Tanganku bisa digerakkan
Jari jemariku tidak kaku
Aku bisa menaip
Tapi aku malas!Sel-sel otakku belum mati
Segar bugar berimaginasi
Menakluki fantasi
Memugar realiti
Jika mahu
hari ini aku bisa menulis
Tapi aku malas!Bukan aku kering idea
Banyak terkumpul dibenak seribu kisah
Plot cerita seperti akar bercambah merata
Boleh pecah menjadi bab baru drama
bila-bila masa
Tapi aku malas!Aku tidak tahu mengapa aku malas
Aku malas bukan kerana dipaksa malas
Aku malas bukan kerana zero energi
Aku malas bukan kerana mental tepu
Aku malas kerana aku malas
Aku tidak gembira kerana aku malas
Tapi aku tetap malas!Tanpa simptom
Aku jadi malas menulis
Asal seperti epidemik
Membarah kini menjadi pandemik
Berhari-hari berlalu
Dan aku tetap malas
Itulah hakikat.Aku mahu menulis lagi
Tapi aku malas
Sangat malas!~JeffHamz
9.2.21NOTA KAKI:
Jangan vote jika puisi tak sudah ini tak menarik dan tak bermanfaat. Saya faham dan tak kecil hati jika tiada yang sudi vote. Maafkan saya membuang masa berharga anda 🙏🤦🙏
YOU ARE READING
Nota Dari Penjara
RandomCatatan suka duka seorang banduan yang terkurung dalam sebuah penjara besar berkeluasan 330,000 kilometer persegi dengan penghuni seramai 33 juta orang. Di penjara ini tercatat banyak cerita duka. Tapi dalam duka sesekali terselit cerita suka. Keran...