Sedang aku lena tidur, tiba tiba aku merasakan rambutku diselak ke sebelah telingaku. Namun aku hanya membiarkan sahaja. Tidak lama kemudian, aku terdengar desahan nafas seseorang. Sangat dekat bunyinya. Dalam keadaan yang mengantuk aku membuka sedikit kelopak mata.
Dalam samar samar aku melihat ada satu lembaga yang menindih tubuhku. Terus aku buka mataku seluas luasnya untuk memastikan 'lembaga' yang sedang menindih tubuhku. Rambutnya panjang mengurai. 'lembaga' itu mengukir senyum melihatku. Aku tergamam melihat 'lembaga' diatas tubuhku.
"Ka..kau..." Bisikku.
"Hello love." Ucapnya menggoda.
Lantas aku terjaga. Mataku melilau ke sekeliling bilikku.
"Mimpi lagi. Allah.." Ucapku sambil mengusap mukaku.
Aku turun dari katil untuk bersiap. Siap mandi aku menyarung baju lengan panjang bewarna merah bersama seluar jeans biru gelap. Rambut kubiar lepas. Make up kupakai nipis dimuka bersama gincu peace dibibir. Sesimple yang boleh. Siap berdandan aku mencapai hand bag dan hand phone. Sambil turun tangga aku message Zamir.
"Adik.. Nak turun tangga janganla tengok hand phone. Nanti jatuh nanti." Mama menegur.
Aku hanya tersengeh memandang mama.
"Assalamualaikum mama!" Sapaku.
"Waalaikumsalam..." Mama dan abang menjawab serentak.
"Eh abang pon ada!" Aku buat buat terkejut.
"Aku dah lama balik.. Dari semalam lagi. Kau je yang tak perasan." Balas abang.
"Eleh mana orang nak perasan. Abang tu balik balik je terus masuk bilik. Bukan nak jumpa orang pon. Dah la selalu keluar tidur rumah kawan. Buat rumah ni macam hotel je. Bila rasa nak balik, balik. Bila taknak balik, tak balik." Bebelku geram.
Kulihat mama senyum dengar bebelanku. Aku mengambil tempat disebelah mama.
"Membebel.. Ma tengok ma membebel macam mak nenek." Kata abang sambil mencubit pipiku.
"Aauh sakit lah!" Jeritku.
"Eeeh jangan bergaduh la depan rezeki. Tak baik tau." Tegur mama sambil menceduk nasi goreng kedalam pingganku.
"Abang ni ha main cubit cubit pipi orang." Bentakku.
"Adik kuat membebel sape suruh?" Sindir abang sambil menyuap nasi goreng ke mulut.
"Amy.. Ikram.. Boleh tak korang ni kalau satu hari bila berjumpa tak bergaduh? Pening la mama dibuatnya."
"Abang tu suka cari gaduh. Bukan adik yang mulakan dulu." Protesku.
"Abang.. Boleh tak jangan kuat sangat menyakat adik?"
"Alaaa mama... Orang kacau sikit je. Adik tu yang manja. Mengada ngada." Abang cuba membela diri.
"Sikit sikit pon... Adik kan perempuan. Abang kenalah jaga dan sayang adik. Bukannya buli adik." Ujar mama.
Kulihat abang sudah memuncung.
"Hahaha padan muka. Mama tak sebelahkan abang." Ejekku.
"Adik pon jangan la manja sangat. Sikit sikit mama. Sikit sikit mama. Kalau macam ni lah perangai adik macamana lah mama nak bagi adik jadi bodyguard anak orang." Tegur mama lagi.
Aku mencuih sebaik ditegur mama. Perasan sesuatu, mataku terus membulat. Aku memandang mama dengan pandangan terharu.
"Mama...?" Kataku meminta kepastian.
Dari ekor mataku aku perasan abang mengangguk kecil sambil memandang mama. Kemudian mama meraih tanganku.
"Adik.. Mama izinkan adik terima kerja tu." Kata mama ringkas.
YOU ARE READING
Possible
Mystery / ThrillerPerasaan aneh yang dirasakan Inas pada mulanya dianggap perkara biasa. Namun, ianya telah menimbulkan persoalan oleh Amy sahabatnya sendiri. Amy sahabat merangkap bodyguard telah dibayar oleh daddynya untuk menjaga Inas. Ternyata tugas Amy untuk men...