Bab 32🎈

913 61 0
                                    

Aku mengeringkan rambut aku dengan hair dryer. Zhafi punya pasal. Tak pasal aku kena mandi lagi sekali.

Telefon Zhafi yang berada di atas meja solek itu berdering. Aku lihat nama yang tertera itu sekilas.

Zhafi mendekati meja solek dan tangannya mencapai telefon. Dia sempat menjeling aku sekilas. Aku nampak sebab cermin depan mata ni. Apa jeling macam tu? Serba salah nak angkat?

Aku lihat Zhafi angkat juga panggilan itu. Kakinya beredar ke luar bilik. Aku ketap bibir. Kenapa nak keluar bilik? Apa yang privasi sangat tu? Merengus aku dibuatnya.

Tak lama selepas itu Zhafi masuk kembali.

"Honey."

"Hurm?" Aku pandang dia melalui cermin itu.

"Saya nak keluar kejap." Mata aku terus tertancap ke arahnya melalui cermin.

"Pergi mana?"

"Nak jumpa kawan."

"Nak ikut boleh?" Ujar aku selamba. Saja nak lihat reaksi dia.

"Err nanti honey tak selesa pula." Dia dah garu tengkuk.

"Alah. Tak boleh ke? Saya bosan lah."

"Mama kan ada. Awak layanlah mama." Aku ketap bibir. Helah dia geram betul aku dibuatnya.

"Tak apalah kalau macam tu." Aku terus tayang muka beku. Sakit hati!

Aku sakit hati sebab nama yang telefon dia tadi! Kalau bukan nama Tya aku taklah cemburu macam ni! Argh stres aku!

"Saya pergi sekejap aje. Tau-tau." Dia peluk bahu aku. Aku senyap aje. Merajuk!

"Janganlah marah. Saya pergi tak lamalah." Dia sangkut dagu dia di bahu aku.

"Kawan lelaki ke perempuan?" Soal aku sengaja. Dia dah terdiam.

"Err lelaki." Ya Allah rasa macam nak terajang suami sendiri. Huwaaa! Sanggup dia tipu aku?

"Ouh."

"Saya nak pergi dah ni. Apa-apa call ya?"

"Okay."

Sempat dia cium pipi aku sebelum dia keluar bilik. Aku campak sikat aku ke dinding. Sakit hati! Berani dia menipu aku? Hah! Rasa nak menjerit aje.

Aku terus keluar bilik dan cari mama. Aku jumpa mama di ruang rehat tingkat atas.

"Mama..."

"Ya Iffa." Mama senyum pandang aku.

"Mama buat apa?"

"Baca buku aje. Kenapa?"

"Mama... Iffa bosan lah."

"Haaa nak ajak mama jalan-jalan ke?" Mama tergelak kecil. Aku sengih aje.

"Boleh ke ma?"

"Apa pula tak boleh? Alang-alang tinggal kita berdua aje kan. Semua dah lesap."

"Hehe..."

"Boleh lah kita makan luar. Mama teringin nak makan kek ni."

"Boleh mama. Cun!"

"Dah pergi siap. Kita keluar."

"Yeayy! Iffa siap kejap ya." Aku terus berlari ke bilik. Aku dengar mama ketawa kecil. Buatkan aku sekali tersenyum. Rindu dengan mama. Hurm.

💌💌💌

Aku keluar dengan mama pusing-pusing mall. Mama sempat shopping lagi. Best juga keluar dengan mama ni. Jiwa dia jiwa muda.

Aku makan aiskrim dia pun join sekali. Aku ajak selfie dia pun on juga. Aku ajak masuk arked, Yes dia masuk gais! Siap karoke lagi! Fuh!

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now