TD 33

1.3K 75 10
                                    

"Tiada derita , tiada bahagia"


"Saya setuju"

"Baiklah, kamu tahu tugas sebagai seorang suami?" Encik Ibrahim memulakan pertanyaannya.

"Saya tahu" Irfan menjawab.

"Jika kamu tahu, cuba katakan tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya"

"Tugas suami senang saja pakcik, beri makan minum, bagi duit untuk belanja rumah dan beri kasih sayang" ujar Irfan lalu tersenyum.

"Bagus, tapi takkan itu saja? Kamu tahu, seorang wanita itu lain perangainya. Sifat manjanya, marahnya, tawanya dan sedihnya semua sukar di jangka. Emosi mereka bercampur baur, sekejap sedih sekejap gembira. Kadang bila mereka salah, lelaki yang lebih salah. Wanita tinggi darjatnya Irfan, jangan pernah mainkan hati mereka. Jika tak suka, tinggalkan. Jika cinta, luahkan"

"Wanita mudah jatuh cinta tetapi juga mudah hancur kepercayaannya. Sekali engkau sakitkan dia sampai mati dia akan ingat. Dan kau kena ingat wanita itu bukan hamba, dia permata. Irfan kau kena ingat, aku tak akan redha jika anak aku di madukan. Ya, kau mampu namun sebagai seorang ayah, aku tak mampu melihat anak yang aku besarkan dengan kasih-sayang di temani kesedihan dan penderitaan"

"Aku ingin satu hari nanti, perkahwinan kamu berdua kekal sampai jannah Allah. Aku tahu anak aku banyak kekurangan namun itu bukan tiket untuk kau sakitkan dirinya. Ingat, jika dia yang musnahkan satu hubungan sama ada percintaan dan persaudaraan tegurlah dia dan bawalah dia hingga ke syurga bersama" Encik Ibrahim ingin berkata-kata lagi namun si isteri sudah pun memanggil untuk makan tengahari.

Irfan termenung lama memikirkan kata-kata ayah Naura. Hatinya terasa begitu sakit, terbayang wajah Dhiya. Dia gagal menjadi seorang suami, dan Irfan tekad ingin melepaskan Dhiya dan membiarkan Dhiya mencari kebahagiaannya kerana Irfan hanyalah tempat persinggahan yang sementara.

"Hah Irfan, jom makan sekali" ujar Puan Khadijah sekaligus mematikan lamunan Irfan.

"Ya, baiklah makcik" balas Irfan lalu mereka berjalan ke dapur.

Sumayyah, Hidayah dan Khairun tak lepas memandang wajah Irfan. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Weh, hensem duh bakal suami kak Naura" bisik Sumayyah kepada Hidayah.

"Kan! Tapi tak apalah, bakal jodoh aku lagi hensem" balas Hidayah pula.

"Alah kak Dayah ni, orang cakap sikit sibuk pasal jodoh dia padahal single. Makan la, malas cakap dengan akak" Sumayyah mula makan. Malas bercakap dengan kakaknya bernama Hidayah. Setiap kali bercakap dia pasti sebut bakal jodohnya yang tak pandai sampai itu.

Hidayah ketawa mengekek, "Kau apa tahu? Jodoh aku pemain bola, yang penting hensem!" terburai ketawanya. Terlupa akan kehadiran Irfan bersama mereka.

Encik Ibrahim memandang pelik ke arah anak keduanya. "Kamu kenapa Hidayah? Buang tebiat? Jangan malukan ayah ketawa kuat macam tu. Tak baik perempuan ketawa kuat sangat" bebel Encik Ibrahim.

Kali ini Sumayyah senyum kemenangan. Hidayah hanya tersengih memandang wajah abinya. "Ya abi, Dayah tak sengaja" balasnya lalu mereka hanya diam menjamu selera.

Irfan duduk bersama keluarga Naura. Mereka baru sahaja menghabiskan masa dengan makan tengahari bersama.

Naura duduk bersama adik-adiknya. Dia melihat semua adiknya menutup aurat dengan sempurna, dari kepala hingga kaki semua bertutup litup tapi dia? Baju yang dipakai menampakkan lengkuk tubuhnya. Naura berfikir, tetapi dia masih muda. "Tunggulah masa sesuai baru pakai" bisik hatinya.

"Kalau Irfan sudah selesa dengan semua, Irfan tinggal bawa kedua orang tua Irfan untuk melamar Naura. Ingat kita ini orang islam, nak bercinta sangat biarlah lepas kahwin. Jangan sampai jatuh fitnah nanti. Pakcik tak nak anak pakcik keluar dengan kamu lagi Irfan. Biarlah kamu jumpa bila dah kahwin nanti"

"Kamu Naura, sebelum nak kahwin Abi nak kamu belajar balik tentang agama. Abi nak kamu tutup aurat dengan sempurna, tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri. Belajar masak dengan umi kamu. Ingat, nak jadi isteri tak mudah, dugaan dia banyak. Tapi ingat Naura, jangan cipta satu hubungan di atas tangisan orang lain. Kalau abi tahu, nahas kamu" ujar Encik Ibrahim sambil merenung anak pertamanya.

