Strange!

539 18 0
                                    

"Amy! Keluarlah nak. Marilah makan dah dua hari Mak Wan tak nampak Amy keluar bilik. Keluarlah.. mari makan. Nanti masuk angin perut tu susah pulak kamu nak bekerja." Kata Mak Wan sambil mengetuk ngetuk pintu bilikku.

Aku hanya duduk diatas katil tanpa sebarang respon. Mataku bengkak kerana menangis dalam tempah masa yang lama.

"Amy.."

"Kenapa Mak Wan?"

Aku dengar pula suara Inas bertanya.

"Tak.. Amy ni ha. Mak Wan tak nampak  dia keluar dari bilik dah dekat dua hari. Dah kenapa Amy tu? Asyik terperap aje dalam bilik. Itu yang Mak Wan risau tu. Tak lapar agaknya budak ni."

"Tak pe Mak Wan. Biar Nas yang pujuk dia keluar. Mak Wan pergi sambung buat kerja."

"Ha ye la. Ni ada makanan Mak Wan bawak. Suruh dia makan tau. Risau pulak kot kot sakit ke."

"Ye Mak Wan. Terima kasih."

"Sama sama. Mak Wan sambung kerja dulu."

Aku tidak lagi mendengar suara Mak Wan. Namun kini diganti pula dengan suara Inas.

"Amy! Amy bukak pintu. Aku ada bawak makanan sikit."

Aku tidak memberi respon juga. Namun kali ini aku menutup pula telinga dengan tapak tangan. Berharap agar tidak mendengar suara itu lagi. Aku cukup trauma. Dengan kejadian yang baru menimpa diriku, dengan mimpi ngeri yang sering menyelubungi aku lagi dan tak lupa berita berita mengejutkan yang aku dapat tahu baru baru ini. Sudah. Cukup. Full stop! Aku tidak mahu itu semua lagi. Aku sudah penat.

'Tuk tuk tuk!'

"Amy bagi aku masuk! Kalau tak aku bukak pakai kunci." Ugut Inas.

Akhirnya aku mengalah juga. Pintu aku buka sedikit dan aku kembali kepada katil. Aku menekup bantal pada mukaku. Aku dengar seperti kerusi meja solek ditarik kehadapanku.

"Amy kau marah aku ke? I'm sorry.. ok kau nak aku buat apa untuk kau maafkan aku or eat lease bercakap dengan aku?" Kata Inas bersungguh sungguh.

Aku mengangkat muka. Aku memandang Inas dengan wajah monyok.

"I don't believe you when you said you don't remember what happened that night." Bicaraku jujur.

Aku lihat Inas menganggukkan kepala.

"Jadi kau tak percayakan aku la ni? Ok tak pe. Apa yang kau nak dengar dari mulut aku?" Soal Inas.

Aku memandang Inas dengan penuh curiga.

"Kenapa kau lain eh malam tu? Kau macam bukan diri kau." Kataku penuh kemusykilan.

Aku lihat Inas meletakkan dulang berisi makanan di atas meja.

"Apa maksud kau aku bukan diri aku? Aku tak faham." Jawabnya dengan soalan.

"Maksud aku malam Sabtu haritu kau lain sangat. Kau.. bukan Inas yang sekarang. Inas yang aku kenal." Terangku.

Inas menghela nafas berat. Semakin curiga aku dibuatnya.

"Amy apa kata kau makan dulu sikit.. kau nampak kurus." Inas cuba menukar topik.

Pantas aku menggeleng kepala. Lantak la perut aku nak lapar ke nak gastrik ke. Aku tak peduli. Sape suruh pandai pandai pergi telan alkohol malam tu. Ha sekarang rasakan biar dia lapar.

"Amy kalau kau still rasa aku orang yang ambik kesempatan atas kau malam tu, aku dah tak tau mcam mana lagi cara untuk aku jelaskan. Memang aku tak ingat sangat apa yang jadi. Plus kau kan best friend aku tak kan la aku nak buat macam tu dekat kau." Katanya lagi.

Possible Where stories live. Discover now