Not ready

584 17 0
                                    

Aku terkedu. Dalam samar samar cahaya lampu tidur, aku nampak anak mata Inas yang hitam pekat mula membesar. Aku cuba alihkan tanganku perlahan lahan tetapi tanganku direntap Inas kasar. Serentak itu badanku turut terdorong kepada Inas. Hidung kami hampir bersentuhan. Bagai nak terlompat jantung aku. Nafasku mula tidak teratur. Aku lihat senyuman sinis terukir dibibir Inas. Sekelip mata muka Inas bertukar menjadi menggoda. Muka itu! Muka itu yang sering ditunjukkan Inas kepada aku.

"Amy.. kau rindu dengan bulu mata aku ke?" Suara Inas sengaja dileretkan.

Aku terpaku tidak mampu bersuara. Sekelip mata aku sudah dalam pelukan Inas. Dapat kurasakan jari jemari Inas mula menyentuh dan meraba raba belakang badanku. Aku menelan liur.

"I..Inas.. ka..kau buat a..pa?" Soalku gagap.

"Kau rasa aku buat apa?" Manja nadanya.

Aku memejam mata rapat rapat. Berharap agar ini semua hanyalah mimpi ngeri yang selalu menghantuiku. Setelah beberapa ketika menunggu, namun masih tiada perubahan. Perkara yang tidak kusangka sangka pula yang aku rasakan. Pipiku diusap lembut oleh tangan Inas. Sah ini bukan mimpi! Aku membuka mata kembali.

"Inas. Bangun. Kau mengigau ni." Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk bercakap begitu.

Aku cuba tolak tubuh Inas agar menjauiku. Berjaya! Lantas aku bangun dan duduk. Namun.. Inas juga melakukan perkara yang sama.

"You literally have no idea who am I do you?" Soal Inas menggoda.

Aku menggigit bibirku dan menggeleng tanda keliru. Namun aku nampak Inas juga menggigit bibirnya. Tapi dalam keadaan.. menggoda? Oh my God! This girl literally drive me crazy.

"Inas please.. I don't want to play." Kataku separuh merayu.

Semakin melebar senyuman dibibir Inas. Dia menghampiriku dan aku mula menjauhkan muka. Inas memegang muka aku kemudian berkata.

"Believe me when I say you do not want to go into my dark side."

Dengan terketar ketar aku bertanya.

"Who are you?"

"Call me Sara." Jawabnya sebelum mencium bibirku dengan rakus.

"No! Emmm.."

Aku bergelut cuba melepaskan diri. Aku menolak muka 'Sara' namun gagal. Aku ditolak sehingga terbaring diatas katil dengan 'Sara' diatas aku. Bibir kami masih bertaut. Aku tidak mahu mengalah. Entah dari mana datangnya kekuatan..

Pang!!

Aku tertampar pipi 'Sara'. Kuat sangat agaknya sampai tersasar bibirnya dari menciumku. Melihat peluang yang ada aku cepat cepat menolak tubuh dia ke tepi. Aku bangkit dalam keadaan tercungap cungap. Jantung aku jangan cakap. Dah macam pelumba meroton dia punya laju. Aku tengok Inas tidak bergerak. Dah mati ke? Bisik hatiku.

"Aaau!"

Hidup lagi! Aku cepat cepat turun dari katil menjauhi Inas. Aku nampak Inas mengangkat muka memandang aku. Tapi.. pandangan kali ini.. keliru?

"Amy?" Suara Inas bertanya.

"Ye.." Jawab aku gugup.

"Kenapa kau berdiri dekat situ? Kenapa muka kau macam baru lepas nampak hantu? Amy are you okay?" Bertalu talu soalan yang aku dapat.

Aku mengangguk kecil. Tiba tiba aku nampak Inas turun dan mula menghampiri aku.

"No! Jangan dekat!" Jeritku.

Inas berhenti. Matanya tidak berkelip memandang aku.

"Kau ni kenapa Amy? Aku nak bukak lampu. Nak tengok cermin. Pipi aku sakit rasa macam baru lepas kena tampar." Kata Inas sambil mengusap pipi belah kirinya.

Possible Where stories live. Discover now