TD 24

976 82 48
                                    

"Tiada derita , tiada bahagia"

"Awak, saya nak jalan pergi beli barang saya kejap boleh tak?" Dhiya meminta izin kepada Irfan untuk keluar membeli sedikit keperluan dirinya.

"Kau keluar dengan siapa? Nak aku temankan?" Irfan membalas sambil menawarkan diri menemani Dhiya.

"Saya sorang je , tak apa la wak. Lagipun awak nak pergi Hospital dah kan. Menyusahkan awak je nanti" Ujar Dhiya lalu memberi senyuman semanis madu kepada Irfan.

"Okaylah kalau macam tu, aku nak keluar dulu. Hati-hati jalan tu" Irfan membalas lalu keluar rumah tanpa sempat Dhiya menyalam tangannya.

Dhiya terpingga-pingga. Dah lambat sangat ke sampai tak sempat salam. Dhiya hanya mengangkat bahunya lalu naik ke atas.

Tak ambil masa yang lama untuk Dhiya bersiap. Baju jubah berwarna hitam digandingkan dengan tudung labuh berwarna biru gelap. Dhiya memastikan pemakaiannya sempurna sebelum keluar rumah. Dhiya malu untuk keluar rumah jika auratnya terlihat oleh ajnabi.

Sebagai orang islam yang lemah Dhiya sedar akan kedudukannya. Dia bukan Khadijah yang setia, Dia bukan Fatimah yang dijanjikan syurga, Dia juga bukan seperti Zinnirah yang taat pada Sang Pencipta dan dia juga bukan Asiah yang dijanjikan syurga walau tinggal bersama suami yang jahil bersamanya. Dhiya sedar akan kedudukannya yang sangat lemah, jangankan aurat , ingin dekat dengan lelaki juga dia takut.

Mungkin ramai yang tidak percaya tapi Dhiya tidak pernah bercinta. Dan takut untuk bercinta kerana Dhiya tahu cinta yang haram pasti ditingalkan. Dhiya tidak percaya pada namanya cinta, oleh itu dia sebolehnya ingin menjaga cintanya kepada Allah SWT.

Dia menilik mukanya buat kali terakhir lalu turun ke bawah. Sebelum masuk ke dalam kereta sempat Dhiya membaca doa, semoga dia dilindungi oleh Allah dan dipermudahkan jalannya.

♡♡♡

Suara riuh rendah dengan pergaduhan wanita itu menarik perhatian Dhiya. Dhiya pergi mendekati kedua wanita itu. Dilihatnya tempat itu adalah restoran yang dia kunjungi dan bertemu Rose. Mata dia terkebil-kebil melihat dua wanita tadi sudah mula bertarik tudung. Ya Allah, Fiffy!!!!

Dhiya meleraikan mereka berdua dengan bantuan Rose. Tak masalahnya apa dah jadi ni? 

"Fiffy awak bergaduh depan orang ramai kenapa, malu tahu tak!!" ujar Dhiya lalu mencubit perlahan tangan Fiffy. Geram tahu takk!! Dhiya ingat datang sini boleh tenangkan diri tapi lain pula yang jadi.

"Kau tengok perempuan ni Dhiya. Dia malukan aku tau. Dia cakap aku tak bayar makanan yang aku makan. Eee aku debik kang" Fiffy ingin menyerang kembali wanita itu namun ditahan oleh Dhiya.

"Ouh jadi awak nak cakap yang saya salah la? Amboi amboi, Aku hempuk juga kau ni" Bidas wanita itu semula.

"Kak Tikah! Jangan malukan Rose la kak" Rose ingin sembunyikan wajahnya kat bawah meja. Maluuu!

"Kau diam!" Tikah menjengilkan mata kepada Rose.

Dhiya tepuk dahi, kakak Rose rupanya. "Err, ini kakak Rose ke?" Dhiya bertanya untuk memastikan tekaannya sebentar tadi betul.

"Erk, ye kak Mia , ini kakak saya. Nuratikah namanya. Maafkan kakak saya ye, dia memang macam ni. Susah nak handle perangai dia" Rose membalas sambil tersengih.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now