3: HIKAYAT SI-KANTOI 🤦

357 64 24
                                    

Korang pernah kantoi? Saya ada beberapa pengalaman kantoi. Ini salah satu darinya:-

Petang itu saya tumpang naik kereta Myvi yang dipandu puan isteri. Myvi milik isteri berwarna putih.

"Berhenti kat situ sat", kata saya bila tiba-tiba ternampak sebuah gerai goreng pisang di depan.

Puan isteri berhentikan kereta di tepi jalan. Saya keluar membeli pisang goreng.

Usai bayar harga pisang goreng, saya terus buka pintu dan masuk ke dalam kereta Myvi putih isteri saya.

"Tak nak jalan lagi ka? Jalan laa cepat, ganggu trafik ni.." kata saya bila sudah seminit kereta puan isteri belum juga bergerak ke depan.

"Jalan nak ke mana? Mak saya belum naik kereta lagi. Nanti tertinggal dia.." kata suara di sebelah.

Aittt..mengapa suara isteri jadi lain pula? Halus semacam? Suara siapa?

Bila saya menoleh ke arah wajah pemandu di sebelah....aduhai malunya! Saya tersilap naik kereta orang rupanya!

Dengan muka merah padam menahan malu, saya keluar dari kereta sambil memohon maaf berkali-kali kepada wanita itu.

"Sorry..sorry..sorry..saya ingat kereta isteri. Sorryyyy..."

"Tak pe. Dah agak dah.." kata wanita di sebelah sambil tersenyum.

Bila keluar dari Myvi putih wanita tersebut, baru saya perasan kereta wanita itu di parkir betul-betul di sebelah kereta Myvi putih isteri saya. Patutlah saya tersilap!

Mujur juga wanita berkenaan tidak datang dengan suami, abang, ayah atau boy friendnya. Mujur juga dia tak menjerit. Jika tidak tak pasal-pasal kepala saya bertelur lima enam biji terkena buku lima!

Sejak itu saya lebih berhati-hati kalau menumpang kereta isteri. Maklumlah Myvi putih model yang sama banyak di Malaysia. Takut pisang berbuah tiga kali.

Tips untuk diri sendiri jika hendak masuk kereta yang ditumpangi:

1. Sebelum masuk kereta, pastikan nombor kereta yang dinaiki betul. Jangan cuma percaya kepada jenis dan warna kereta saja kerana ramai pemandu lain mempunyai kereta dari jenis dan warna yang sama.

2. Bila masuk kereta, tengok dulu siapa di sebelah kita. Jangan jadi macam saya, terlalu yakin, buka pintu dan terus duduk tanpa tengok langsung wajah pemandu di sebelah.

Saya ada banyak lagi kisah kantoi yang melibatkan saya. Kalau ada masa saya akan kongsi cerita Hikayat Si-Kantoi 2, Hikayat Si-Kantoi 3 dan seterusnya. Tunggu nanti...

Kalau korang pernah kantoi, kongsilah pengalaman kantoi paling lucu korang di sini.

NOTA KAKI:
Jangan vote jika tulisan ini tak menarik dan tak bermanfaat. Saya faham dan tak kecil hati jika tiada yang sudi vote. Maafkan saya membuang masa berharga anda 🙏🤦🙏

Nota Dari PenjaraWhere stories live. Discover now