TD 11

939 95 8
                                    

"Tiada derita, tiada bahagia"

Waktu pagi mula menyapa. Bunyi ayam berkokok mengejutkannya. Suara merdu seseorang mula menjengah ke pendengarannya setelah itu azan subuh kedengaran. Dia menyahut seruan azan itu. Dia bangun lalu menuju ke tandas untuk membersihkan diri sekaligus mengambil wuduk.

"Eh, Dhiya awak nak pergi mana tu?" Ujar Fiffy yang sedang duduk di kerusi itu.

"Saya nak mandi, nak solat subuh". Ujar Dhiya tanpa senyuman. Moodnya kelaut pagi ini.

"Oh okay!" Balas Fiffy.

Dhiya hanya mengangguk lalu masuk ke dalam tandas. Ketika dia berada di dalam tandas baru dia perasan. Awal juga Fiffy tu bangun. Nak solat subuh juga agaknya. Mana tahu Ibunya ada mengajar fiffy untuk solat.

Selesai sahaja solat subuh pada pagi itu. Dhiya terus bersiap. Dhiya turun ke bawah ingin makan sarapan pagi.

"Assalamualaikum semua" Ujar Dhiya kepada tiga orang yang sedang duduk di meja makan itu.

"Waalaikumsalam Dhiya, mari duduk sini" Hasyim menepuk kerusi di sebelahnya. Dhiya bergerak ke kerusi itu lalu menyalam tangan ayahnya.

"Ayah, minggu depan Dhiya ada jemputan pergi ke jamuan Rumah Bunga Kasih yang diadakan di sebuah hotel. Sepatutnya yang pergi kawan Dhiya tapi dia ada urusan yang tak dapat dielakkan. Dhiya boleh pergi tak Ayah?".

"Oh iya ke? Jamuan tu mula jam berapa Dhiya?" Ayahnya bertanya.

"Kawan Dhiya cakap mula lepas maghrib habis dalam jam 9-10 p.m macam tu" Ujar Dhiya pula.

"Oh boleh la kalau macam tu tapi Dhiya kena jaga diri baik-baik. Malam bawa kereta elok-elok. Dhiya tu perempuan jangan balik lewat malam ya sayang". Ujar Hasyim lalu mengusap kepala Dhiya.

"Baiklah ayah, Dhiya janji akan jaga diri baik-baik" Ujar Dhiya bersama senyuman. Sikit pun Dhiya tidak menoleh ke arah Ibunya. Kecil hati dengan Ibunya.

Anita yang tak sedap hati kerana aktiviti yang Dhiya ucapkan sebentar tadi hanya berdiam diri. Dadanya diusap perlahan.

"Fiffy, awak nak saya hantar awak balik tak hari ni? Ambil barang awak ke?" Dhiya bertanya. Bilik seorang Alisyah itu di pinjamkan kepada Khumaira Fiffydany.

"Boleh juga Dhiya, awak hantar saya lepastu nanti awak balik dari tadika, awak ambil saya" Ujar Fiffy dengan ceria. Dhiya pun senyum lalu mengangguk.

"Baiklah" Ujar Dhiya.

♡♡♡

"Ye Puan Sri, Saya akan datang jika tiada kekangan masa ya". Irfan Naufal hanya menganggukan kepala lepastu senyum. Heh macam la Puan Sri Ariyana boleh lihat semua tu.

"Baiklah, Waalaikumsalam Puan Sri". Irfan  yang baru sahaja habis bercakap dalam telefon itu meletak telefonnya ke atas meja. Direnung gambar seorang perempuan yang tersenyum melihat ke arahnya. Dia usap gambar itu dengan penuh kasih.

"Cantiknya awak Lisya" Gumamnya.

Tok tok tok.

Pintu itu dibuka lalu masuk seorang wanita yang berpakaian nurse itu. "Dr Irfan, ini biodata pesakit Dr".

Irfan mengambil lalu membelek kertas itu. Dia baca dengan tekun. "Ya baiklah".

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now