TD 22

1K 89 18
                                    

"Tiada bahagia , tiada derita"

Hujan renyai-renyai itu membuatkan hari makin sejuk dan nyaman. Seorang jejaka yang tampak begitu segak berjalan dengan angkuhnya. Matanya melilau ke sekeliling Airport itu. Dia tersenyum taktala melihat wajah seseorang yang dirinduinya.

"Bro!!" Mereka berdua bersalam dan berlaga bahu.

"Lama tak jumpa, kau apa khabar? Syok sangat eh duduk di negara orang?" Katanya lalu menumbuk perlahan bahu lelaki itu.

"Sihat je, kau dah macam mana sekarang? Sorry la tak dapat nak teman masa arwah tunang kau meninggal" Jawab lelaki itu. Terlalu lama duduk di negara orang sudah cukup untuk dia kembali ke negaranya sendiri.

"Tak apa lah, benda dah jadi. Lagipun aku dah kahwin" Irfan membalas selamba.

"Seriuslah Fan? Kau kahwin dengan siapa duh?" Lelaki itu bertanya.

"Serius la ni. Kau nak tahu sesuatu? Aku kahwin dengan kakak Alisyah" Irfan memberitahu dengan nada yang berbisik.

Lelaki itu terkejut. "Kau nak cakap.. Kau kahwin dengan Amira Dhiya ke? Kau biar betul?" Ujarnya lagi.

"Haah, dengan siapa lagi?" Irfan tersenyum sinis.

"Tahlah Bro, suka hati kau. Aku cuma nak pesan jangan benci sangat nanti cinta pula. Kau fikir senang nak lawan diri kau sendiri. Dah lah Dhiya tu isteri kau. Mesti jatuh hati punya. Apa kata kau buka hati kau untuk Dhiya, aku percaya kau akan bahagia." Katanya dengan senyuman kecil. Kepala digelengkan. Irfan Irfan!.

Irfan hanya tersenyum sinis.

"Tak akan punya la bro. Aku cuma nak buat dia rasa lebih terluka dan kecewa" Jawab Irfan namun dia merasa sedikit terkesan dengan kata-kata Luth.

"Dah la jom kita balik, aku penat ni dari Hospital pergi Airport ambil kau"

"Ha ah, ye la. Jom jom" Mereka berdua keluar melangkah. Setiap langkah mereka pasti menarik perhatian para manusia yang ada. Ada perempuan yang tersengih-sengih, ada yang tergedik dan ada juga buat flip hair.

Bermacam macam gaya perempuan yang memerhati mereka tetapi mereka berdua hanya buat tak endah sehinggalah masuk ke dalam kereta.

"Kau nak aku hantar kau pergi mana ni Luth?" Tanya Irfan.

"Bawa je aku balik rumah aku. Kau nak bawa pergi mana lagi?" Jawab Luth lalu tersenyum apabila melihat Irfan merenung dia bagai nak telan.

"Amboi.... Cantik bahasa kau Luth, ada juga aku tinggalkan kat sini nanti" Ujar Irfan lalu meneruskan pemanduannya.

Luth hanya tersengih. "Gurau bro!" katanya.

♡♡♡


Keluar sahaja Luth dari kereta Irfan terus memandu keluar. Dia ingin rehat apabila sampai ke rumah nanti.

Pintu dibuka. Irfan melihat Dhiya sedang duduk menonton televisyen. Keningnya berkerut, jarang isterinya ini menonton tv. Irfan jalan ke arah Dhiya lalu duduk di sebelah Dhiya.

Dhiya yang memang perasan akan kedatangan Irfan hanya buat tak tahu. Namun hatinya sedikit berdebar bila lelaki itu duduk di sebelahnya. Tempat lain kan ada!!!. 

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now