• 6

10.3K 985 423
                                    

Sampai sahaja sekolah, aku duduk di sebelah 'everything' aku.

Jeon Jungkook.

Ye, dialah yang call semalam.

"Aku ingat kau lupa nama sekolah.. baru aku nak send location tadi" ejek Jungkook.

Dia ni perangai sumpah babi weh. Kekadang rasa nak terajang pun ada.

Tapi kalau aku susah, dia selalu tolong~ huehue

"Suami kau mana? Dia sekelas kan?" soal Jungkook.

Aku mengangguk malas.

Sejak dia cakap dia tak cintakan aku semalam, aku jadi lost interest kat dia. Tapi aku still layan dia. Cuma hati aku dan perasaan aku dekat dia dah perlahan lahan hilang.

"Gaduh eh?" soal Jungkook seakan risau.

"Tak.. em.. takde pape pun maybe aku je overthinking" aku mengukirkan senyuman.

"Kalau kau nak uji Jimin tu, aku boleh je tolong. Yelah, semalam kau ada citer yang Jimin tak cintakan kau kan? Nak uji dia tak?" Jungkook menjongketkan keningnya seakan mencabar.

Aku tersenyum evil.

--

"Weh, tadi aku nampak Jungkook dengan y/n cium cium kat belakang sekolah?" si kaki gosip, Somi memberitahu sekelas.

Jimin mendengarnya.

Dia mengerutkan dahi. Dia abaikan sahaja. Mungkin orang sengaja nak aibkan isterinya.

"Kau serius lah, Somi? Benda camni boleh timbulkan fitnah tau!" kata rakan yang lain pula.

"Kau ingat aku tipu? Y/n dengan Jungkook dah kena tangkap dengan cikgu disiplin. Kau pergi ah tengok. Dorang kena denda jemur tengah panas kat padang"

sebaik sahaja dengar apa yang Somi cakap, laju Jimin berlari menuju ke padang.

--

"Y/n!!" aku terus berpaling kearah suara yang memanggil aku.

Huh. Sibuk je.

Aku nampak Jimin berlari ke arah aku dan Jungkook tapi aku buat tak tahu.

Aku pandang Jungkook.

Aku terus buat buat mengelap peluhnya. Aku dengar derapan kaki Jimin berhenti.

Aku buat tak tahu dan teruskan lakonan aku. Aku bertindak pula membetulkan rambut Jungkook.

Tak lama kemudian, Jimin pergi dari situ.

Aku tergelak sakan.

"Tak baik weh.." kata Jungkook.

"Eh kau.. kau yang cadangkan ehh" aku roll kan bola mata aku.

"Aku nampak dia cintakan kau, y/n.. cuma mungkin dia malu nak mengaku? Aku nampak riak risau dan hampa dia tadi.." kata kata Jungkook membuatkan aku terdiam.

"Macam mana kau tahu?" aku menguji Jungkook.

"Aku lelaki.. aku faham apa perasaan dia.. contohnya kau. Kau tak cintakan aku pun kan? Tapi bila aku date dengan perempuan lain kau marah dan kecewa. Macam tu lah jugak dia"

Aku terdiam lagi. Betullah tu. Aku tak suka Jungkook keluar dengan perempuan lain. Aku tak cintakan dia pun tapi aku hanya tak suka.

"Jomlah aku dukung kau. Kaki kau melecet kan??" Jungkook bongkokkan badannya.

Aku hanya tersengih. Huhu.

Kami bukan bercium sengaja tadi. Kaki aku melecet sebab pakai kasut baru, pastu Jungkook tolong letak ubat kat kaki aku. Then aku terjatuh atas dia.

Cepat betol fitnah sampai. Huhu.

Jungkook menggendong aku sehingga ke kelas. Semua mata memandang kami. Termasuk Jimin.

Dia menghentak buku yang dipegangnya sebelum keluar dari kelas.

Wajahnya dingin.

"Kau settle sendiri" kata Jungkook ringkas.

HUWAAAA JIMIN AHHHHHH



TBC

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park JiminWhere stories live. Discover now