Sekali kau buat selamanya dendam akan terpahat. Pujuk rayu menangis berdarah sekalipun, sekali hatinya tertutup rapat tiada lagi istilah maaf dalam dirinya.
Begitulah kehidupan Anis Haura yang telah ditipu hidup hidup oleh lelaki yang dia cinta bua...
Seperti mana yang dijanjikan seleaps maghrib terus Anis terpacak depan pintu rumahnya menanti tunang kesayangan tiba. Senyum lebar dia melihat sebuah kereta masuk ke perkarangan rumahnya.
Dress yang simple itu menarik perhatian Uzairi. Dia seperti terpukau melihat kecantikkan Anis yang tak pernah bosan untuk matanya melihat.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mereka berdua pun menuju ke destinasi yang telah dirancang. Makan malam di sebuah restoran kegemaran mereka berdua. Restoran tepi pantai, pemandangan yang cantik dan aman itu antara sebab Anis meminati restoran itu.
Meja makan menghadap pemandangan pantai di waktu moden disambut bunyi classic dari violin yang dimainkan mengikut rentak akustik menenangkan para pelanggan yang datang ke restoran itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Uzairi dan Anis berborak, tidak sentuh langsung pasal hal kerja sewaktu meluangkan masa bersama. Uzairi memandang sahaja sepasang mata milik Anis, dia tidak fokus mendengar cerita Anis.
" sayang, you dengar tak I cerita ni "
Anis memarahinya yang selalu berangan sambil memandang dirinya.
" Iye , I dengar. But, I ada benda nak tanya you ni "
" You nak tanya ape? "
Pelayan restoran datang dan meminta Anis membuka penutup dulang bulat yang dibawa olehnya. Dekat situ tertulis ayat dalam sekeping kertas. Anis tersenyum
' Awak dah ready nak jadi isteri saya yang sah? '
Dalam dulang tersebut juga terdapat seutas rantai. Seorang pelayan lagi datanh membawa bouquet bunga rose bercampur baby breath. Anis mengambil dan mencium bunga rosw tersebut. Bibirnya tak henti dari tersenyum.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.