AKU
Kalau sampai waktuku
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu.Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang.Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi.~ Chairil Anwar
1943🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
Korang minat sajak? Korang minat puisi? Korang pernah baca sajak Aku? Korang pernah dengar nama Chairil Anwar?
Kalau korang minat puisi, korang bukan pemuisi jika korang tidak kenal siapa Chairil Anwar. Dan jika korang kenal Chairil Anwar, tidak mungkin korang tidak tahu tentang puisi bertajuk Aku itu.
Chairil Anwar ialah pemuisi terkenal Indonesia. Puisinya menyentuh berbagai tema: kemarahan, pemberontakan, kematian, individualisme, anti-sosial, ketuhanan dan lain-lain.
Chairil Anwar yang dilahirkan pada 1922 sempat menghasilkan hampir 100 karya ketika hidup, kebanyakannya puisi. Antara puisinya yang paling terkenal adalah Aku yang termuat dalam antalogi Aku Ini Binatang Jalang. Puisi lain karya Chairil ialah Doa, Kerikil Tajam, Deru Campur Debu dan lain-lain.
Saya kongsikan sajak Aku ini di sini kerana ia antara sajak yang paling saya minati masa zaman remaja dulu. Malah sampai sekarang saya boleh deklamasikan sajak ini tanpa teks kerana saya menghafalnya. Maklumlah di zaman remaja, jiwa pemberontakan, kemarahan, tidak puas hati dan anti-establishment sentiasa berkobar di dada dan sajak Chairil termasuk Aku sangat sesuai dengan jiwa remaja yang sentiasa memberontak itu.
Chairil meninggal pada usia 26 tahun. Kematian pada usia yang terlalu muda untuk seorang yang banyak jasanya terhadap perkembangan kesusteraan Melayu/Nusantara.
Al- fatihah untuk Chairil Anwar.
NOTA KAKI:
Jangan vote jika tulisan ini tak menarik dan tak bermanfaat. Saya faham dan tak kecil hati jika tiada yang sudi vote. Maafkan saya membuang masa berharga anda 🙏🤦🙏
YOU ARE READING
Nota Dari Penjara
DiversosCatatan suka duka seorang banduan yang terkurung dalam sebuah penjara besar berkeluasan 330,000 kilometer persegi dengan penghuni seramai 33 juta orang. Di penjara ini tercatat banyak cerita duka. Tapi dalam duka sesekali terselit cerita suka. Keran...