Unforgettable Tragedy

636 17 4
                                    

'Aku tak tau apa yang aku fikir masa aku tulis chapter ni. Tapi lepas habis tulis aku sendiri terkejut bila baca balik. Sejujurnya segala apa yang aku tulis ni base on my own imagination. Aku tak pernah experience apa yang aku tulis dengan siapa siapa lelaki atau perempuan. Jadi apa yang aku describe boleh jadi detail, tapi tak semestinya tepat. You know what I mean? Kepada yang under 18 tu.. faham faham je la aku tak boleh larang sebab choice korang nak baca. Tapi terus terang aku cakap chapter ni tak elok untuk korang.😅 By the way enjoy!"

🌈🌈🌈

Malam itu aku membasuh gelas selepas habis minum air kosong. Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 minit malam. Rasanya semua orang dah tidur ni. Itu yang sunyi sepi je rumah ni. Inas pon aku tak nampak. Dah tidur la tu. Aku menutup lampu dapur kemudian berjalan menuju ke bilik. Baru sahaja tanganku ingin memulas tombol pintu, tiba tiba aku teringat kata kata Eve.

'She is a vengeful person. Very aggressive especially in bed.'

Jantung aku mula berdebar. Aku kuatkan juga untuk memulas tombol pintu. Pintu terbuka sedikit. Aku tolak pelahan lahan. Bilik masih terang maknanya dia belum tidur la kan? Tapi dia dah tidur tu dengan membelakangkan pintu. Lantak la mungkin dia lupa nak tutup lampu kot. Terjengket jengket aku masuk tak nak bagi Inas sedar akan kedatangan aku. Berjaya masuk aku menutup pintu bilik pelahan lahan. Sebaik menoleh aku terkejut melihat Inas sudah dalam posisi mengiring menghadapku dengan keadaan yang sangat sexy.

'Survive.'

Ayat Eve yang itu serta merta terlintas difikiranku. Mulut aku ternganga melihat tubuh dihadapanku. Baju tidur yang dipakai Inas sangat nipis dan jarang. Rasanya itu baju tidur 'malam pertama'. Aku perhati dari kepala sampai kekaki. Kalau lelaki pandang ni boleh membangkitkan nafsu. Aku tengok Inas menayang muka yang menggoda. Bibir itu menayang senyuman sinis. Entah kenapa aku seperti tertarik dengan bibir itu.

"Kenapa berdiri dekat situ? Tak nak tidur ke?" Sangat manja suara yang kudengar.

Aku tidak mampu menjawab.

"Tutup la mulut tu. Masuk lalat nanti. Ke you nak I tutupkan?"

Lantas aku merapatkan bibirku. Boleh ke aku survive? Pandangan aku larikan. Tak kuat aku nak pandang dia lama lama.

"Sini la tidur sini.. sebelah I ni.." Katanya sambil menepuk nepuk tilam disebelahnya.

Aku jadi tak tentu arah. Habis la aku. Dia dah datang dah perangai pelik dia ni.

"Err.. I pergi toilet kejap." Kataku sambil berlari masuk ke tandas.

Kenapa dengan kau ni Amy? Apa dah jadi? Otakku dari tadi tidak henti henti memikirkan tentang Inas. Body dia yang seksi, pandangan dia yang menggoda, bibir dia yang mengancam. Ahh! Senang cerita semua pasal dia lah. Aku menggeleng laju. Amy kau jangan macam macam, kau tu dah tunang. Aku membasuh mukaku kemudian aku tatap cermin lama lama. Satu lagi persoalan yang selalu bermain main di kepala otak aku. Soalan paling penting dalam dunia.

Possible Where stories live. Discover now