S3 : 24

2.8K 279 149
                                    

"Appa, muka appa nampak pucat.." Jihyun menekapkan kedua dua tangannya ke pipi Taehyung.

"Yah appa demamla.. Yoonji, ambilkan appa ubat" Jihyun mengarah. Laju Yoonji berlari dan ambil panadol dan segelas air.

"Nah" Jihyun suapkan Taehyung panadol itu.

Jihyun dan Yoonji berpandangan sesama sendiri dengan pandangan risau.

"Jom pergi klinik lah, appa"

"Takpe.. sekejap je ni" Taehyung baring atas sofa itu.

Yoonji nampak Taehyung memeluk badannya sendiri seakan sejuk. Yoonji terus berlari ambilkan selimut. dia pun selimutkan Taehyung.

"Get well soon, appa" ucap dua beradik itu serentak dan baring disebelah Taehyung.






---





"Namjoon, Taehyung ada call kau tak?" Y/n menyoal.

"Takde.. last call masa 2 hari lepas kau datang sini tu jelah.." jawab Namjoon.

"Aku rasa tak sedap hatilah.."

"Kau nak tak sedap hati atau rindu sekarang takde guna"

"Macam mana kalau Taehyung sakit?"

"Well, Jungkookkan ada jagakan dia" balas Namjoon acuh tak acuh.





--


3 bulan berlalu.

Semua orang tak tahu keadaan Taehyung sekarang memandangkan Taehyung sudah tukar numbernya dan juga pindah rumah bersama Yoonji dan Jihyun.

Jungkook cuba cari Taehyung walaupun dia takkan pergi dekat tapi dia nak pastikan Taehyung selamat. Tapi hampa, dia tak dapat jumpa Taehyung langsung.

"Tuan, Taehyung dah berhenti kerja ke?" Jungkook cuba beranikan diri menyoal bossnya.

"Tak.. dia ambil cuti 3 bulan tanpa gaji.. mungkin esok lusa dia masuk kerja.. kenapa?"

jawapan bossnya membuatkan Jungkook agak lega.

"Terima kasih, tuan.."





---


Keesokkannya, Jungkook nampak Taehyung masuk kerja.

Jungkook agak risau apabila nampak Taehyung tak semangat dan tak sihat.

Jungkook ke pantry dan buatkan milo untuk Taehyung.

"Miss, tolong hantar ke Taehyung boleh? Jangan cakap yang saya buat.. cakap je yang awak buat.." Jungkook hulurkan secawan milo itu kepada rakan sekerjanya. Dia pun mengangguk dan ikut sahaja arahan Jungkook.




---




Pada waktu rehat, Taehyung baringkan kepalanya ke meja.

"Penatnya.." Taehyung melelapkan matanya.

Jungkook dengar dan nampak semua yang Taehyung buat memandangkan bilik kerja mereka hanya bersebelahan dan hanya cermin transparent yang memisahkan dua bilik itu.

Ingin sahaja Jungkook nak jaga Taehyung sekarang tapi dia tak boleh.

"Apasal badan aku sakit sangat ni" Taehyung meregangkan otot lehernya dan bahunya yang agak lenguh.

Jungkook dah tak boleh tahan. Dia terus ke bilik Taehyung.

"Nah" Jungkook berikan ubat dan segelas air.

Taehyung jongketkan keningnya.

"Untuk?" soal Taehyung pelik.

"Ubatlah"

Taehyung ambil ubat itu dan lempar ke dalam tong sampah.

"Blah" Taehyung menghalau.

"Taehyung--"

"Kau nak aku cakap apa lagi? Blah lah!!" Taehyung melemparkan file kepada Jungkook. Jungkook mengeluh sebelum keluar dari bilik itu.

Dia tak nak paksa Taehyung. Mungkin  nanti Taehyung akan makin stress.

Taehyung nampak yang Jungkook tengok ke arahnya melalui cermin bilik itu.

Taehyung terus tutup cermin itu dengan langsir.





---






Pada petangnya, Taehyung bawa Yoonji dan Jihyun berjalan jalan di mall.

"Appa, kami nak main jap boleh?" Jihyun tunjuk taman permainan tertutup dalam mall itu. Taehyung mengangguk.

"Elok elok" pesan Taehyung. Mereka mengangguk teruja dan bermain di situ.

Taehyung memicit kepalanya yang berdenyut kuat.

Hampir sahaja dia pitam tapi ada seseorang memegangnya.

"Awak okay tak? Sini duduk dulu.."















tbc

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park JiminWhere stories live. Discover now