TD 40

1.6K 90 14
                                    

"Tiada derita, tiada bahagia"

Dhiya merenung wajahnya di cermin. "Cantiklah awak ni Dhiya! macam bidadari kayangan" lalu dia ketawa dengan kuatnya.

"Weh Dhiya cepatlah, kang ibu kau marah kang!" Dhiya termanggu. "Aik, tu suara siapa? Kenapa tak ada orang?" Dhiya berbicara sendiri lalu mengangguk.

"Dah la, nak keluar" Dhiya melangkah keluar dari biliknya dengan berbaju kurung lengkap. Tudung di gayakan mengikut gaya terkini.

"Hai semua!" Dhiya menegur dengan suara yang kuat. Semua orang yang membaca yasin terdiam. Mereka memandang Dhiya.

Dhiya berasa malu lalu menutup muka menggunakan tangannya. "Kenapa semua tengok Dhiya? Malu la" Dhiya berbicara membuat Anita mengetap bibirnya. Air mata ditahan sehabis mungkin.

"Dhiya sini, duduk dengan ibu" Anita memanggil. Fiffy, Rose dan Tikah yang sedang menghidang makanan turut memandang sayu ke arah Dhiya.

"Ibu... Dhiya nak baca yassin juga" Dhiya menyuarakan hasratnya.

"Ya nak, ini yassin dia, kamu ikut baca juga ya" Anita memberi surah yassin kepada Dhiya. Dhiya menyambut lalu menyelak surah itu.

Bacaan dimulakan. Dhiya membaca surah yassin itu dengan khusyuk. Mata dipejam, wajah anaknya terbayang. Segala memori berputar kembali, dari pertama kali menjadi isteri tak rela sehingga kehilangan anaknya. Segala memori yang terpahat berulang-ulang bermain difikiran.

Esakan yang ditahan akhirnya keluar, Dhiya menangis namun dia juga masih membaca surah yassin itu. Orang kampung sudah pun berlembut hati apabila diterangkan oleh Anita namun untuk berbicara dengan Dhiya, mereka berasa malu.

Mereka memandang Dhiya dengan penuh hiba. Rasa bersalah juga berleluasa, mereka tidak sangka begitu besar ujian yang dihadapi oleh Dhiya.

Dhiya tetap meneruskan bacaannya dengan mata yang terpejam. Sukar untuk diluahkan tetapi sakit untuk dipendam. Dhiya akur dengan takdir yang tercipta.

"Dhiya, tenangkan diri ya. Jangan ikut sangat perasaan kamu. Redha sayang, redha dengan takdir yang tercipta ini. Benar semua inginkan bahagia namun Dhiya jangan lupa, ingin beroleh bahagia perlu banyak pengorbanannya. Dan untuk kamu, kehilangan suami dan anak sekaligus adalah pengorbanan yang paling besar namun Dhiya, janganlah menganggap dugaan itu sebagai kifarah kerana kita di uji tanda sayangnya Allah kepada kita" Anita berbisik ke telinga Dhiya.

Dhiya senyum nipis. "Ya ibu, Dhiya tahu dan ya, Dhiya redha. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan" Dhiya menenangkan dirinya. Sampai bila harus berduka, jika perkara sudah berlalu dengan hebatnya.

"Semoga bahagia, anak".

Dhiya senyum lalu memeluk ibunya. "Semoga bahagia, ibu".

●●●

Waktu berlalu begitu pantas, kini dua pasangan serasi berjalan bersama dengan senyuman manis hingga ke telinga.

"Abang, saya nak masuk kedai tu boleh?"  ujar Naura sambil menunjuk kedai yang menjual barangan baby.

Irfan tersenyum. "Jom!". Mereka berdua masuk ke kedai tersebut. Naura melihat beberapa baju bayi yang kelihatan begitu comel. Perutnya di usap "Kita beli ini ya abang? Comel sangat! Tak lepas mata memandang" Naura memeluk baju baby itu.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now