TD 45

1.5K 81 11
                                    

"Tiada derita, tiada bahagia"


Satu minggu kemudian...

Tangisan serta cebikkannya membuat hati Irfan hancur-sehancurnya.

"Papa janji sayang, satu minggu lagi papa akan ambil Liya balik. Bagi papa masa untuk ambil hati nenek dengan atok ya" Irfan memujuk lagi. Walaupun hatinya sendiri tak rela, dia tetap ingin beroleh kemaafan dari mama papanya.

"Papa nak tinggalkan Liya macam mama juga ke? Liya bukan anak papa ke? Kenapa Liya tak boleh ikut papa? Kalau papa pergi siapa nak temankan Liya?" ujar Auliya lalu menatap wajah papanya. Sedikit pun tangan besar itu tidak lepas dari pegangannya.

"Sayang, hey! Dengar cakap papa ya, Papa sayangkan Liya, walau apa pun yang terjadi, Liya tetap anak kesayangan papa. Liya kena ingat, hidup kena banyak pengorbanan. Papa perlu satu minggu saja Liya, jika satu minggu papa tak balik, Liya boleh pergi rumah yang hari itu kita pergi. Bawa tokma atau acik Hidayah" Irfan memujuk dan kini mengukir janji.

"Papa kena balik juga, kalau papa tiada, macam mana Liya nak teruskan hidup Liya?" budak kecil umur 5 tahun bercakap dengan pelatnya. Biarpun umurnya masih muda namun fikirannya sudah matang.

Irfan yang mendengar hanya mampu mengalirkan air mata. "Papa janji sayang, papa akan datang".

Namun dapatkah janji itu ditepati? Atau janji itu akan dimungkiri?

●●●


"Assalammualaikum" kesan air mata di kesat menggunakan tangannya. "Kau perlu kuat Irfan!"

"Waalaikumsalam" Puan Tiara membuka pintu.

Puan Tiara tergamam melihat wajah lesu, pucat anaknya. "Kamu kenapa Irfan? Kamu pilih siapa?" dia bertanya.

"Irfan... pilih mama dan papa"

Puan Tiara bersyukur dengan pilihan Irfan. Namun mereka terlupa, seorang anak sedang menahan kesedihan kerana harus berpisah dengan ayah kandungnya demi sebuah kemafaan.

"Mari masuk" suara garau Encik Ilyas kedengaran. Irfan dengan hati yang lara meneruskan langkahnya.

"Bagus pilihan kamu! Ini bermakna kamu dah redha lepaskan semua hubungan bersama keluarga perampas tu bukan? Aku tak nak dengar apa pun lagi sebab untuk kau jumpa dengan mereka. Hubungan kau dengan mereka dah putus!" ujar Encik Ilyas lagi.

Irfan hanya diam membisu.

"Kau dengar bukan? Ingat Irfan, sekali kau melangkah keluar dari rumah ni dengan alasan berjumpa dengan mereka. Aku dengan rela hati suruh kau keluar buat kali kedua!" Encik Ilyas berbicara dengan tegas.

"Irfan tahu" Irfan menjawab perlahan. Baru berapa jam berlalu, rasa rindu kepada Auliya sudah berleluasa dalam dirinya.

Sunyi dan sepi, mereka bertiga hilang kata setelah lima tahun berlalu kini keluarga ini lengkap semula namun banyak yang kurang, salah satunya bahagia. Kebahagiaan sudah hilang, gurau senda sudah berubah menjadi sendu.

"Aku nak kau minta maaf dengan keluarga Dhiya. Kami berdua akan ikut sama. Ingat, semua yang berlaku kepada Dhiya adalah disebabkan kau" Encik Ilyas memandang wajah anaknya. Hati berasa lega namun rasa kesian turut ada tapi anak Naura itu sungguh membuat dia teringat akan perbuatan Irfan. Jadi, ingin menerima budak itu masuk kedalam keluarganya bukanlah perkara yang baik.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now