Aku berjalan di dalam sebuah bangunan lama dalam kegelapan malam. Bangunan itu kosong tidak berpenghuni. Aku memerhati sekeliling cuba mencari bayangan sesiapa di dalam bangunan itu namun hampa. Hanya ada aku seorang diri sahaja di sana.
"Hello! Is anybody here!?" Tidak berjawab.
Cahaya lampu yang terkelip kelip menambahkan kesuraman bangunan itu. Bulu roma aku sudah berdiri tegak. Aku tiada pilihan melainkan mencari jalan keluar daripada bangunan itu. Aku berlari mencari pintu keluar. Sudah pelbagai cara aku lakukan namun masih gagal mencari jalan keluar. Akhirnya aku tercungap cungap keseorangan. Tiba tiba aku terdengar satu suara yang amat aku kenali.
"Dah penat cari jalan keluar?"
Aku menoleh dan terkejut melihat Inas yang tiba tiba muncul disebelahku. Namun mataku menangkap wajahnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mata itu kosong memanah mataku. Di bibirnya tiada sebarang senyuman yang ada hanyalah muka serius.
"Nas?"
"Kalau diikutkan dah lama aku terperangkap dalam bangunan ni. Tiada jalan keluar." Katanya lagi.
Dahiku berkerut mendengarnya. Apa? Tak ada jalan keluar?
"Ada sebab kau dihantar dalam bangunan ni."
"Apa maksud kau?" Soalku pelik.
"Mula mula aku pon tak faham kenapa. Tapi lama lama aku faham. Kau pon tak lama lagi akan faham sendiri. Tapi kau kena selesaikan tugas kau untuk mencari jawapan dia."
Lain yang aku tanya lain pula yang dibawab. Aku menjadi keliru.
"Aku tak faham." Kataku lurus.
"She's afraid of him."
"Who?" Soalku.
Inas tidak membalas sebaliknya dia mendekati aku. Aku hanya kaku berdiri disitu. Inas mencengkam kepala aku dengan kedua dua tangannya. Dahinya dirapatkan didahi aku. Aku terkedu diperlukan sebegitu.
"Tak semua yang kita nampak depan mata itu adalah realiti. Ada banyak perkara yang kita masih tak tahu. Kau kena janji dengan aku jangan sesekali percayakan apa pon yang dia cakap! Faham?" Tegas arakhan Inas berikan kepada aku.
Aku mengangguk dalam ketakutan. Tiba tiba aku merasakan kepalaku berpinar pinar dan serentak itu segala galanya menjadi kabur. Aku terus terjaga.
"Waaaa!!" Terkejut aku melihat Inas yang sedang menindih tubuhku.
Wajahnya sama dengan dalam mimpi aku tadi tidak berperasaan. Namun kali ini lebih mengerikan kerana pandangan matanya membunuh. Ini bukan Sara! Aku menelan air liur bersama peluh yang sudah menitik di dahiku.
"Inas..?"
"Leave." Beku bunyinya.
"Pardon me?" Aku kebingungan.
"She deserve better." Katanya.
"What are you talking about? Get off me!"
Aku cuba menolak tubuh Inas namun tidak berjaya. Tiba tiba Inas mencekik aku. Aku terkapai kapai.
"Inas! What.. what are you doing..?" Kataku dengan nafas yang tersekat sekat.
"Listen to me! If you love Syafinas. If you really love her. You have to LEAVE her!" Ditekan perkataan 'leave' itu.
"Inas... I can't.. breathe.." Aku masih mencuba.
Aku semakin lemas. Aku masih mencuba menarik cengkaman tangan Inas. Ya Allah adakah ini pengakhiran aku? Tolong aku Ya Allah! Aku tak nak mati dulu. Masih banyak lagi dosa aku yang tak terampun. Panjangkan umurku Ya Allah. Doaku dalam hati. Air mata kian bertakung dikelopak mata. Jantungku yang berdetak laju menjadi semakin lemah.
YOU ARE READING
Possible
Gizem / GerilimPerasaan aneh yang dirasakan Inas pada mulanya dianggap perkara biasa. Namun, ianya telah menimbulkan persoalan oleh Amy sahabatnya sendiri. Amy sahabat merangkap bodyguard telah dibayar oleh daddynya untuk menjaga Inas. Ternyata tugas Amy untuk men...