TD 35

1.4K 84 22
                                    

"Tiada derita, tiada bahagia"

Senyuman diberi. Dhiya mengangguk seraya menyuruh Irfan duduk. Mereka berdua berpandangan.

"Cakaplah, saya sedia mendengar" ujar Dhiya.

"Aku tahu aku bukan suami yang baik, bukan suami pilihan kau dan bukan suami pilihan ibu ayah kau. Aku tahu aku  banyak dosa terhadap kau. Aku pukul kau, layan kau teruk dan curang dibelakang kau. Aku tak tahu la kenapa ego boleh menang sampai macam tu sekali"

"Aku dah relakan pemergian arwah Alisyah, tapi itu tak bermakna aku dah maafkan kesalahan kau. Salah tetap salah Dhiya. Cuma aku rasa perkahwinan kita memang tak ada hala tuju. Makin hari makin kosong. Aku tahu kau tak cintakan aku, tapi sebagai ayah kepada anak kita, aku akan tunggu kau bersalin"

"Aku akan bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Apa pun yang nak dielakkan anak ini tetap darah daging aku. Cuma satu Dhiya, akan tiba satu masa, aku akan lepaskan kau. Mungkin hari esok atau nanti. Aku harap kau jumpa lelaki yang lebih baik dari aku, lelaki yang mencintai kau dan menyayangi kau"

"Aku tak pernah cintakan kau Dhiya, aku tak pernah ada perasaan sayang terhadap kau. Yang ada cuma dendam. Dendam yang membuat kita terbabas malam itu. Kau jangan risau, anak tu aku akan serahkan pada kau. Aku tak akan tuntut dia, dia milik kau" Irfan bercakap dengan nada yang lembut. Dia sebolehnya tidak ingin membuat Dhiya terasa. Takut akan menganggu emosi Dhiya.

Dhiya tersenyum. Bibir diketap. Air mata ditahan dari jatuh. Dhiya ingatkan hatinya akan tenang selepas Irfan menuturkan ayat itu namun sebaliknya yang berlaku. Mengapa hati ini pedih? Mengapa air mata tetap ingin jatuh? Mengapa jiwa ini menjadi begitu rapuh? 

"Ya, saya tahu. Mungkin masa itu akan tiba tetapi mengapa bukan sekarang? Saya bersyukur awak dah redhakan pemergian Alisyah. Mungkin jodoh awak bersama Naura bukannya saya. Banyak sebenarnya hubungan yang gagal dipertahankan. Namun untuk hubungan kita, hanya berpisah jalan penyelesaiannya. Saya tahu saya banyak kekurangan sepanjang menjadi isteri awak"

"Saya kurang ajar, saya lawan awak. Saya isteri yang tak sempurna. Biarpun hubungan ini terjadi tanpa cinta ia tetap memberi memori indah. Perkahwinan pertama dan lelaki pertama yang hadir dalam hidup saya adalah awak selepas ayah dan abang saya. Tipulah jika hati tidak pernah jatuh, tipulah jika jiwa tak pernah rindu. Saya tak jatuh cinta dengan awak tapi kerana awak suami rasa sayang bertandang ke hati"

"Mungkin selepas ini, selepas penceraian yang akan berlaku ini. Saya akan buang perasaan ini dan teruskan kehidupan saya. Awak lelaki yang baik Irfan, cuma saya tersilap kerana masuk dalam kehidupan awak. Salah saya kerana semua ini terjadi. Saya ikhlaskan semua. Terima kasih memberi anak ini. Dia adalah tanda perkahwinan kita"

"Dia nyawa saya, jika dia pergi satu hari nanti. Saya tetap akan ikuti, sekalipun harus pergi dari dunia ini. Saya harap nanti, awak dan Naura mendapat zuriat yang baik-baik. Bahagiakan lah dia Irfan. Saya tahu, awak adalah cintanya. Terima kasih buat segalanya" Dhiya membalas lalu memberi senyuman ikhlas kepada Irfan.

Irfan bagai terpana melihat kelembutan Dhiya dalam berbicara. Irfan bangun dan menuju ke arah Dhiya.

"Terima kasih Dhiya sebab faham. Izinkan saya peluk awak boleh?" Irfan bertanya.

Dhiya mengangguk. Irfan menarik tubuh Dhiya lalu dipeluk erat tubuh itu. Mata dipejam, segala perbuatannya terbayang. Dhiya, wanita yang tabah dan kuat. Walau diberi luka, dia balas dengan  senyuman indah. Dhiya membalas pelukan Irfan lalu wajahnya ditekapkan ke dada bidang Irfan. Irfan, lelaki yang pernah memberi bahagia, memberi kesedihan dan lelaki yang menjadi suami buat sementara.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now