TD 36

1.4K 86 48
                                    

"Tiada derita, tiada bahagia"


Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kini kandungan Dhiya sudah mencapai sembilan bulan. Hanya sedikit sahaja waktu untuk anak yang ditunggu lahir ke dunia. Dhiya sudah mula berehat, rehat dari segala hal. Terutama rehat dari memikirkan masalah yang tak pernah habis.

Dhiya sedar waktu untuknya bersama Irfan sudah tidak lama. Lahir sahaja anak ini, gelaran janda akan dia miliki. Sedih? Tidak! Hanya rasa sedikit sedih kerana anak ini bakal membesar tanpa keluarga yang sempurna.

Ibu, bercakap soal ibu, aku sudah lama tak jenguk ibu. Sudah lama sehingga aku rasa ingin mati kerana rindu. Ingin saja aku luahkan semua kepada ibu namun aku sedar, kemaafan belum diberi, hati masih berdendam dengan diri ini. Sungguh rasa sakit ini tak mampu aku ubati.

Melihat wajah Irfan, membuat aku sedih, membuat hatiku pedih. Tuhan, perlukah berlakunya perpisahan?

Irfan sudah jarang ada di rumah kerana dia sibuk mengurus perkahwinannya bersama Naura. Dhiya faham, Dhiya mengerti tapi sampai bila dirinya di ikat lagi? Sesungguhnya yang dia inginkan adalah perpisahan. Hanya perpisahan!

●●●

"Alhamdulilah semua sudah selesai ya, hanya akad saja belum terlafaz. Mama papa kamu datang kan masa kamu nikah nanti Irfan?" Puan Khadijah bertanya. Dia sempat bertemu dengan mama papa Irfan semasa mereka datang merisik Naura. Tapi ada sesuatu yang membuat Puan Khadijah risau, iaitu penerimaan papa mama Irfan.

Lihat saja waktu itu, mereka hanya berbicara benda penting dan mereka langsung tidak senyum apatah lagi tertawa. Hanya wajah serius dan mereka hanya duduk sebentar lalu pulang.

"Erk, mama papa saya tak datang makcik, mereka ada urusan penting" Irfan menjawab kekok. Rasa malu bertandang ke hati.

"Eh boleh pula macam tu, anak dorang nak kahwin pun masih sibuk ya" Puan Khadijah seolah-olah memerli.

"Tak apa lah, lagipun Irfan tak perlu ada wali pun. Mungkin ada la tu benda yang tak boleh dielakkan" Encik Ibrahim menjawab.

"Iya pakcik" ujar Irfan.

"Hah ya la, jangan pula kamu yang tak datang Irfan" Puan Khadijah memerli Irfan sekali lagi.

"Insyaallah tak" Irfan tertawa kekok.

●●●

"Assalammualaikum" Dhiya naik tangga rumah kayu ibu ayahnya.

"Waalaikumsalam, Allah Dhiya" Hasyim mula mendekati Dhiya. Tangan Dhiya dipaut lalu dibawa duduk ke sofa di ruang tamu rumah.

"Kamu dah nak bersalin ke Dhiya? Besar perut kamu ayah tengok" Hasyim mula bertanya.

"Iya ayah, sudah sembilan bulan. Hanya tunggu beberapa hari lagi ayah, Ibu mana ayah?" Dhiya menjawab.

"Nita oh Nita, sini kamu. Dhiya datang ni" Hasyim teriak memanggil isterinya.

Anita menahan debar di dada. Dengan lafaz bismillah dia berjalan mendekati Dhiya dan suaminya.

"Ibu, ibu apa khabar?" Dhiya bertanya lembut dan memberi senyuman yang begitu berharga.

"Baik" Anita membalas. Matanya melihat tepat ke arah perut boyot Dhiya. Tangan ringan sahaja ingin mengusap perut itu.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now