TD 30

1.5K 79 20
                                    

"Tiada derita, tiada bahagia"


Cuaca sedikit mendung menandakan hujan akan turun. Hasyim dan Anita duduk di dalam rumah dengan hidangan air teh dan sedikit biskut kering. Suasana yang begitu sunyi menambahkan kesedihan di hati.

"Dah lama Dhiya tak pulang, rindunya saya kat Dhiya" Hasyim mula berbicara. Anita yang mendengar hanya diam.

"Kalau awak rindu, awak telefon lah bukan susah mana pun" Anita membalas perlahan.

"Anak kalau dah besar, nak jumpa pun susah. Dulu masa kecil kita tempat mereka bergantung, bermanja dan meluah. Sekarang, kita sudah tua. Nanti sekejap lagi Allah ambil nyawa kita semula. Kita ni dah terlalu lama hidup kat dunia, tak mustahil umur sampai disini saja" ujar hasyim lagi.

"Saya kalau boleh nak tutup mata di hadapan anak-anak saya. Biarlah saya pergi tanpa penyesalan di hati di mereka" tambahnya.

"Ya la abang, dah tua ni mana anak nak fikir lagi. Dia orang pun dah bekeluarga, bukan  anak manja abang lagi. Nanti kalau kita dah pergi baru mereka nak kesali" balas Anita.

"Awak ni suka buruk sangka kat anak kan. Sampai bila lagi Nita? Dhiya tu bukan patung mainan yang tiada perasaan. Sudah ajal Alisyah pergi dulu. Kenapa awak tak boleh terima ni" Keluh Hasyim.

"Senang lah abang cakap yang rasanya saya, itulah orang cakap seorang anak yang kehilangan ibu hanya sedih sekejap saja tapi seorang ibu yang kehilangan anak pasti akan jadi gila"

"Saya bersyukur masih waras lagi" jawab Anita perlahan.

Suasana begitu tegang antara mereka.

"Ya betul tapi awak kena fikir juga, cuba awak bayangkan Dhiya yang tinggalkan awak dulu. Jangan sampai awak terlambat pula nak maafkan anak. Besar mana pun kesalahan Dhiya, dia tetap layak mendapat kemaafan. Ingat Nita awak bukan Tuhan" Hasyim berdiri lalu pergi selepas menghabiskan ayatnya.

Anita diam sambil merenung televisyen.

"Ingat Nita awak bukan Tuhan"

Kata-kata itu bermain di fikiran. "Ya aku bukan Tuhan tapi aku bukan malaikat" bisiknya.

••••

"Kau ni kan! Dah beribu kali aku pesan jangan buat macam ni kau buat juga! Aku pening la dengan kau ni" Tikah mula membebel seorang lelaki yang membuat kesalahan itu.

"Eh dah betul dah aku buat ni! Kalau nak sempurna sangat buat sendirilah" Balas lelaki itu.

Tikah menahan marah. Dipandang lelaki itu dengan pandangan yang mengatakan "Aku bunuh kau".

Mereka berdua beradu mata sehinggalah Rose datang menepuk belakang Tikah dengan kuat.

"Awww, sakitlah gila!" teriak Tikah.

"Yang tenung mata Shahid kenapa? Jatuh cinta?" balas Rose. 

Kali ni Rose pula yang dipandang oleh mereka berdua.

"Opss, pasangan serasi pandang kita laa" Laju Rose lari apabila mereka berdua ingin memukul dia.

Tikah menghembus nafas kuat. "Kau buat kerja sana! haih geram aku tengok muka dia ni" Ujar Tikah geram.

"Sudah lah macam la aku tak tahu nak buat apa. Dasar gila" Balas lelaki itu lalu menyambung membuat kerjanya yang tergendala kerana Tikah. 

Tikah berasa murung. Semua dah cakap dia gila. Haihlah. Pasrah je la.

•••••

"Kandungan Puan sihat, cuma puan jangan terlalu stres dan banyakkan rehat. Tenangkan fikiran. Jangan lupa makan. Saya beri puan vitamin  ya. Suami puan tak ikut sekali?" Doktor yang memakai name tag 'Nazirah' itu bertanya.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now