TD 25

1K 84 30
                                    

"Tiada derita , tiada bahagia"


"Ibu, kalau satu hari nanti adik pergi dulu dari Ibu, Ibu jangan lupakan adik tau. Ibu kena jaga diri elok-elok, jangan tinggalkan adik sendiri. Ibu, adik ada ibu, kakak, abang dan ayah je. Kamu semua adalah kehidupan adik. Ibu, janji dekat adik yang ibu akan sentiasa jaga anak-anak ibu dengan penuh kasih sayang".

"Ibu.. Umur adik tak panjang. Dah sampai masanya untuk adik pergi. Ibu jangan sedih tau, Insyaallah kita jumpa di sana ye ibu"

Air mata yang mengalir di seka perlahan. Kata-kata si anak bongsu bermain di fikiran. Ya Allah, mengapa ini harus terjadi? Di saat bahagia ingin tiba kau datangkan malapetaka. Anita mengesat air matanya yang begitu deras mengalir, Tiada satu masa pun dia tidak merindui anaknya itu.

Jikalau di suruh memilih lebih baik dia yang pergi namun inilah kehendak Illahi, yang perlu dia lakukan adalah redha dan terima.

Gambar potret keluarganya dipandang penuh hiba. Senyuman bahagia si anak membuat dia tersenyum juga. Di usap wajah anak-anaknya, dari yang sulung hingga ke bongsu. Kasih-sayangnya tidak terbahagi. Semua anaknya disayang sepenuh hati.

Dia rindu.. Sangat rindu dengan semua anaknya. Ingin dibelai mereka sudah besar panjang. Si sulung sudah menjadi suami, si angah sudah menjadi isteri dan si bongsu sudah dijemput Illahi. Sakit ini siapa yang boleh ubati?

"Assalammualaikum Ibu ayah, Along balik ni" Ujar Hamzah yang baru tiba itu.

"Waalaikumsalam, masuk nak" jawab Anita. Dilihatnya anak menantunya mula masuk dan mendekatinya. Hamzah dan Waddah menyalam tangannya lalu mencium pipi tuanya.

Oleh kerana rindu di hati sangat mendalam di dakap tubuh tegap anak lelakinya. Di cium dahi anaknya itu lalu di peluk dengan begitu erat. Hamzah yang faham perasaan ibunya itu mengusap belakang ibunya. Dia menenangkan ibunya.

"Istighfar Ibu" Ujar Hamzah apabila Ibunya mula tersedu di dadanya. Anita menangis dengan begitu kuat. Tiada suara namun air mata mengalir tanpa hentinya.

Waddah yang melihat hanya mampu diam. Waddah mengambil telefonnya lalu menelefon Dhiya. Waddah tahu yang ibu suaminya itu sangat merindui anak-anaknya.

"Assalammualaikum Dhiya, Dhiya ada kat mana sekarang?" Ujar Waddah setelah panggilan bersambung.

"Waalaikumsalam kak, Dhiya ada kat rumah ni. Ada apa kak?" Balas Dhiya.

"Kalau Dhiya tak busy, Dhiya balik rumah ibu boleh? Jawab Waddah lagi.

"Ada apa kak? Ibu dan ayah tak apa-apa kan?" Dhiya membalas dengan nada yang risau.

"Tak Dhiya, Ibu ayah baik je. Cuma rindu nak berkumpul ni" Dalih Waddah tanpa memberitahu perkara sebenar.

"Syukurlah kalau macam tu, Insyaallah kejap lagi Dhiya datang ye kak" Dhiya menjawab lalu bersiap ala kadar. Pergi rumah ibu saja kan.

"Hati-hati Dhiya, Assalammualaikum" Ujar Waddah lalu meletak mematikan panggilan.

"Waalaikumsalam".

Dhiya memberi salam lalu masuk ke dalam rumah. Dilihatnya si ibu duduk disebelah abangnya. Si ayah pula duduk di hadapan mereka berdua. Dhiya melepaskan nafas lega. Alhamdulilah ibu ayahnya sihat walafiat.

"Ibu, Ayah" Dhiya menyalam tangan mereka berdua walaupun si ibu lekas menarik tangannya. Dhiya tersenyum hambar.

"Dhiya balik sorang ke? Irfan mana?" Tanya Hasyim lembut.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now