11. JOM MAKAN GANJA!!

137 36 13
                                    

Dua hari lepas seorang rakan ajak saya pergi Perlis. Jarak rumah saya di Alor Setar dengan Perlis bukan jauh sangat pun, perjalanan cuma ambil masa 50 minit saja.

"Dah lama aku tak pekena **** ganja Perlis. Gian laa pula nak makan ganja", kata kawan itu.

"Ishhh..hang ni. Cakap ganja, ganja, ganja...Polis dengaq nanti siap hang. Tak pasai-pasai masuk lokap polis, gian ganja punya pasai", seloroh saya.

"Elehhh..polis pun ramai makan ganja di Perlis" kata kawan itu sambil gelak kuat.

Memang betul kata kawan itu. Orang Perlis suka makan ganja. Pagi-pagi lagi dah ramai yang beratur di kedai nak pekena ganja!

Di negeri lain termasuk Kedah mungkin ganja haram. Memiliki dadah dalam jumlah yang banyak boleh dihukum gantung mandatori. Tapi tidak di Perlis. Di Perlis ganja halal! Itu pengalaman saya masa kerja di Perlis dulu. Ganja memang halal di Perlis. Banyak kali le juga saya makan ganja di Perlis. Cuma tak sampai peringkat gian jer..

Di Perlis, tak kira di Kangar, Arau, Kuala Perlis hingga Padang Besar, orang boleh makan ganja sambil minum teh tarik di restoran atau gerai tepi jalan. Polis tak tangkap sebab polis sendiri pun suka makan ganja. Bukan saja polis, tapi orang AADK (Agensi Anti-Dadah Kebangsaan), doktor, guru, semuanya suka ganja. Kalau anggota polis dan AADK pun selamba saja makan ganja di khalayak awam, apa lagilah orang awam macam kita.

Kalau tak percaya, pergilah kedai nasi mamak di Perlis dan order 'nasi ganja'. Tak pernah ada orang yang tengok dengan pandangan curiga kerana nasi ganja memang halal di Perlis. Bukan saja di Perlis, kalau saya bawa balik nasi ganja ke rumah saya di Kedah, polis tak akan tangkap saya. Sebab di negeri lain juga nasi ganja halal!

 Sebab di negeri lain juga nasi ganja halal!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nasi ganja Perlis

Sebenarnya di Perlis nasi kandar dipanggil nasi ganja. Di Kedah nasi ganja dipanggil nasi mamak atau nasi kandaq.

Banyak kedai nasi ganja di Perlis. Tapi antara kedai nasi ganja yang saya paling suka pergi masa kerja di Perlis dulu ialah kedai Nasi Ganja Repoh.

Selain dari Perlis, di Ipoh juga ada restoran nasi ganja. Saya tak tau di KL, Johor, Kelantan, Pahang ada ke tidak nasi ganja. Setahu saya masa kerja di KL dulu tak pernah dengar ada restoran nasi ganja di KL. Mungkin sekarang sudah ada nasi ganja jual di KL. Masa saya kerja di KL dulu yang ada cuma kedai nasi kandar. Kedai yang secara rasminya bernama kedai nasi ganja masa itu tidak pernah dengar.

Mengapa di Perlis nasi kandar dipanggil nasi ganja? Ada dua teori mengenainya:

~ Bila kerap makan nasi kandar boleh buat orang ketagih macam ketagih ganja @ marijuana.

~ Dalam nasi kandar ada campuran herba penyedap masakan dipanggil kas-kas yang diimport dari India. Kas-kas kononnya bukan saja bahan penyedap makanan tapi ia bertindak sebagai bahan yang boleh membuat orang ketagih bila kerap memakannya, kesan yang sama seperti orang yang selalu hisap ganja.

Apa pun jika korang ke Perlis korang boleh order nasi ganja di kedai makan mamak tapi jangan sesekali cuba order ganja @ marijuana, nanti silap haribulan korang masuk lokap polis...

NOTA KAKI:
Jangan vote  jika tulisan ini tak menarik dan tak bermanfaat. Saya faham dan tak kecil hati jika tiada yang sudi vote. Maafkan saya membuang masa berharga anda 🙏🤦🙏

Nota Dari PenjaraWhere stories live. Discover now