni nanti " Faiz
Anis kembali duduk dan membuka bungkusan makanan. Matanya focus dekat makanan. Tiba tiba entah datang dari mana niat di hatinya itu, dia memandang Faiz yang sibuk dengan memandang laptop.
Hatinya berbunga bunga seperti taman seroja yang sedang berkembang dan mekar. Rambut Faiz yang panjang di hadapan itu membuatkan dia nampak tampan sekali.
" Kenapa kau pandang aku macam tu? " Faiz yang perasan dirinya sedang dilihat oleh Anis terus menegurnya.
" Tak ada apa " Anis terus bangun dan ingin membuang bungkusan makanan yang kosong itu ke dalam tong sampah
' Aduhhh Anisss, apa kau buat ni ? pandang dia lama lama buat apa ishhhhh ' Anis membebel seorang diri.
Mereka sambung kerja mereka dan menyiapkan apa yang patut untuk program yang dibuat untuk pelajar form 1-2 . Anis masih malu kerana ditegur oleh Faiz.
Hatinya tak dapat ditipu lagi. Cara layanan Faiz kepadanya berbeza dengan lelaki yang pernah dikenalinya. Berbeza sangat sehinggakan terdetik di hatinya nama Faiz itu.
" Anis, jumpa malam nanti ye. Aku balik dulu " Faiz berjalan meninggalkan Anis.
" Faiz ! " Anis menjerit nama Faiz yang berjalan jauh itu. Faiz terus memandang kebelakang.
Anis berjalan kearah Faiz itu. Dia memandang Faiz dan beranikan diri untuk meminta nombor telefon.
" Aku nak nombor telefon kau boleh?" Anis.
" Sure ... " Faiz mengambil pen yanh dipegang Anis lalu ditulisnya nombor telefonnya di tapak tangan Anis.
" Nanti mesej aku, bye Assalamualaikum " Faiz
" waa..waalaikumussalam " Anis tersenyum manis dan memandang tulisan nomborndi tapak tangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Mr. Selenophile
RomanceSekali kau buat selamanya dendam akan terpahat. Pujuk rayu menangis berdarah sekalipun, sekali hatinya tertutup rapat tiada lagi istilah maaf dalam dirinya. Begitulah kehidupan Anis Haura yang telah ditipu hidup hidup oleh lelaki yang dia cinta bua...