Catatan suka duka seorang banduan yang terkurung dalam sebuah penjara besar berkeluasan 330,000 kilometer persegi dengan penghuni seramai 33 juta orang.
Di penjara ini tercatat banyak cerita duka. Tapi dalam duka sesekali terselit cerita suka. Keran...
Peristiwa ini berlaku adalah kerana salah saya. Saya ketua keluarga yang cuai. Ia bukan salah isteri saya. Bukan salah anak-anak saya. Bukan salah sesiapa. Salah saya. Salah saya!
Salah saya pandai buat anak tapi tak pandai jaga anak. Saya yang paling bersalah!
Hari itu saya, Im (isteri saya) dan lima anak yang semuanya kecil-kecil lagi berumur 2, 3, 4, 6 dan 8 tahun pergi makan malam. Kami pergi makan di sebuah gerai yang letaknya di tepi tasik berdekatan Stadium Darulaman, Alor Setar. Kami pergi menaiki MPV yang boleh memuatkan 7 penumpang.
Lepas makan semua kami balik ke rumah. Tapi isteri ajak singgah sekejap ke sebuah supermarket untuk beli barang.
Ketika anak-anak turun dari MPV saya terperasan sesuatu.
"Mana Fan?" tanya saya. Fan adalah anak bongsu kami yang berusia 2 tahun.
"Laa..Fan tak ada. Mana dia hilang?" isteri mula panik.
"Entah-entah tertinggal kat gerai tadi kot. Macam mana tak sorang pun perasan?". Im mula mengomel. Semua orang salah. Semua orang katanya cuai. Hanya seorang saja tak cuai!
Saya tak mahu salahkan sesiapa. Menyalahkan orang tidak akan kembalikan Fan masuk dalam MPV. Apa yang penting pergi cari dia. Mungkin dia masih ada di sekitar gerai.
"Kalau dia keluar gerai, ligan kereta kita atas jalan raya macam mana?"
*ligan=kejar
"Kalau dia naik atas jalan raya yang banyak kereta tu macam mana?"
"Kalau dia...."
"Kalau dia..."
Eh, banyaknya "kalau"! Agaknya itulah kelemahan perempuan kot, sangat tinggi imaginasinya!!
Saya pandu kereta selaju mungkin. Tidak perlu membuang masa dengan mengomel. Dalam hati cuma berdoa: semoga Allah melindungi Fan dari mara bahaya.
Sesampai di gerai, terlihat beberapa orang sedang berkumpul di satu sudut gerai. Di celah mereka ternampak seorang kanak-kanak.
Alhamdulillah. Allah sentiasa mendengar doa hambaNya..
Fan berlari ke arah saya sambil menangis.
"Tadi dia cuba ligan (kejar) kereta encik" beritau seorang peniaga di situ, "Mujoq kami nampak. Jika tak, bahaya juga, takut kena langgaq kereta lain. Malam pula ni..pandangan terhad "
"Kami bawa dia ke sini, cuba tenangkan dia, tapi dia tetap tereyak (menangis). Bagi makan, bagi aiskrim pun dia tak nak" kata peniaga yang lain.
"Terima kasih semua, terima kasih kerana sudi jaga anak saya". Itu saja yang mampu saya ucapkan kepada peniaga-peniaga yang baik hati itu, "Maafkan kami menyusahkan semua orang di sini.."
Mujurlah peniaga-peniaga gerai di situ semuanya baik-baik belaka. Tiada yang mengata atau menyindir kealpaan saya.
Sejak itu kalau keluar beramai-ramai saya akan lebih berhati-hati. Masuk kereta, saya akan kira anak-anak bagi memastikan semua ada dalam kereta. Tidak ingin lagi pisang berbuah dua tiga kali.
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
Tapi kes ibu bapa tertinggal anak bukan berlaku kepada saya seorang saja. Ramai juga yang cuai seperti saya:
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NOTA KAKI: Jangan vote jika tulisan ini tak menarik dan tak bermanfaat. Saya faham dan tak kecil hati jika tiada yang sudi vote. Maafkan saya membuang masa berharga anda 🙏🤦🙏