"Bodyguard! Seriously?" Mama mempersoalkan kenyataanku.
"Eeyup."
"Adik ni biar betul? Kalau adik terima kerja tu larat ke adik?"
"Alaa mama! Semuanya dato' Megat akan uruskan. Lagipun adik bukan jaga siapa siapa pon.. Adik jaga Inas je." Terangku.
"Inas? Syafinas?"
Aku mengangguk laju.
"Dah kenapa pulak Syafinas tu kena pakai bodyguard? Ada orang nak cederakan dia ke? Lagi satu.. Dah kenapa pulak daddy dia nak hire bodyguard perempuan? Apa dah tak ada lelaki ke yang sanggup jadi bodyguard kat Malaysia ni? Sampai susah susah daddy Syafinas pergi hire adik jadi bodyguard anak dia." Banyak persoalan yang ditimbulkan mama.
"Mama.. Daddy dia cakap adik cuma kena jaga dia. Temankan dia mana mana dia pergi. Tak de ape pon la mama..." Aku cuba meyakinkan.
"Memang la adik cakap tak ada apa.. Tapi bodyguard.. Bukan ke kerja tu bahaya? Adik mama risau la.. Dah la mama hanya ada adik dengan abang je. Dua orang je anak mama. Arwah papa dah lama meninggal. Nanti kalau jadi apa apa pada adik macamana?"
"Ya Allah mama.. Jangan lah fikir yang bukan bukan. Ok macam ni adik try dulu kerja tu dalam seminggu.. Kalau bahaya sangat adik berhenti k?" Cubaku lagi.
Kulihat dahi mama berkerut seribu. Barangkali risau dengan keputusan aku. Alah mama.. Bukannya aku tak kenal. Overprotective! Macamana lah esok kalau aku kawin? Agaknya dia tak baginya aku dengan suami aku keluar dari rumah dia. Kalau aku mengandung? Mungkin dia ikat je aku dekat kerusi sebab tak nak bagi aku buat kerja kerja rumah.Tangan mama aku raih dah kugenggam lembut.
"Mama.. Adik janji tak ada apa apa yang buruk akan terjadi. Mama jangan la macam ni. Adik tak suka la tengok mama muram macam ni.." Pujukku.
"Adik.. Kerja lain tak ada ke? Mama tak sedap hati la.." Kata mama sambil memegang tanganku.
Mendengar sahaja mama cakap dia tak sedap hati. Aku bagaikan terkelu. Naluri seorang ibu ni biasanya betul. Macammana kalau betul akan ada perkara buruk yang akan terjadi? Haih kena fikir betul betul ni.
"Hmm tak pe la kalau mama tak bagi. Nanti esok adik cakapla dengan Dato' Megat tu yang adik tak setuju kerja dia tawarkan. Adik naik atas dulu ma." Kataku sambil bangun.
"Hmm.. Good night."
"Night! Assalamualaikum!" Kataku sebelum menghilang disebalik tangga.
"Waalaikumsalam!"
Masuk sahaja didalam bilik, aku menghempas tubuhku diatas katil. Syiling yang kosong kutenung lama. Tiba tiba hand phone ku bergetar. Langsung kulihat skrin di hand phone.
'Camana? Jadi tak?'
"Eeeh awalnya dah tanya si Inas ni. Apa aku nak jawab ni?"
'Beb esok la aku jumpa kau aku bagitau eh?' Balasku.
'Hmm ok..'
Tiba tiba hand phone ku berbunyi memainkan lagu dark side. Terus kusambung panggilan.
"Sayang! You buat apa tu?" Tanya orang didalam talian.
"Tak ada buat apa pon. Nak tidur dah ni. Nape call? Bagi salam pon tidak. Tiba tiba sayang.." Jawabku
Kudengar orang didalam talian ketawa kecil.
"Ok assalamualaikum cinta."
"Waalaikumsalam. Ha ada apa ni call malam malam?"
"Haih nak call girlfriend sendiri pon dah tak boleh ke? You ni kenapa sayang bad mood malam malam ni? I tak nak you yang marah marah ni, I nak cakap dengan girlfriend I. Girlfriend I mana?"
YOU ARE READING
Possible
Mystery / ThrillerPerasaan aneh yang dirasakan Inas pada mulanya dianggap perkara biasa. Namun, ianya telah menimbulkan persoalan oleh Amy sahabatnya sendiri. Amy sahabat merangkap bodyguard telah dibayar oleh daddynya untuk menjaga Inas. Ternyata tugas Amy untuk men...