DMS 3

169 28 5
                                        

Anis pergi ke kelasnya seperti biasa. Dengan tangan penuh membawa buku fizik setebal buku kamus negara itu, dia meletakkan perlahan lahan di atas mejanya. Baru sahaja dia nak simpan beberapa buku teks di bawah meja, terasa ada benda menyempit di bawah meja.

Anis mengambilnya dan terkejut ada cheesekut favourite ada di bawah meja. Dia memandang sekeliling, siapa pulak pagi pagi bagi cheesekut ni? Anis memeriksa lagi bawah meja dan terdapat satu kad bersampul.

Hye Anis,
Ambil la cheesekut ni tanda maaf aku dekat kau. Sorry buat kau marah haritu.
Ye salah aku, aku minta maaf.
Maafkan aku ye? :)

- Faiz Zakwan-

Anis mengerut dahinya, ape mamat ni cuba nak buat? Mesti dia cuba nak mainkan aku ni. Ini tak boleh jadi ! Anis terus bangun dan membawa cheesekut itu ke kelas Faiz yang selang 4 kelas.

" Faiz ! kau cuba nak buat apa ni ?" Anis

Faiz yang sedang kusyuk membaca buku menghentikan aktivitinya. Dia bangun dan pergi ke Anis yang nampaknya seperti tengah marah.

" Aku nak minta maaf " Faiz

" Maaf ? kau minta maaf? tolong la faiz, aku tahu la kau cuba nak berlakon je kan? " Anis

" Terpulang dekat kau nak percaya ke tak cuma aku nak minta maaf dan aku nak berkawan dengan kau. Tu je " Faiz

" Banyak lagi perempuan kau boleh nak berkawan, aku tak layak. Cari orang lain ! " Anis memberikan kembali cheesekut itu kepada Faiz dan dia pulang ke kelasnya.

" Ingat aku terpedaya dengan teknik dia tu? Ini Anis la ! " Anis membebel sendirian.

Tiba - tiba ...

Ada satu tangan menolak perlahan lahan bekas cheesekut itu di atas meja Anis. Bunga bouganville berwarna putih diletakkan atas bekas itu.

" Ape lagi kau nak ni ? " Anis

" Aku nak kau maafkan aku, tu je. Aku nak kawan dengan kau. Aku nak SPM tahun ni, jadi aku taknak la bergaduh. Please " Faiz

" Aku taknak kan? taknak la ! susah ape kau ni nak faham bahasa melayu" Anis

" Aku nak kawan dengan kau. Boleh? " Faiz

" Tak boleh " Anis

" Bolehlah " Faiz

" Satu syarat ... " Anis

" Apa dia? aku sanggup 9 syarat pun sanggup " Faiz

" Kau kena berubah, aku taknak kau mainkan hati mana mana perempuan lagi. Boleh?" Anis memberi syarat kepada Faiz.

" Sure. " Faiz memberi senyuman kepada Anis. Entah senyuman ikhlas atau sebaliknya

" Anis Haura Bt Hamdan " Anis memperkenalkan dirinya dan bertentangan mata dengan Faiz

" Faiz Zakwan Bin Zainul Ridzuan" Faiz pula memperkenalkan dirinya. Matanya memandang mata Anis . Mereka saling memerhati antara satu sama lain.

" Jumpa esok, aku tunggu kau dekat pondok ilmu. Assalamualaikum " Faiz beredar meninggalkan Anis.

" Boleh ke percaya mamat ni ? " Anis terdiam sebentar dan memandang kelibat lelaki bernama Faiz itu pergi.

Dear, Mr. Selenophile Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang