Si-mulut longkang. Si-mulut puaka. Si-mulut jahat. Si-mulut tak ada insuran. Ejaan lain, sebutan lain, tapi maksudnya sama: mulut tak guna!!
Sesekali si-mulut longkang ini perlu diajar. Disekolahkan dengan bahasa clorox supaya mulutnya wangi sikit. Atau pakai gam gajah biar mulutnya tak boleh buka lagi. Biar kebusukan tak tersebar keluar, terendam di dalam kerongkong dan mereputkan keseluruhan isi perut si-mulut longkang!
Di bawah ini dua peristiwa yang berlaku pada bulan Disember 2020. Saya menjadi pendengar dialognya. Dua peristiwa di dua lokasi berbeza tapi tema yang sama: pembalasan si-mulut longkang!
CERITA 1:
Pelaku:
1. Seorang ibu
2. Seorang anak perempuan 10 tahun
3. Seorang juruwang stesen petrol.Tempat: Stesen petrol Petronas.
Seorang ibu dan anak perempuannya masuk ke kedai, beli barang dan kemudian ke kaunter bayaran.
Ibu (Mengeluarkan dompet): Berapa semuanya, dik?
Juruwang: RM8.90 kak.
Ibu (Menghulurkan wang RM10): Adik dah lama ke kerja sini?
Juruwang: Dah 5 bulan kak.
Ibu: Sekarang kalau setakat SPM jer susah nak dapat kerja kan?
Juruwang: (Hanya tersenyum).
Ibu (Menunduk sambil bercakap perlahan dengan anak perempuannya): Mira..Mira, nanti besar belajar tinggi-tinggi tau. Kalau setakat SPM kerja kat station petrol ajelah...(jari menunjuk ke arah kaunter juruwang)
Juruwang (memandang budak perempuan): Adik..adik..datang sini kejap.
Kanak-kanak perempuan mendekati juruwang.
Juruwang: Adik jangan belajar setakat degree dan cuma dapat first class macam akak je tau. Kalau nak belajar suruh mama adik hantar ke university Oxford ke, Harvard ke, baru class. Jangan belajar kat UM macam akak, nanti tak pandai, kerja kat station petrol jer ...
Kanak-kanak: Kak..Oxford, Harvard tu kat mana?
Juruwang: Tanya la mama adik. Mama adik kan pandai (memandang wajah si-ibu).
Kanak-kanak: Mama..Oxford, Harvard kat mana, mama?
Ibu: (Tergesa-gesa memimpin tangan anak keluar dari stesen minyak tanpa memandang wajah juruwang).
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
CERITA 2:
Pelaku (bukan nama sebenar):
1. Faridah (ibu pengantin)
2. Nur (pengantin)
3. Amira (rakan Nur masa sekolah menengah).Tempat: Dewan kenduri kahwin.
Selepas menjamu selera, Amira pergi bersalaman dengan Nur.
Amira: Balik dulu ye Nur. Selamat pengantin baru...
Nur: Terima kasih hadir kenduri saya, Mira. Jumpa lagi...
Kemudian Amira pergi berjumpa Faridah, ibu kepada Nur.
Amira: (menghulur tangan bersalaman)): Balik dulu ye mak cik.
Faridah: (bersalaman) Terima kasih kerana datang kenduri Nur. Ni kawan satu tempat kerja dengan Nur ke?
Amira: Tak..saya kawan sekolah menengah Nur.
Faridah: Dah kerja ke ni?
Amira: Dah kerja mak cik.
Faridah: Nur pun dah kerja. Lepas diploma dapat kerja pembantu tadbir. Yang adik ni kerja apa ye?
(Pembantu tadbir: kerani)
Amira: Saya kerja kat kilang, mak cik..
Faridah: Mengapa tak ambik diploma macam Nur? Dapatlah kerja bagus sikit.
Amira: Hmmmm..
Faridah: Tapi kerja kilang pun kerja kilanglah. Kerja operator kilang tu juga kerja halal kan?
Amira: Betul mak cik. Bukan saja kerja operator kilang, kerja engineer kilang macam saya pun kerja halal juga, mak cik..
Faridah: (Terkesima, suara tersimpan dalam mulut).
NOTA KAKI:
Jangan vote jika tulisan ini tak menarik dan tak bermanfaat. Saya faham dan tak kecil hati jika tiada yang sudi vote. Maafkan saya membuang masa berharga anda 🙏🤦🙏
YOU ARE READING
Nota Dari Penjara
RandomCatatan suka duka seorang banduan yang terkurung dalam sebuah penjara besar berkeluasan 330,000 kilometer persegi dengan penghuni seramai 33 juta orang. Di penjara ini tercatat banyak cerita duka. Tapi dalam duka sesekali terselit cerita suka. Keran...