Sapa tak marah bila kita teruk-teruk memerah otak menulis buku, kemudian bersusah payah pula menerbitkan buku itu sendiri, tiba-tiba ada pihak lain yang senang-senang jual hasil karya kita. Tak hormat copyright orang langsung!
Macam mana marahnya selebriti masakan Khairul Aming bila sambal nyetnya diciplak orang, begitulah juga marahnya saya bila buku saya diciplak orang.
Tak patut betul karya saya dalam Wattpad Jangan Buka Hijabku yang kini telah dibukukan dan terjual di shopee dengan harga cuma RM21 tapi ada pihak lain yang menjual buku saya itu dengan harga RM40.25. Hampir sekali ganda!
Sungguh kurang aj**, eh..kurang sopan jual buku orang tanpa meminta izin dari penulis asalnya. Walaupun buku saya Jangan Buka Hijabku dengan ketebalan 216 halaman itu mungkin layak dijual pada harga RM40.25 tapi saya mahu ia dijual pada harga RM21, harga mampu milik!
Ada beberapa perbezaan antara buku Jangan Buka Hijabku versi original yang saya terbitkan sendiri dan terjual di shopee dengan versi fake yang juga terjual di Shopee:
1. Harga: buku asal Jangan Buka Hijabku dijual pada harga RM21.00, pos percuma dan dapat pula 10% cashback. Buku Jangan Buka Hijabku fake dijual lebih mahal pada harga RM40.25 tidak termasuk harga pos.
2. Kedah vs Johor: Saya sebagai penjual buku asal menjualnya dari Kedah tetapi buku fake itu kononnya dijual dari Johor.
3. Populariti: Buku original saya setakat saat saya menulis ini sudah terjual 334 naskhah tetapi buku fake itu belum lagi terjual 1 naskhah pun.
4. BM vs Bahasa Cina: Dalam iklan di Shopee sudah jelas tertulis Jangan Buka Hijabku original adalah karya dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) tetapi Jangan Buka Hijabku fake pula dikatakan ditulis dalam bahasa Cina.Jangan Buka Hijabku di tulis dalam Bahasa Cina? Itu adalah fakta yang paling gila dan pelik!
Tajuk buku itu pun Jangan Buka Hijabku sudah sah ia dalam bahasa Melayu, mengapa tiba-tiba ia menjadi bahasa Cina pula?
Diskripsi Jangan Buka Hijabku versi original ciptaan saya yang terjual di shopee:
Diskripsi Jangan Buka Hijabku versi fake yang terjual di shopee:
Kadang-kadang terfikir macam ada satu usaha terancang hendak sabotaj buku saya pula!
Kalau korang jadi saya adakah korang akan biarkan saja penipuan berlaku di depan mata?
YOU ARE READING
Nota Dari Penjara
De TodoCatatan suka duka seorang banduan yang terkurung dalam sebuah penjara besar berkeluasan 330,000 kilometer persegi dengan penghuni seramai 33 juta orang. Di penjara ini tercatat banyak cerita duka. Tapi dalam duka sesekali terselit cerita suka. Keran...