TD 15

999 88 18
                                    

"Tiada derita ,tiada bahagia"


Irfan mendekati Dhiya yang berjalan terhuyung hayang itu. Di pautnya bahu Dhiya yang semakin lemah.

"Le...paskan sa...ya" Dhiya mula tak sedap badan. Dia rasa mengantuk sekali lalu tanpa sedar dia jatuh dalam pelukan seseorang.

Irfan tersenyum sinis lalu mengangkat tubuh Dhiya. Dibawanya masuk ke dalam lift dan akhirnya hanya Irfan yang tahu segalanya.

♡♡♡

Tok tok tok.

Bunyi pintu hotel itu menceriakan suasana. Irfan yang sedang menghisap rokok dengan tuala yang dililit di pinggang merenung wanita yang terbaring di atas katil. Dia menggeleng kecil lalu membuka pintu hotel itu.

"Assalamualaikum maaf menganggu, kami mendapat aduan bahawa kamu bersekedudukan tanpa ada ikatan. Boleh kami periksa?" Lima orang lelaki yang sedikit berumur mula masuk ke dalam bilik.

"Astagfirullahalazim, wanita ini isteri kamu ke?" Tanya salah seorang dari mereka. Irfan hanya mengangkat bahu.

"Kamu berdua ikut kami ke balai, apa nak jadi dengan anak muda sekarang ni. Tidur sebilik tanpa ikatan. Ya Allah" Mereka menggelengkan kepala. Semoga Allah membalas segala perbuatan mereka.

Dhiya mencelikkan matanya. Bunyi riuh rendah itu memaksanya untuk duduk. Kepala yang berdenyut dibiarkan. Kenapa ada ustaz? Mata Dhiya membesar saat melihat Irfan Naufal yang hanya mengenakan tuala di pinggang.

Dhiya menggelengkan kepala dan mula menangis. "Tak.. Ini tak betul. Dhiya tak buat. Tolong percaya Dhiya" Ujar Dhiya dengan tangan yang dirapatkan bersama esakan.

"Dah buat dosa nak nafikan pula. Dah ikut kami sekarang" Irfan memakai bajunya dan Dhiya memakai tudungnya.

Dhiya berasa jijik dengan dirinya sekarang. Lelaki yang dia benci ditangkap basah bersama dia. Lucu. Dhiya ingin ketawa besar sekarang. Jadi apa yang harus dia lakukan? Menangis? Meratap? Dapat ubah keadaan ini ke?. 

Dhiya hanya pasrah lalu mengikut langkah mereka. Berapa lama mereka di dalam bilik itu? Memikirkan saja sudah buat Dhiya menangis tak sudah. "Ampunkan Dhiya Ya Allah".

Irfan Naufal menelefon Mamanya serta menelefon Ayah Dhiya. Keluarga Irfan sampai dahulu.

Pang!!..."Kamu buat apa ni Irfan. Kenapa sampai kena tangkap khalwat. Kamu buat apa dengan perempuan ni hah" Teriak Puan Tiara. Kepalanya digeleng tanda tidak percaya. Memang dia mahu anaknya itu kahwin tapi bukan dengan cara ini. Sungguh dia benci keadaan ini.

Papa Irfan hanya diam dan tenang. Di usap bahu anaknya itu tetapi yang menghairankan dia mengapa Irfan tak nampak risau? Mengapa anaknya itu kelihatan tenang?. Dia pasti ada sebab berlakunya semua ini.

"Kamu berdua harus bertanggungjawab" Puan Tiara mula bersuara. Di dekati wanita yang bersandar lemah di kerusi itu. Dia merenung wajah perempuan itu. "Nak, nama kamu siapa?" Dia bertanya.

"Dia kakak Alisyah" Ujar Irfan senada.

"Allahu Akbar" Mama dan papa Irfan terkejut. Bagaimana kakak Alisyah boleh ditangkap khalwat dengan anak mereka?.

Terciptanya DeritaWhere stories live. Discover now