Kebanyakan mereka dalam grup wattpad ni ada hasil karyanya sendiri, sekurang-kurangnya satu hasil karya. Malah ada yang hasil karya dah melebihi 10. Tapi berapa ramai penulis kat wattpad ni yang sudah ada buku sendiri yang bercetak? Tak ramai rasanya yang ada buku cetakan sendiri.
Sebenarnya kalau ada buku sendiri tahap kepuasan sebagai penulis akan naik setingkat berbanding kalau karya kita cuma terperap di dalam wattpad. Betul tak?
Begitulah juga dengan saya. Suatu hari ketika terkurung di rumah waktu wabak covid sedang menggila, saya terfikir mengapa novel saya yang pernah tersiar di Wattpad: Jangan Buka Hijabku tak cuba dibukukan?
Memandangkan novel itu berdasarkan kisah seram sebenar yang pernah saya alami sendiri, saya terfikir elok juga kalau kisah itu saya bukukan. Dapat juga anak cucu nanti membaca catatan pengalaman saya bertemu makhluk-makhluk misteri dalam buku tu. Sedangkan kalau karya saya cuma terperap dalam wattpad belum tentu anak cucu saya akan membacanya.
Rupanya nak terbitkan buku bukan semudah buat mee maggi. Kalau Jangan Buka Hijabku dihantar kepada syarikat publisher terkenal seperti Karangkraf, Alaf 21, Kaki Novel, Buku Prima dan Karya Seni untuk diterbitkan, rasanya karya saya pasti akan di tolak mentah-mentah. Maklumlah saya cuma penulis kerdil, sebelah mata pun publisher tak akan pandang.
Lalu kerana yakin Jangan Buka Hijabku tak akan diterima publisher untuk diterbitkan, maka saya pun cubalah cari printer untuk cetak buku saya. Lepas berbincang printer kata okay, mereka boleh cetak. Tapi sebelum dicetak saya perlu sediakan manuskrip mengikut format yang ditetapkan printer.
Kemudian bermulalah kerja mengedit Jangan Buka Hijabku kerana format penulisan dalam wattpad tidak sama dengan format penulisan dalam bentuk buku. Kerja editing ni pun ambik masa berbulan-bulan juga kerana saya sendiri bukan free 24 jam, ada kerja hakiki yang perlu didahulukan.
Akhirnya selepas berbulan buat kerja editing on and off, berjaya juga buku Jangan Buka Hijabku dicetak. Cuma 30 naskhah yang dicetak kerana tujuan buku ini dicetak bukan untuk komersial tetapi cuma untuk simpanan dan edaran peribadi:
Lepas siap dicetak, ada kawan cadangkan supaya saya cuba jual buku tu dalam Shopee. Kata kawan saya tu "..mana la tau kalau ada yang berminat untuk beli buku cabuk hang?"
Bagi saya idea nak jual buku Jangan Buka Hijabku dalam Shopee merupakan idea yang paling gila. Seorang penulis jalanan yang tak sapa kenal macam saya, bukunya boleh laku di pasaran ke? Kalau laku 10 naskhah pun dah kira bertuah sangat la!
Tapi kawan tu kata apa salah mencubanya? Betul juga kan..apa salah mencubanya. Belum cuba belum tau.
Dan tak sangka pula dalam tempoh 12 jam lepas iklan jualan buku Jangan Buka Hijabku masuk Shopee, 29 naskhah buku dalam simpanan saya sudah habis ditempah. Satu buku lagi pula saya simpan di rumah.
Kalut juga saya lepas tu kerana saya sendiri kurang pengalaman bab selling barang. Mula-mula kena cari kotak dan perkakasan membungkus. Kemudian lepas dibungkus kena bergegas ke courier untuk shipping buku. Saya pilih JnT untuk shipping buku saya kerana berdasar pengalaman saya JnT paling boleh dipercayai.
