A Job

1.4K 27 3
                                    

Perlahan lahan aku berundur setapak demi setapak kebelakang. Seiring dengan itu dia juga perlahan lahan menapak kearahku. Setapak aku kebelakang dua tapak dia kehadapan. Sehingga aku merasakan langkahku disekat oleh sesuatu yang keras. Aku menoleh. Dinding!

Kini aku tidak mampu bergerak lagi. Dia semakin hampir. Aku menelan liur. Terasa kelat. Jantungku berdegup kencang. Aku dapat rasakan dia berdiri betul betul dihadapanku. Hanya berberapa inci sahaja sebelum tubuh kami bersentuhan. Aku cuba untuk lari tetapi dia lebih pantas menekap tangannya kedinding dikiri dan kananku. Kini aku sudah terkunci dalam ruangan yang sempit. Tidak mampu menatap wajahnya, aku menundukkan kepala.

Tangan kanannya mengangkat daguku agar mukaku bertentang dengan wajahnya. Perutku kecut melihat anak matanya yang hitam menikam anak mataku dengan penuh bernafsu. Lebih seram apabila mengenangkan dia adalah seorang wanita. Aku terus memejam mataku. Cuba mengusir gambaran wajahnya.

"Kenapa tutup mata? Takut?" Soalnya lembut.

"Aa..apa kau nak?" Balasku dengan soalan.

Kurasakan tangannya mengusap pipiku lembut. Tidak lama kemudian aku rasa pula sesuatu yang hangat menyentuh tubuhku. Aku terkaku. Lantas kubuka mataku. Alangkah terkejutnya aku melihat dia memeluk tubuhku. Bibirnya dirapatkan kecuping telinga kananku sebelum aku mendengar satu bisikan.

"I want you..." Ucapnya lembut.

Aku terpana. Otakku cuba memproses apa yang sedang berlaku. Namun aku menemui kegagalan. Kedua dua tangannya memegang pipiku. Aku merasa sesuatu yang lembut dan hangat menyentuh bibirku. Ya dia mengucup bibirku! Aku hanya membiarkan sahaja tidak membalas mahupun menolak. Mungkin otakku masih memproses apa yang terjadi keatas diriku.

Perasan tiada reaksi olehku, dia terus menciumku. Bibirnya bermain main dengan bibirku. Selang dua minit aku cuba menolak sebaik merasakan ada sesuatu yang berlendir cuba memasuki mulutku.

"No! Let me go!"

Aku cuba menolak tubuhnya tetapi gagal. Dia menghimpit tubuhku keras. Kedua dua belah tanganku digenggam dan ditekap kedinding. Sekali lagi aku dikunci. Tubuhku ditindih secara paksa. Aku cuba meronta. Apabila bibirnya sekali lagi cuba mengucup bibirku, aku menoleh kekiri.

"Shhh jangan lawan. Just enjoy.."

"Lepaskan aku... Aku tak nak.." Rayuku dengan suara yang mulai pecah.

Jantungku sudah tidak tergambar lajunya.

"Don't lie to me. I know you like it!!"

Mataku latas terbuka mendengar tengkingan itu. Astagfirullahhalazim! Mimpi. Mukaku diusap beberapa kali. Peluh yang menitik nitik ke dahi disapu bersih. Jantung yang berdetak laju cuba ditenangkan. Lama aku mengambil masa memikirkan mimpi tadi.

Tenang Amy tenang! Itu cuma mimpi je. Bisik hati kecil ku. Setelah beberapa minit barulah terasa lega. Aku mencapai hand phone di atas meja. Dah subuh. Aku turun dari katil dan mencapai tuala bagi membersihkan diriku dan bersedia untuk solat subuh. Selesai menunaikan kewajipanku, aku turun ke bawah.

"Morning mama!" Ucapku mesra.

"Morning adik! Ni makan sandwich mama buat ni." Kata mamaku.

"Waah! Sardin! Abang mana ma?" Tanyaku sambil mataku melilau mencari kelibat abang.

"Dia keluar tidur rumah kawan dia malam tadi. Belum balik la tu."

"Ouh patutla tak nampak dia semalam. Tidur rumah kawan rupanya."

"Abang sambut birthday kawan dia dekat Cameron. Tau tau dah malam. Itu yang tak sempat nak balik tu." Terang mama sambil menyapu jem pada roti.

"Hmmm ye lah abang je la dapat pergi tempat jauh jauh dengan kawan awan dia. Abang boleh buat itu buat ini. Sampai adik je tak boleh. Tak adil tau!" Protesku tak puas hati.

Possible Where stories live. Discover now