25. NOTA TERAKHIR DARI PENJARA

30 4 0
                                    

Hari ini aku mohon undur
nota akhir ini ku coret sebelum pergi
maafkan aku kerana mencuri ruang masamu
membaca keluh kesahku.

Pada puisi terakhir ini
aku titipkan pesanan
bacalah kiranya kelapangan:

Bukan kerana hari ini indah
kita bahagia
tapi kerana hari ini kita bahagia
segalanya menjadi indah.

Bukan kerana tak ada rintangan kita jadi optimis
tapi kerana kita optimis
rintangan diusir pergi

Bukan kerana ianya mudah
segalanya kita bisa lakukan
tapi kerana kita yakin boleh lakukan
segalanya menjadi mudah.

Bukan kerana semuanya baik kita bisa tersenyum
tapi kerana kita tersenyum
segalanya menjadi baik.

Jika kita tidak dapat menjadi mentari
menerangi alam semesta
cukuplah menjadi pelita
menyuluh sekitar kita,
Jika kita tidak mampu membantu mereka

cukuplah berdoa semoga Allah makbulkannya.

Permisi
Aku pergi dulu.

~ TAMAT ~

Nota Dari PenjaraWhere stories live. Discover now