18. COVID 19: KAU PERGI JUA

109 24 12
                                    

2 Februari 2021:

Tanah perkuburan sememangnya sudah sinonim dengan situasi muram. Tetapi kelmarin, 2 Februari 2021, tanah perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri menjadi saksi kepada satu kesuraman yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Lima minit sebelum pukul tiga petang, van jenazah yang tertera perkataan 'Hospital Sungai Buloh' memasuki perkarangan tanah perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri. Van  diparkir tepat di sebelah kubur yang baru digali. Beberapa individu memakai pakaian pelindung diri (PPE) kemudian keluar dari kenderaan itu.

 Beberapa individu memakai pakaian pelindung diri (PPE) kemudian keluar dari kenderaan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Ketibaan van jenazah

"Itu Abah! Abah! Abah!" jerit sekumpulan kanak-kanak yang berdiri di luar pagar perkuburan kira-kira 150 meter dari van jenazah.

Salah seorang lelaki berpakaian putih di dalam van mengangkat tangan, melambai-lambaikan tangannya kepada tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan yang memanggilnya 'abah' di luar pagar. Lelaki itu kemudian berpaling ke belakang untuk melihat sekujur jasad dalam van jenazah.

Di dalamnya ialah jenazah Artini Dzolkarnaini, isteri lelaki tersebut. Artini berusia 41 tahun, ibu kepada lima orang anak mereka.

 Artini berusia 41 tahun, ibu kepada lima orang anak mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jenazah Artini di usung ke tempat persemadiannya.

Namun, anak-anaknya hanya dapat menghantar jenazah ibu mereka sampai ke pagar itu sahaja. Mereka tidak dibenarkan memasuki tanah perkuburan untuk menatap jasad ibu untuk kali terakhir.

Artini didiagnosis menghidap Covid 19 pada pertengahan bulan Januari 2021, sebelum dia mengalami komplikasi awal pagi hari kelmarin.

Dari jauh, anak-anak itu menyaksikan jenazah ibu tersayang dibawa oleh lelaki berpakaian putih ke tempat persemadiannya. Tangisan anak-anak kecil itu memecah keheningan petang. Tangisan perpisahan yang mengharukan mereka yang berada di tanah perkuburan.

Nota Dari PenjaraWhere stories live. Discover now