Alhamdulillah hingga tarikh ini semua 29 buku yang telah siap dicetak itu telah sampai ke tangan pembeli-pembeli Shopee.
Dan tak sangka pula lepas tu bertalu-talu datang permintaan untuk beli Jangan Buka Hijabku.
Lalu saya pun minta printer cetak 100 buku lagi. Hasilnya masih mengejutkan - dalam tempoh 24 jam semua 100 buku Jangan Buka Hijabku habis ditempah dalam Shopee.Ini memaksa saya menambah cetak buku itu 200 naskhah lagi. Sekarang pada saat saya sedang menaip ni, dari 300 naskhah yang sedang dicetak tu, semuanya sudah habis ditempah. Kerana masih ada yang bertanya tentang buku itu, maka saya telah menambah 30 naskhah lagi untuk dicetak. Ia menjadikan 330 naskhah yang sekarang dalam percetakan.
Yang paling membanggakan saya ialah buku Jangan Buka Hijabku itu telah tersenarai dalam Shopee pada 16 Oktober 2021 sebagai No 4 Best Selling Novel. No 4 best selling novel? Macam nak tergelak pun ada bila terfikir bagaimana 'buku cabuk' karya saya itu mampu berada di tempat keempat novel paling laris di tengah-tengah novel-novel hebat karya penulis-penulis hebat lain:
Senarai 4 buku paling laris di Shopee:
Tengok foto di atas tu..👆👆👆
Tak tau la macam mana Jangan Buka Hijabku dikatakan Shopee di bawah penerbitan Karya Seni sedangkan buku tu self-publish, saya yang keluarkan sendiri. Haha.Perkara kedua yang mengejutkam saya ialah permintaan untuk membeli Jangan Buka Hijabku bukan sahaja datangnya dari pembaca Malaysia tetapi juga mereka yang tinggal di Singapura, Brunei, Indonesia, UK dan Australia turut menempahnya. Jenuh juga saya kena belajar ilmu ebay dan paypal untuk penjualan barang ke luar negara.
Kalau ada sesiapa yang bertanya ada beza tak antara buku Jangan Buka Hijabku yang terjual di Shopee dengan Jangan Buka Hijabku yang tersiar di Wattpad yang mungkin korang pernah baca? Jawapannya memang ada!
Pasti ada perbezaan antara cerita Jangan Buka Hijabku yang korang pernah baca dalam wattpad dengan yang ada dalam bentuk buku. Ini kerana persembahan dalam bentuk buku telah melalui berlapis editing dan dipertingkatkan lagi isi dan lenggok bahasanya agar ia lebih mantap, segar dan boleh menarik bulu roma meremang seremang-remangnya bila dibaca!
Rasanya agak keterlaluan jika saya iklankan buku ini berlebihan di sini. Takut nanti korang loya tekak pula hingga tak cukup baldi untuk tahan muntah!
Yang penting sapa rasa berminat nak memiliki buku Jangan Buka Hijabku, bolehlah membelinya di Shopee. Ini link untuk pembelian buku saya di shopee:
https://shopee.com.my/product/555043907/12122810587?smtt=0.64920560-1633512851.9
Sapa yang tak nak beli korang boleh membaca secara percuma di wattpad. Tapi seperti yang saya sebut sebelum ini, ada sedikit perbezaan tentang mutu persembahan antara keduanya. Nak rasa lebih feel kehadiran sang paranormal, belilah buku saya di shopee.
Apa pun terima kasih kerana menyokong karya penulis jalanan bernama Jeff Hamz ini. ありがとう(arigato)!
YOU ARE READING
Nota Dari Penjara
Ngẫu nhiênCatatan suka duka seorang banduan yang terkurung dalam sebuah penjara besar berkeluasan 330,000 kilometer persegi dengan penghuni seramai 33 juta orang. Di penjara ini tercatat banyak cerita duka. Tapi dalam duka sesekali terselit cerita suka. Keran...