" Sayang, im sorry tak dapat tolong you pagi tadi. Kereta you i dah minta orang tolong hantarkan dekat bawah tu. Nah kunci " Uzairi datang dengan kelam kabut takut tunangnya merajuk.
"You, i okay la. Its okay I faham. Nasib ada orang tolong tadi " Anis menenangkan Uzairi dan mengajaknya duduk berhadapan dengan meja kerjanya.
" Who? "
" Alaa anak kawan daddy yang haritu kita jumpa dekat majlis tu. "
" Ohhh, okay "
Riak muka Uzairi dah berubah, dia cemburu tapi dia cuba kawal muka cemburunya dengan bermain telefon. Anis memandang Uzairi dan gelak. Tahu dah perangai Uzairi ni, manja.
" You, jealous ke sayang? Ish you ni I tak ada apa apa la dengan dia haha "
" Ada nampak muka i jealous ke kat sini? takde kan ?" Uzairi menjeling Anis
" Okay kalau you tak jealous, soo malam ni can we have a dinner together? "
Terus senyum Uzairi dan mengangguk. Uzairi memang seorang lelaki yang suka menghabiskan masanya yang terluang dengan menggembirakan hati Anis Haura. Baginya Anis itu permata yang bakal dijaga olehnya selama- lamanya.
" I datang ambil you lepas maghrib, jangan lambat penat tunggu perempuan bersiap. "
Anis hanya gelak. Dia melambai tangannya kearah Uzairi yang ingin pulang ke rumah. Harini dia balik awal kerana meeting telah selesai tengahari tadi.
Faiz Zakwan's Prov ...
Dia memandang kad yang diberi oleh Anis. Faiz teringat akan wajah anis yang kini kian jelita. Dia tersenyum sendirian.
" Anis .. Anis .. dari dulu sampai sekarang sama je pelupa, cuai haha "
Faiz membuka dompetnya, dia mengambil sekeping gambar kecil yang disimpan olehnya. Dia memandang wajah seorang perempuang yang kelihatan tembam di pipi. Dia tersenyum dan mencium gambar itu.
" Anis, akhirnya aku jumpa kau balik. Aku gembira kau dah bahagia,Anis. "
Pintu biliknya dibuka perlahan. Lelaki berkemeja kemas berwarna hitam masuk kedalam bilik Faiz Zakwan.
" Kau korek ke tak telinga? takkan la aku ketuk macam nak pecah pintu pun tak dengar kau ni " Lelaki yang baru masuk itu duduk di kerusi meja berhadapan Faiz Zakwan. Dia rakan baik dan rakan sekerja Faiz, Najmuddin atau senang dipanggil Din.
" Kau ketuk ke? aku tak dengar pun "
" Memang la tak dengar, kau tu nampak dah macam laki angau je dah kenapa?"
" Aku dah jumpa dia balik, Din. Aku pasti dia yang aku cari "
" Kau dah jumpa dia balik? Maksud kau? Anis Haura yang kau cerita tu ke Faiz??!"
Faiz mengangguk dia menunjukkan gambar di telefonnya yang dia tangkap curi curi di majlis haritu dan gambar kecil yang disimpan dalam walletnya.
" Kau biar betul Faiz, kenapa lain ? kau betul ke ni dia perempuan yang kau cari. Aku tengok lain la gambar lama ni dengan baru "
" Yee aku pasti itu dia, sebab aku kenal cara pandangan dia. Mata yang tiada siapa pun ada selain dia. "
Din menghembuskan nafas risau. Dia memandang Faiz yang angau memandang sekeping gambar tersebut. Dia tahu Faiz sedang terseksa.
" Habistu kau bagitahu tak kau kenal dia? "
" Tak, aku tak bagitahu nama betul aku. Aku takut dia taknak rapat dengan aku. Aku tahu dia masih rasa sakit tu, Din. Aku yang buat dia macam tu dulu. Aku nak perlahan lahan aku kenal dia dan aku mengaku terus minta maaf "
" Kau jangan paksa diri kau Faiz. "
Faiz hanya terdiam dan termenung. Dia terimbas kembali apa yang dia pernah buat pada Anis dulu sehingga dia jadi takut untuk teruskan kehidupan.
" Faiz, mulai sekarang aku tak kenal lagi siapa kau. Aku tak nak kenal dengan kau. Aku benci sangat nama kau. Luka tangan ni jadi bukti benci aku dekat kau. Terima kasih untuk segalanya "
Ayat yang menghantui hidup Faiz. Setiap kali dia cuba untuk maafkan dirinya, terus dia teringat balik perbuatan kejamnya pada insan yang ikhlas menyayangi dirinya.
" Anis , maafkan aku. Aku kejam "

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Mr. Selenophile
RomansaSekali kau buat selamanya dendam akan terpahat. Pujuk rayu menangis berdarah sekalipun, sekali hatinya tertutup rapat tiada lagi istilah maaf dalam dirinya. Begitulah kehidupan Anis Haura yang telah ditipu hidup hidup oleh lelaki yang dia cinta bua...