13. CARA SCAN JIN - DIY!

136 31 24
                                    

Sapa suka tonton cerita hantu angkat tangan! Saya suka tengok cerita hantu. Kadang- kadang watak hantu yang saya tengok ada persamaan dengan cerita hantu dalam novel saya "Jangan Buka Hijabku". Itu yang saya suka tentang cerita hantu.

Malam tadi saya sempat tengok satu cerita hantu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam tadi saya sempat tengok satu cerita hantu. Ceritanya berjodol 'Shutter':

 Ceritanya berjodol 'Shutter':

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Shutter ni cerita lama. Filem seram Amerika keluaran tahun 2008. Sebenarnya ini kali ketiga saya tengok Shutter kalau tak silap saya. Banyak adegan suspens dan seram dalam filem ini. Pengakhiran filem ada sedikit plot twist.

Shutter berkisar tentang bagaimana seorang gadis Jepun yang memjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki Amerika membalas dendam kematiannya.

Watak utama filem ini, Ben, selalu rasa bahunya berat dan sakit. Rupanya bahunya selalu rasa berat dan sakit kerana hantu gadis Jepun yang dirogol sedang bertenggek di atas bahunya dan sentiasa mengekori ke mana saja dia pergi. Menakutkan kan, jika hantu menjadi pendamping setia yang sentiasa bertenggek 24 jam atas bahu!

Korang pernah rasa bahu sakit? Pergi hospital/klinik untuk x-ray dan scan tapi hospital/klinik kata ujian klinikal menunjukkan semuanya okay? Akhirnya doktor cuma bagi pain killer. Tapi sakit tak hilang-hilang juga sampai ubat habis.

Kalau korang sakit bahu atau sakit di bahagian lain tubuh berlanjutan dan ubat moden gagal mengubatinya, mungkin ada masalah lain. Masalah serius yang tidak dapat dikesan perubatan moden. Mungkin ada sesuatu makhluk sedang bertenggek di atas bahu korang, seperti yang berlaku kepada Ben sapa tahu? Atau ada sesuatu yang sedang melekat di bahagian lain tubuh yang tidak kelihatan mata kasar mau pun mikroskop?

Jika ada jin yang menumpang tubuh, adakah cara untuk kita mengesannya? Ada mesin scan ke yang boleh kesan jin? Jika ada di mana boleh diperolehi? Boleh dibeli di shopee atau lazada? Atau kena jumpa ustaz pakar ruqyah? Atau ada cara kita boleh kesan sendiri jin dalam tubuh?

Sebenarnya ada cara untuk kita mengesan sendiri kehadiran jin dalam tubuh kita. Tak payah jumpa ustaz ke, dukun ke, DIY (do it yourself). Mengikut ustaz Datuk Seri Suhaimi, kita sendiri boleh kesan jin dalam tubuh melalui pembacaan ayat-ayat al-Quran tertentu. Salah satu cara untuk mengesan kewujudan jin dalam tubuh kita ialah dengan membaca surah Al-Isra' ayat 70 sebanyak 100 kali. Ingat gais baca ayat itu 100 kali. Bukan sekali. Bukan 10 kali ye?

Ustaz Datuk Seri Suhaimi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ustaz Datuk Seri Suhaimi

Surah al-Isra' ayat 70:

Maksud ayat: "Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah le...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maksud ayat: "Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami cipta."

Mengikut ustaz Datuk Seri Suhaimi, jika kita dapat menghabiskan bacaan ayat tersebut 100 kali dengan tenang tanpa merasai apa-apa, itu menandakan tiada jin di dalam tubuh kita. Tapi jika baru baca 30, 40 atau 50 kali ayat itu tapi sudah rasa mengantuk, badan kepanasan/berpeluh dan dada berdebar-debar atau ada rasa kelainan yang sukar diceritakan, itu bermakna ada sejumlah jin dalam tubuh kita. Bahaya tu!

Tapi jika selepas membacanya beberapa kali terasa badan dah menggeletar kuat, rasa seperti nak pitam, awas...itu bermakna wujud kuasa jin yang begitu kuat di dalam tubuh. Ini bukan lagi bahaya tapi teramat bahaya!! Kalau sudah di peringkat itu, ia perlu dikeluarkan dengan segera bagi mengelakkan gangguan yang lebih teruk. Temuilah ustaz bagi mengeluarkan jin secara ruqyah.

Apa pun sebelum membaca ayat itu ambil wuduk dulu ye gais. Jangan pula diri dalam keadaan tidak bersih pakai terjah saja baca ayat ini. Nanti Datuk Seri Syaiton dan Puan Seri Iblis tergelak saja tengok kita.

Saya sendiri pernah cuba baca ayat ini. Dan alhamdulillah, saya tak merasai apa-apa. Mungkin peringkat ini, belum ada jin dalam tubuh saya. Tapi seorang saudara perempuan saya di Pulau Pinang yang pernah mencubanya beritau saya dia melalui satu pengalaman yang menggerunkan selepas membaca ayat ini beberapa kali.

Korang ingin mengesan kewujudan jin dalam tubuh korang dengan menggunakan ayat ini? Tidak rugi mencubanya, free saja kan? Cubalah...

NOTA KAKI:
Jangan vote jika tulisan ini tak menarik dan tak bermanfaat. Saya faham dan tak kecil hati jika tiada yang sudi vote. Maafkan saya membuang masa berharga anda 🙏🤦🙏

Nota Dari PenjaraWhere stories live. Discover now