TD 20

1.1K 91 77
                                    

"Tiada derita , tiada bahagia"

Perasaan itu datang lagi. Perasaan sunyi dan sedih. Dhiya merenung langit malam yang kelam. Andai saja semua ini tidak berlaku pasti dia lebih merasai bahagia. Dhiya sangat merindukan Ibu dan ayahnya. Teruk bagaimana pun layanan ibunya kepadanya, wanita itu tetap ibunya.

Dhiya rasa sangat tak berguna. Rasa dirinya tidak layak pun mendapat bahagia. Selepas semua ini terjadi, Dhiya makin rasa dirinya sangat hina dan kecil. Mungkin benar kata mereka Dhiya hanya sebuah boneka.

Dhiya tidak tahu apa lagi yang akan terjadi namun Dhiya sedar selagi dia hidup di dunia, ujian dari Allah SWT pasti akan sentiasa mengikutinya. Siapalah dia untuk menidakkan segala yang tercipta. Dia bukan malaikat, bukan juga wali Allah. Dia hanya hamba Allah yang lemah.

Kadang Dhiya sendiri terfikir, apa kesalahan dirinya sehingga di pandang rendah oleh manusia. Kejadian itu hanyalah satu masa silam yang perlu dilupakan dan ikhlaskan. Sampai bila lagi? Sampai bila dia harus menanggung semua ini?.

"Kau fikir dengan tenung bulan , bintang tu boleh buat masalah kau hilang ke? Boleh hilangkan dosa-dosa kau? Kau mesti sedar Dhiya, kau tu cuma pengganti arwah Alisyah. Kau tak akan pernah layak untuk bahagia. Percayalah!" Ujar Irfan dengan nada mengejek.

"Saya dah cukup faham dan tahu. Tak perlulah nak ulang perkara yang sama. Alangkah baiknya jika saya adalah penganti Alisyah kerana hidup Alisyah sangat sempurna jika dibandingkan dengan saya. Alisyah.. Cantik paras rupa dan berpelajaran juga. Ada pasangan yang sama level dengan dirinya".

"Kalau awak nak tahu, Alisyah la adik kesayangan saya tapi mengapa harus dia yang pergi? Sepatutnya saya.. Saya yang pergi kerana hidup saya ini tidak akan pernah bahagia atas segala yang terjadi. Hanya kesedihan sahaja yang layak untuk diri seorang Dhiya" Luah Dhiya panjang lebar. Bukan untuk menagih simpati tetapi untuk menyedarkan diri.

"Kau cakap la apa pun, salah tetap salah. Kau sepatutnya bersyukur Dhiya kerana kau masih hidup bernafas dengan baik dan masih diberi peluang untuk hidup. Kau tahu, masa akan mengubati segalanya tapi bukan untuk aku. Seribu tahun akan datang pun kau tetap pembunuh di mata aku" Ujar Irfan lalu berjalan meninggalkan Dhiya.

Dhiya hanya tersenyum. Ya, seribu tahun akan datang pun Dhiya tetap salah. Tiada siapa mampu menghapuskan kenyataan itu. Dan Dhiya akan pastikan seribu tahun itu dia akan pergi untuk membuat semua puas hati.

Dhiya sudah terfikir untuk minta cerai dari Irfan. Dhiya nekad untuk pergi kerana itulah yang semua orang inginkan. Dhiya sudah penat. Penat untuk bertahan. Sakit... sungguh sakit. Dhiya sudah tak mampu menahan segala perit di dada. Kerana sakit di hati air mata Dhiya mengalir tanpa henti.

Dhiya berdoa kepada Allah semoga mencabut nyawanya dengan secepatnya. Biarlah Dhiya sakit kerana mati dari sakit kerana hidup yang sengsara ini. Tuhan, Dhiya sudah penat. Dhiya menutup mata lalu tersenyum tipis.

♡♡♡

Pagi yang indah itu bertambah indah apabila Dhiya senyum lebar melihat dirinya. Dhiya tersenyum. Sebelum dia pergi dia sendiri ingin meluangkan masa di bandar ini. Dhiya bersiap untuk jalan ke mall. Dhiya tidak perlu memberitahu Irfan kerana lelaki itu sendiri tidak pernah kesah akan dirinya.

Dhiya berjalan-jalan di dalam Shopping Mall. Dia masuk ke kedai buku Popular. Dhiya memilih novel yang ada. Semua best membuatkan Dhiya rambang mata.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now