TD 10

1K 99 12
                                    

"Tiada derita, Tiada bahagia"

Selepas pulang dari mengajar Dhiya ingin menenangkan diri dengan pergi ke taman. Fikirannya kosong. Dhiya buntu, sudah puas dia meluahkan semua kepada Allah. Dhiya hanya berharap semoga yang terjadi ada hikmahnya.

Dhiya berjalan perlahan namun tidak bagi seseorang yang melanggar Dhiya dengan kuat. Dhiya berdecit perlahan. Pedih dikaki dan tapak tangannya.

"Eh awak, Ya Allah maaf-maaf saya tak sengaja saya tak nampak awak tadi". Ujar si dia dengan nada yang agak kalut. Erk.

"Eh tak apa lah, saya faham". Ujar Dhiya dengan senyuman. Wanita tadi membantu dia berdiri.

"Tangan awak tak sakit ke? Saya tengok ada luka tu, ngeri saya". Dia bercakap seolah-olah luka di tangan Dhiya sangat parah.

"Oh tak ada lah, sikit je nie. Awak kita duduk kat sana dulu ya". Dhiya menunjuk ke arah sebuah bangku di taman itu. Dhiya ingin mengenali wanita yang melanggarnya ini dengan lebih jauh. Mana tahu boleh jadi kawannya?.

"Oh boleh-boleh, saya memang nak tenangkan fikiran kat sini. Alang-alang dapat kenal awak juga kan". Ujarnya ramah.

Mereka berdua duduk di kerusi yang disediakan untuk pengunjung yang berkunjung kesini.

"Nama saya Amira Dhiya Binti Hasyim. Berumur 24 tahun dan merupakan seorang guru. Saya tinggal dekat sini juga. Di Kampung Jaya". Dhiya memulakan perbualan antara mereka.

"Cantik nama awak Amira, maksud Amira adalah puteri. Maksud Dhiya pula cahaya ataupun sinar. Puteri Cahaya". Ujarnya dengan senyuman.

"Terima kasih awak, awak pula nama apa?". Ujar Dhiya pula.

"Eh Ya Rabbi, syok sangat dapat jumpa awak sampai lupa beritahu nama. Ok ok let me tell you okay! Nama I Khumaira Fiffydany. Umur I tak ada lah tua sangat. Sama je macam you. Tempat tinggal? I pun tak tahu". Ujarnya dengan gedik.

"Erk? Awak gelandangan ke?". Dhiya bertanya.

"HAHAHAHAHAHA, choi mulut. Cepuk hang satgi". Fiffy ketawa kuat. Dhiya agak terhibur lalu ketawa bersama.

"Jadi dekat mana?" Ujar Dhiya bersama sisa ketawanya.

"Saya tinggal kat rumah sewa aja. Nak buat macam mana? Saya nie tak tahu lah nak cakap macam mana. Semua orang yang saya jumpa tak ada yang jujur. Toxic everywhere".

"Haha, lucu kan? Awak nak tahu tak, awak orang pertama yang buat macam nie kat saya. Layan saya elok. Selalunya bila saya jumpa seseorang nak rapat pun susah". Luahnya dengan mata yang berair.

"Kenapa sampai macam tu sekali Fiffy?" Tanya Dhiya lagi.

"Hidup aku tak sempurna. Dalam kata lain aku dikelilingi dengan orang toxic. Dia orang fikir dorang tu sempurna sangat". Fiffy mula meluahkan rasa tanpa sedar.

"Mak ayah awak mana?".

"Aku lari dari rumah, kau expect apa Dhiya? Hidup dengan orang yang tak pernah bagi kasih-sayang. Aku nie nama je ada keluarga tapi macam tak ada!". Luahnya lagi.

"Awak tak boleh cakap macam tu Fiffy, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya". Dhiya senyum kepada Fiffy. Dhiya sedar hidup seorang Khumaira Fiffydany lebih di uji dari dia.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now