TD 41

1.8K 85 18
                                    

"Tiada derita, tiada bahagia"

"GURU CEMERLANG PADA TAHUN INI JATUH KEPADA CIKGU... AMIRA DHIYA!"  Namanya di sebut kuat. Para pelajar bersorak dengan lantangnya.

"Wuuu, cikgu Dhiya laa" suara anak murid mengusik dibiarkan. Dhiya senyum hingga ke telinga. Lima tahun hidup di sini, dia belajar erti kehidupan yang sebenar. Di sini, Dhiya bukan sahaja mengajar untuk menjadikan murid pandai tetapi dia juga diajar erti kesusahan sebenar.

Segalanya sudah banyak didalami. Dari yang senang hingga yang susah, dari yang kaya hingga yang miskin. Semua mereka ada kisah tersendiri yang menyimpan begitu banyak beban namun masih tersenyum riang. Tinggal di Sabah juga membuat Dhiya menjadi lebih matang.

Rasa ingin terus menetap di sini namun inilah tahun terakhirnya sebelum kembali ke tanah semenanjung semula. Ibu ayahnya sudah tua, sekarang masa untuk Dhiya berbakti kepada mereka berdua sebelum mata mereka tertutup untuk selamanya.

"Tahniah Cikgu" cikgu yang memakai tag Syahirah tu berkata.

"Terima kasih Cikgu" Dhiya membalas lalu tersenyum.

Dhiya melihat hadiah yang diperolehinya. Senyuman indah mekar di wajahnya. "Irya... Ibu dah berjaya".

●●●

"Liya, kan papa dah kata jangan main kat situ. Kenapa Liya main juga?" Irfan menegur lembut.

"Papa kata jangan main kat situ kan, Liya main kat sini" Auliya dengan mulut becoknya berbicara.

"Ya Allah, sama je la tu" Irfan menepuk dahinya.

"Tak sama la papa" Liya menarik muka lalu menjeling Irfan.

Irfan tertawa perlahan. Wajah anaknya ini tidak mengikut mukanya mahupun Naura tetapi wajah seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya.

"Papa, dah dua tahun kan mama pergi, Liya rasa nak mama baru la. Papa boleh bagi tak?" Auliya sengaja menanya papanya kerana itulah yang diajar oleh neneknya. Tokma Khadijah.

"Ya, tapi papa tak nak kahwin dah" Irfan membalas lalu mencium dahi anaknya.

"Jadi? Liya tak ada mama dah?" Liya bertanya.

"Ada! Ada kat syurga" Irfan berkata seraya mengangkat Auliya.

"Papa ni!" Auliya menarik muka.

"Dah la Liya, mari pulang".

Hidup mereka berdua berubah sejak Naura meninggal dunia. Tiga tahun selepas melahirkan Auliya, Naura pergi menghadap Illahi kerana penyakit kanser rahim tahap empat. Sepanjang sakit, Naura hanya duduk di sejadah. Berdoa siang dan malam tanpa lelahnya. Naura juga sering memohon kemaafan dari Allah SWT.

Irfan pula hilang pedoman. Dia berhenti bekerja sebagai doktor dan mula berusaha keras dalam menjaga anaknya. Kemarahan mama papanya masih belum reda menyebabkan Irfan jatuh mendadak. Hidup dibelenggu  kesusahan, yang membantu hanya keluarga isterinya. Namun itu masih tidak memadai kerana dia sendiri perlu banyak wang untuk menyara kehidupan.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now