"Y/n!" Taehyung mencari Y/n dimerata rata tempat tapi tiada satu pun tanda yang dia akan jumpa Y/n.
Taehyung sudah meminta rakan rakannya di Perth tolong carikan Y/n tapi sampai ke malam mereka masih belum jumpa.
"Taehyung, jom balik dulu.. esok kita sambung cari" kata kawan Taehyung, Seong Woo.
"Tak tak aku tak nak.. selagi aku tak jumpa dia selagi tu aku takkan balik!" Taehyung menepis kasar tangan Seong Woo.
"Dah lewat malam ni Taehyung.. kau balik rehatkan diri dulu" kawannya yang lain pula bersuara, Hyungsik.
"Kau tak nak tolong, kau boleh balik. Kau fikir pasal aku penat tapi kau tak fikir kalau apa apa jadi dekat isteri aku! Kau nak tanggung ke?!" Taehyung mencengkam kolar baju Hyungsik.
"Okay okay"
Taehyung melepaskan kolar baju Hyungsik kasar dan teruskan mencari Y/n sambil tangannya ligat menelefon Y/n.
---
"Aku dah hack phone Y/n tapi location dia hanya di cafe tu je.. mungkin phone dia mati" kata Jungkook yang baru sahaja sampai dari Seoul ke Perth sebaik sahaja mengetahui Y/n hilang.
"Macam mana ni weh.." Taehyung menyerabutkan rambutnya.
"Seongwoo dah buat report polis.. sementara tu kita boleh cari Y/n.. aku tak rasa dia pergi jauh.. passport dia pun ada dengan kau kan?"
Taehyung mengangguk.
"Sekarang 11 pagi.. pukul 1 kita carilah dia.. kau rehat dulu.." Jungkook memberikan air kepada Taehyung. Taehyung hanya minum tanpa perasaan. Sekarang dia hanya fikir Y/n kemana.
---
"kau rasa Y/n kena culik ke?" Taehyung menyoal Jungkook. Jungkook terdiam sebentar.
"hm.. sorry weh tapi memang aku rasa dia kena culik pun.. nak kata dia larikan diri lepas nampak kau dan sepupu kau tu, macam pelik sebab dia tak pernah datang sini dan tak kenal sapa sapa pun kat sini.."
Taehyung mengeluh.
Mereka pun teruskan mencari Y/n sehingga ke malam lagi.
"Weh Taehyung"
"Apa?"
"Ni jacket Y/n kan?" Jungkook tunjuk jacket hitam yang dijumpainya di tengah jalan.
Taehyung check poket jaket itu dan ada ic Y/n.
"Haish mana dia pergi ni.." Taehyung tengok sekeliling.
"Aku rasa dia tak jauh.. mesti ada area ni je.. baik kita cari cepat" Kata Jungkook. Taehyung mengangguk pantas dan mencari Y/n lagi.
---
"eh.. Y/n?! Taehyung!! Aku dah jumpa Y/n!!" terus Jungkook menjerit.
Taehyung terus berlari ke tempat Jungkook berada.
"Sayang.. Kook, kau ambil kereta!" Taehyung mengarah sambil mendukung Y/n yang tak sedarkan diri itu.
---
"Sayang..bangun.." Taehyung memeluk Y/n erat agar dia berasa hangat.
"S-sejuk.." gagap Y/n cuba bercakap. Taehyung pun buka jacketnya dan pakaikan pada Y/n. Tak cukup itu Taehyung peluk Y/n lagi.
"Kejap sayang.. kita dah nak sampai hospital.." Taehyung mengusap rambut Y/n.
---
"Dia demam panas.. tapi jangan risau saya sediakan dia ubat.. nanti awak bagi dia makan 3 kali sehari" doktor itu memberikan ubat ubatan kepada Taehyung. Taehyung mengangguk.
YOU ARE READING
[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park Jimin
Teen Fiction"Hi sayang. Kerja sekolah semalam dah siap?" Park Jimin duduk dihadapan aku lalu membelek buku latihan aku. "Tak payah sibuklah!" Add to your reading list 🌸 - author notes : Thank you for supporting this fanfic 💖 I love you <3 Highest Ranking: #1...