"Ya Abi" Naura menelan air liur. Teringat akan Dhiya. Tapi Irfan dan dia saling mencintai!

"Baiklah pakcik, masa rehat saya dah nak habis. Saya pulang dulu ya" Irfan berbicara kekok.

"Ouh iya ka? Tak apa, Irfan boleh pulang. Buat masa sekarang jangan keluar dengan Naura dulu ya, Pakcik nak Naura berubah sebelum nikah dengan kamu" balas Encik Ibrahim.

Irfan mengangguk tanda mengiyakan lalu menyalam tangan Encik Ibrahim. Dia senyum kepada Puan Khadijah dan adik-adik Naura. Irfan keluar dari rumah Naura ditemani Encik Ibrahim. Irfan mengangkat tangan lalu jalan menuju ke hospital.

●●●

"Dhiya, kau tak pernah rasa berdebar ka bila berhadapan dengan Irfan? Kau tak pernah ada rasa sayang kat dia?" Tikah bertanya.

"Iya, kau tak rasa ke semua tu? Aku kalau jadi kau sudah lama aku goda Irfan tu supaya berubah dan cinta kat aku saja. Ini sampai Naura tu wujud pun kau macam tak kesah saja. Seram aku" Fiffy menambah lagi.

Dhiya tertawa perlahan. "Soalan korang ni kan, kalau aku tak sayang macam mana boleh muncul baby ni?" ujar Dhiya sambil menunjuk perutnya yang sudah menunjukkan bentuk itu.

"Jadi maksud kau? Kau sayang Irfan tak guna tu?" Fiffy bertanya.

"Mustahil la kalau aku cakap aku tak sayang, Dia suami aku kot. Biarpun kita orang kahwin bukan kehendak masing-masing tapi dia dengan aku pernah tidur sekatil, dia tetap suami aku. Jujur aku cakap, aku harapkan hidup lebih lama bersama Irfan tapi aku terima jika perpisahan itu perlu. Lagi pula dia dah ada Naura, aku tak nak jadi egois. Fikirkan diri sendiri" balas Dhiya lalu mengusap perutnya.

"Serius Dhiya? Kau ni nak cakap bodoh, masuk Universiti juga. Kau nak tahu tak? Isteri dan bakal isteri tak sama nilainya, lagipun bukan ka mama si Irfan tu suka kau? Babe, kalau aku jadi kau dah lama aku gunakan mama mertua aku untuk ambil hati suami aku" ujar Tikah panjang.

"Halah kau ni, kahwin la dulu baru cakap pasal diri sendiri. Sudah Dhiya tak payah dengar cakap si gila ni. Irfan tu tak ada guna, tak payah kau nak hidup lama dengan dia. Kalau aku jadi kau, sudah lama aku minta cerai. Lelaki macam tu, pinggan tak retak, nasi tak dingin, kalau dia tak nak, aku lagi tak ingin!" sempat Fiffy masukkan pantun.

"Eh nak berpantun pula, Jangan nak guna pantun lah Fy, tak sesuai dengan kau. Heh cakap orang kau pun sama! Kahwin la dengan Luth kau tu, baru boleh cakap lebih-lebih!" Tikah membalas.

Rose yang mendengar hanya mampu menggeleng, dia biarkan tiga makhluk Allah ni bercerita. Tak baik menyampuk orang tua bercerita.

"Kak Mia, jangan dengar cakap dua monyet tu. Akak Mia kena ikut kata hati akak sendiri. Tak mudah hidup sebagai ibu tunggal, lagi-lagi menjadi janda. Akak, kalau penceraian itu berlaku juga bermakna itulah yang tertulis dalam takdir hidup akak. Jujur rose cakap, Irfan bukan lelaki yang baik untuk akak tapi dia tetap ayah kepada anak akak, akak nak ke anak akak nanti kekurangan kasih-sayang ayah dia?"

"Susah nak jumpa lelaki yang ikhlas dalam mencintai, jika akak bertiga jumpa maka bersyukurlah namun jika tidak terimalah kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua" Rose memberi nasihat kepada ketiga-tiga kakaknya, biarpun bukan kakak kandung, Rose tetap sayang ketiga-tiga mereka.

Mereka bertiga memandang Rose dengan mata yang bersinar.

"Awww Rose, Rose belajar pasal rumah tangga ke dekat sekolah? Ke Rose sudah kahwin?" Tikah membuat lucu namun semua memandang dia dengan pandangan membunuh. Rose menjeling Tikah.


"Hati kuatlah untuk menerima semua kerana engkau tak layak mendapat bahagia,
Cinta yang ada bukan untuk kau kerna kau hanya layak dipenuhi derita"

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now