TD 8

995 101 3
                                    

"Pergilah semua pergilah, biarkan saja aku derita, jangan menyesal bila akhirnya sudah tiba, diri kamu menyiksa orang yang salah".

Dhiya terbangun. Dilihatnya jam baru menunjukkan 2:30 a.m. Di gagahkan dirinya untuk bangun. Dia berdiri lalu menuju ke dapur. Dhiya terkejut kerana melihat Ibunya  duduk di termenung dengan tangan di tongkat ke atas dagu. Fikirkan apa Ibunya?

"Ibu, ibu buat apa kat dapur tengah pagi nie? Ibu lapar ke? Nak Dhiya masakkan?". Dhiya mula bertanya.

"Kau tahu Dhiya, dulu aku selalu bangun waktu jam macam nie hanya untuk tengok kau dua orang tidur. Aku selalu tenung kamu berdua. Aku takut satu perkara aja Dhiya, kehilangan kau orang bertiga. Aku selalu berdoa Dhiya, aku doa biarlah aku yang pergi dulu dari kau orang semua sebab aku tak sanggup nak terima kehilangan kamu semua".

"Aku selalu berdoa semoga Allah panjangkan umur kau orang bertiga. Kalau boleh aku nak hidup dengan lama bersama kau orang. Aku tak sanggup nak tengok kau orang sakit, aku tak boleh tengok kau orang lapar dan aku tak boleh tengok kau orang menangis. Sakit Dhiya sakit. Hati aku sakit bila salah satu dari kamu pergi dulu dari aku. Mengapa mesti lisya yang pergi Dhiya? Mengapa bukan aku?". Di tengah pagi itu seorang insan yang lemah meluahkan rasa. Tangisannya bergema, airmata turun dengan derasnya.

"Aku dah buat yang terbaik untuk kau orang, aku dah didik kau orang dengan baik tapi dimana salah aku lagi".

"Ibu, ampunkan Dhiya ibu, Dhiya salah ibu, Dhiya terleka". Dhiya turut menangis sambil melutut dihadapan Ibunya. Esakan mereka berdua bergabung.

"Tak Dhiya, kau tak rasa apa yang aku rasa, kau tak rasa Dhiya". Anita berdiri lalu pergi tinggalkan dia yang sedang melutut itu. "Ibu, maafkan Dhiya". Dhiya merintih.

Dhiya yang sedang lemah itu memaksa dirinya untuk bangun. Dia mengambil wuduk lalu menunaikan solat sunat tahajjud. Sebagai seorang hamba Allah yang lemah. Dhiya menunaikan solat tahajjud bagi menguatkan jiwa dan ketaqwaannya kepada Allah SWT serta ingin mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Sementara menunggu waktu subuh, Dhiya mengisi masanya dengan mambaca kitab suci Al-Quran. Surah Al-waqiah menjadi pilihannya. Dhiya mengisi masa itu untuk mendekatkan dirinya kepada pencipta.

Waktu pagi sudah menjelang Dhiya yang tertidur di atas sejadah itu mula bangun. Dhiya mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup dibumi Allah ini. Dhiya teringat akan Ibunya. Mengapa mereka di uji sampai begini sekali? Dhiya tidak mempertikaikan takdir yang Allah ciptakan tetapi Dhiya kesal kerana tidak dapat membantu Ibunya.

Dalam tak sedar, mereka berdua tersiksa sama. Si ibu yang tersiksa menanggung rindu kepada anaknya dan juga si anak yang menanggung sakit kerana ingin kasih-sayang ibunya.

♡♡♡♡


"Dr.Irfan apa khabar? Sihat?". Seorang wanita yang kelihatan anggun itu bertanya kepada Irfan. Puan Sri Ariyana. Seorang wanita yang sangat baik hati dan terkenal dengan sifatnya yang pemurah.

"Saya sihat je Puan Sri, baik alhamdulilah". Irfan Naufal menjawab.

"Baguslah saya sebenarnya ada beberapa perkara nak bincang. Pasal urusan anak-anak yatim itu. Saya nak buat majlis untuk mereka. Awak kan salah seorang yang selalu jenguk mereka. Saya nak buat majlis tu dalam beberapa minggu lagi. Nanti jemput la guru-guru tadika mereka untuk memeriahkan lagi majlis nanti ya" Panjang lebar Puan Sri Ariyana.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now