TD 34

1.2K 78 11
                                    

"Tiada derita , tiada bahagia"

"Sumayyah kau di bunuh di dunia sementara untuk hidup di syurga yang selama-lamanya" Hidayah mula menyanyi lalu memandang wajah Sumayyah yang sedang merenungnya.

"Adik tenung apa tu dik? Akak cantik sangat ke?" Hidayah mula bertanya.

"Akak, boleh tolong Mayyah tak?" Sumayyah bertanya kembali.

"Boleh dik, seratus peratus boleh! Nak akak tolong apa?" Hidayah menjawab yakin.

"Tolong diam!" tengking Sumayyah. Sakit telinganya mendengar Hidayah menyanyi dengan suara yang kuat. Bising!

"Amboi adik, abi dengar adik teriak kena setepek nanti. Masa tu baru adik tahu tinggi langit tu macam mana!" Hidayah menjawab dengan wajah yang cemberut.

"Sudah la kak Dayah. Adik nak buat kerja ni, banyak assigment tak siap lagi! Tolong diam ye kak?" Sumayyah ingin menangis sekarang juga.

"Iya la, muka kau tak ada lagi kesian ke dik? Kenapa tak nangis terus?" ujar Hidayah lalu lari ke dalam bilik. Sumayyah menghembus nafas lega.

"Weh Mayyah, abang Irfan tu hensem kan? Aku ni siap mimpikan dia tau!" Khairun datang menyapa, membuatkan Sumayyah ingin menghentak kepala ke atas meja.

"Kak Khairun memang, semua akak mimpikan. Kenapa tak mimpi suami idaman akak tu? Kak Khairun pergilah tempat Kak Dayah, Mayyah nak buat kerja lah" Sumayyah bercakap pasrah.

"Hah kau dik, sibuk memanjang. Akak malas dengan kak Dayah tu, sibuk pasal pemain bola dia" Khairun membalas.

"Hah apa kata kak Khairun pergi bilik kak Naura! Akak bawa dia borak, pergi sana!" ujar Sumayyah lalu menolak badan Khairun.

"Serius lah nak suruh aku pergi bilik Naura? Ee, tak nak aku" Khairun pergi ke biliknya selepas berdebat dengan Sumayyah.

Sumayyah menghembus nafas lega. Tak ada yang akan kacau dia dah.

●●●

Prang!

Gelas di tangan Anita terjatuh, Anita segera beristighfar. Perasaan tak sedap hati di buang jauh-jauh. Dia merenung ke luar rumah lalu teringat akan putrinya yang bernama Amira Dhiya. Rasa rindu bertandang ke hati.

Dia teringat perbualan Dhiya bersama suaminya dan tanpa sedar dia mengukir senyuman bahagia. Bahagia? Ya, kerana Dhiya sedang mengandung. Dia bakal menimang seorang cucu lagi! Bukankah itu berita gembira yang perlu diraikan bersama?

Anita ingin meraikan berita gembira itu bersama, ingin mencium dan menjaga Dhiya selama dia mengandung. Namun ego menang lagi sekali. Anita hanya merenung kehadapan, melihat tanah yang lapang. Mahu saja dia mengulang semula masa, masa dimana bahagia mengiringi kehidupannya.

Namun dia sedar semua manusia itu ada ujian tersendiri, bagaimana dulu dia pernah mengecapi bahagia, sekarang dia diuji dengan luka. Dia bersyukur kerana seteruk apa pun dia, rasa sayang terhadap anaknya masih utuh di jiwa.

Katakan saja egonya itu rendahkan, pasti bahagia akan diperoleh semula. Anita menadah tangan lalu menutup mata.

"Ya Allah, doaku sebagai seorang ibu, Engkau lindungilah anak-anakku. Engkau redhailah kehidupan mereka, lindungilah mereka walau dimana pun mereka berada. Ya Allah, Engkau Maha kaya lagi Maha kuasa, berilah aku kekuatan dalam mengatasi segalanya. Aku mohon padamu Ya Allah, teruskanlah memberi cahaya bahagia dalam kehidupan mereka. Engkau simbahi lah mereka sinar-sinar indah dan bahagia. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin" Anita mengaminkan doanya lalu air mata mengalir perlahan kepipinya.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now